Tugasan yang Adik dapat tidaklah sukar macam tugasan RBT Angah tempohari; hasilkan beg ergonomik. Tapi tetap mencabar sebab jangankan Adik, Ummi pun tak pernah buat sushi sendiri.
Team Sushi
Team Sandwich
Team Vietnam Roll
Adik Team Sushi. Bagus team dia, ada koordinasi kerja dan pembahagian tugas untuk bawa barang dan kelengkapan. Dari 3 team ni, hanya 2 teams siapkan tugasan sebab 1 team lagi tak bawa bahan/peralatan. Depa joined team sushi, tolong apa yang patut sebab team sushi pun ada member yang joined pertandingan nyanyian Merdeka waktu yang sama.
Adik kata dia nak bawa ramen, untuk isi sushi. Laju je ye volunteer bawa ramen, kesukaan dia kan... Ummi okay je asalkan jangan suruh bawa nasi sushi tu. Ummi tak pernah masak, hatta tak pernah pun pegang beras sushi/ beras sumo tu. Risau takut tak jadi pulak kalau Ummi yang masak. Plus Isnin tu Ummi kena hantar Adik ke sekolah sebab Walid ke Putrajaya. Kalutlah nanti.
Tup-tup dia pakat dengan Syirah, dia bawa nasi sushi. Syirah pula tukang beli berasnya. Katanya si A tak dapat bawak. So Adik ambil tanggungjawab.
Ummi pun nak tak nak kenalah tolong Adik masak hihi ...
Dia macam ketam ajar anak jalan luruslah ye 😂😂😂
Ummi pun tak pandai jadi kita hantam sajalah Labu :p
Ahad malam Ummi suruh Adik masak siap-siap nasi sushi ni. Risau takut esok pagi tak sempat nak sejukkan, nanti basi pulak kalau tutup bekas panas-panas. Risau ye nak bawa benda makan ke sekolah sejak ada kes keracunan makanan yang melibatkan nyawa beberapa tahun lepas tu.
Jenis seaweed yang digunakan. Seaweed ni kawannya bawa. Ummi simpan gambar di sini supaya senang nak refer.
Hasil kerja Adik dan kawan-kawan sekumpulan. Alhamdulillah jadilah esp untuk pertama kali buat. Good job anak² 👍🏻👍🏻👍🏻
Dah selesai submit dan present kena buat poster pula untuk iklankan produk ni. Untung ada AI, senanglah nak hasilkan poster begini. Beg ni dia bawa pergi prep kata Angah. Nak juga Ummi tengok rupanya selepas dijahit, tapi asyik lupa nak pesan supaya Angah bawa balik.
Benda kecil bagi orang lain, tapi bagi Ummi tetap satu pencapaian, pengalaman. Dek kerana anak², Ummi juga belajar cara menghasilkan tote bag dan masak nasi sushi. Flip tudung sikit :p
boleh ea, guna paper rice tu. nice.
ReplyDeletekita buat kimbap guna beras biasa ja, hahaaa. nasi tak habis, buatlah kimbap, gerenti licin.
kalau ada sushi mat tu lagi kemas gulungannya... tp tak apa laa janji ada kannnn
ReplyDeleteGood job Ummi dan adik. Takpe, sama-sama belajar buat gitu kan. Excited dorang nak membuat. Boleh tambah ilmu dan skill sekali.
ReplyDeleteGood job adik dan kawan2 👏🏻👏🏻 aunty minat sushi tapi tak pernah lagi buat sushi sendiri hehe
ReplyDeleteWahhhhh tahniah ibunya, anaknya dan kawan-kawan anaknya sebab berjaya menghasilkan sushi yang molek kejadiannya
ReplyDeletekalo dpt team sandwich senang...apa2pn tahniah adik & team berjaya buat sushi tu
ReplyDelete