Sunday, 30 August 2026

Sarapan @ Nasi Kerabu Kak Yah 3, Batu Muda

Pagi tadi Ummi dan Walid running errands and grocery shopping di sekitar Sri Gombak.

Kemudian Walid bawa Ummi ke kedai makan Nasi Kerabu Kak Yah 3 yang terletak di Batu Muda. Kedai makan ni berhadapan dengan pintu masuk Raudhatus Sakinah yang lama dan bersebelahan dengan pejabat UMNO Cawangan Batu WPKL.

Sabtu semalam Walid breakfast di sini dengan Uncle Apai dan Uncle Zaki. Itu yang hari ni bawak Ummi pula sebab sedap makan di sini. Sanggup ye drive dari SG ke sini sebab hari ni jalan dah clear. Seronok orang belah sini sebab jalan dah lengang, tak macam Jumaat dan Sabtu semalam. 

Makanan utama nasi berlaku, nasi kerabu dan nasi lemak. Ada juga roti canai. 

Daging bakar 

Kambing bakar

Tukang bakar 😁
Ramah dan sopan orangnya. 
Dua lagi cawangan di Kota Bharu katanya. 


Dalam dan luar kedai bersih πŸ‘πŸ» 

Sebab nama kedainya Nasi Kerabu Kak Yah 3, jadi wajiblah Ummi ambil nasi kerabunya. Ummi ambil telur masin dan hati goreng sebagai lauk. Sedap, cukup segala bahan dan aksesorinya. 

Walid ambil nasi lemak telur mata dan daging goreng. Ummi tak rasa tapi nampak nasi lemak berderai, bukan jenis melekat/lembik jadi sedaplah nampaknya tu. Walid cakap sedap. Untuk anak³ kami tapau nasi lemak lauk paru dan sambal telur rebus. Sedaplah tu, semua makan habis licin sorang sebungkus. 

Roti canai kosong, nak cuba juga. Kongsi berdua. Ada rasa marjerin. Kalau ditanya, Ummi prefer roti canai kedai lagi satu yang kami selalu makan. Bukan tak sedap, lebih kepada citarasa masing-masing. Bagi Walid sedap, Ummi pula rasa biasa je. Begitulah. 

Minuman pula Ummi order teh ais dan Walid minum air panas (lupa air apa πŸ™πŸ»). Air kosong boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. 

Jumlah keseluruhan RM50.50. 
Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. 

No comments:

Post a Comment