Monday, 7 September 2026

Masak² Edisi Cuti Sekolah

Jom tengok menu cuti sekolah kali ni...  
Seperti biasa, sebelum delete gambarnya, kita tepek sini. 

Ayam goreng, cili kicap, kerang rebus dan kari kepala ikan merah ke jenahak. Baru kelmarin masak, hari ni dah lupa 🤦🏻
Kerang rebus favorite Kakak. Jadi, kita jamu dia makanan favorite sebelum balik asrama. Kerang ni ada warna kebiruan pada cengkerangnya. Cantik. 

Udang goreng kunyit, kari ikan tongkol (frozen) dan pucuk ubi + pucuk belalai gajah tumis belacan. Pucuk ubi dan pucuk belalai gajah tu rebus dulu (note to self).

Keropok lekor, pasta angel hair goreng dan telur rebus. Ni sarapan pagi Jumaat. Ikutkan banyak baki pasta tu, nak ulang makan. Sekali, Adik dan Lili pakat perabih 😁 Depa dok main water balloon masa Ummi dok kait buah belimbing buloh. Lapar la tew...

Keropok lekor Ramly Burger. Sedap, berasa ikannya dan tak liat walaupun dah sejuk. Highly recommended. Oh ya, Angah tukang goreng keropok ni. Kena bagi kredit, nanti makin rajin anak bujang Ummi sorang ni :D 

Buttermilk chicken, sambal ijo bilis dan daun salad. Kuah buttermilk tu lebihan Kakak masak untuk The Culinary Cook Competition

Enoki goreng tepung pun Kakak masak. 
Lega Ummi 😁

Megi goreng, nasi goreng ala Tok dan serunding daging untuk sarapan. 

Keli belado, sup ayam dan bendi goreng + telur. 

Walid beli mantao 2 set. Satu kuah mushroom soup, satu lagi clam buttermilk. 

Daun salad, asam pedas ayam dan telur dadar gebus by Kakak la, siapa lagi :D 

Asam pedas ayam ni la kuahnya yang Ummi buat cicah dengan lempeng. Ada yang rasa pelik kan... Ummi pun tiru je member dari Selatan makan gaya gini. Okay, sedap je. Kita buat dia :) 

Macaroni goreng dan telur rebus. Telur putih tu telur itik. 

Ayam goreng kicap + kentang. 
Lada solok tu sedaplah pulak makan mentah gitu. 

Kue tiau kungfu. 
Tak cukup sebungkus rupanya. Malas nak goreng gaul telur tu, celur makan as kue tiau sup la sebungkus lagi. Again, kita buat dia :p

Masak lemak siput sedut.
Bukan masak sendiri, beli sebab telioq tengok Kak Faiza makan di Ipoh tempohari.  

Alhamdulillah. 



6 comments:

  1. menyelerakan la semua menu2. baru ni nak beli kerang tengok besar2 tapi malas betul nak mencuci kulit kerang tu.

    ReplyDelete
  2. Puas hati bila ramai² makan.. baru la seronok nak masak².. pula tu ada yang bantu..lagi best

    ReplyDelete
  3. semua pun sedap2 ni. saya terliur kepok lekor tuuu

    ReplyDelete
  4. Meriah menu-menu cuti sekolah,....

    ReplyDelete
  5. Semuanya sedap. Trliur tgk siput sedut tu =D

    ReplyDelete
  6. Nak kena cari keropok lekor Ramly nih...
    Saya percaya kalau PH kata sedap...in shaa Allah sedap juga ditekak saya..
    Kalau pi Ramly tengok salmon akan ingat PH...hehehe

    ReplyDelete