Tersampuk aura rajin Kak Mulan yang rajin buat kek, terjadilah Kek Pisang Kukus Moist di pagi Khamis lepas.
Resepi asal tak letak serbuk coklat. Seperti biasa bab derhaka resepi Ummi memang proπ
Bahan² pun Ummi kurangkan sebab pisang hanya ada 3 biji. Resepi asal guna 4 biji pisang berangan. Pisang lenyek dengan garfu, ketepikan.
Resepi/Cara Penyediaan: Gaul sebati 1 cawan gula putih, 1 cawan gula perang dan 2 biji telur hingga sebati dan gula sedikit hancur. Guna whisk je. Masukkan 1¾ cawan minyak dan gaul sebati. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul sebati. Masukkan pula 1¾ cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat. Dengan menggunakan sudip kayu, gaul sebati semuanya. Jangan terlebih kacau ye, sekadar bagi sebati sahaja.
Panaskan kukusan dan kukus 60 minit atau sehingga masak.
Rasa?
Alhamdulillah sedap di tekak sendiri π
Terima kasih empunya resepi π
Lama tak buat kek pisang.
ReplyDeleteSedap kek pisang. Bakar atau kukus semua sedap. Masa kecik-kecik dulu emak selalu kukus.
ReplyDelete