#NurulfoundherMan
Trend sekarang orang buat hashtag gabung nama pengantin kan... Dah beberapa wedding Ummi pergi yang buat begini, semuanya kreatif belaka.
Undangan kali ni hadir dari mantan GB SRAI, Ustazah Rabiah. Keempat² anak Ummi kenal dan sempat belajar di bawah pentadbiran UR, walaupun Abang hanya sempat jumpa UR waktu ambil sijil berhenti sekolah saja. Sebab zaman Abang zaman PKP, banyak PDPR. Tahun lepas UR pindah, jadi Adik pun sempat dengan UR sebagai GB. Baik, lembut dan mudah didekati orangnya. Senang dan selesa berurusan dengan beliau. UR pesan suruh bawa semua (anak⁴) datang ke kenduri ni. Alhamdulillah kebetulan semua ada, dapatlah hadir. Bukan setakat dapat jumpa UR, bertemu juga dengan guru² SRAI yang sudah berpindah sekolah dan yang masih mengajar di SRAI semasa majlis berlangsung. Anak⁴ pun seronok dapat jumpa guru² mereka.
Laluan nak ke dewan pun vibe hotel. Memang istimewalah tempat ni. Mana² township/kediaman pun kalau bawah Eco World (Eco Majestic, Eco Grandeur etc) memang sedia maklumlah lawa² dan grand belaka.
Kami lupa nak bergambar di sini, excited bergambar di photo booth yang boleh direct print gambar tu... Alhamdulillah kali ni cukup 6 beranak dalam satu frame :)
First round, kongsi makan bihun goreng, bihun sup dan kuih muih dengan Walid. Tetamu belum ramai jadi dapatlah makan dengan tenang. Dewan pun luas dan selesa, tak perlu rushing untuk bagi tempat duduk kepada tetamu lain. Masih banyak meja kerusi kosong. Datang awal sebab nanti nak hantar Angah Kakak balik ke asrama.
Sedap semuanya π
Kakak ambil kuih seri muka dan kek batik. Ummi ingatkan brownies, rupanya kek batik coklat dilapisi pula dengan deco macam brownies. Sedaplah agaknya, 2 ketul dia makan sorang je. Suruh share seketul dengan Adik, terus tarik muka :p Ummi makan kuih seri muka, sedap. Cukup lemak manisnya, sampai berseri² muka kita ahak!
Abang dan Angah ambil apam balik dan roti bakar. Ummi jadi mem besar hari ni, tukang makan je apa yang depa ambik :)
Cenderahati dari pihak tuan rumah; beras Faiza Ummi Basmati 250g. Dapat 4 pek, cukup sekilo kata Abang :D
Ummi tertarik dengan paper bag ni, nampak outstanding dan sweet sangat.
Alhamdulillah terima kasih banyak Ustazah atas jemputan πΉ
Didoakan agar kedua mempelai berbahagia selalu hendaknya π€²π»
Selamat Pengantin Baru Nurul & Aiman!
lawa dewan kawin ni
ReplyDeletekalau dulu-dulu cenderahati tuan rumah telur je, zaman la ni dah macam-macam beras, jajan, sudip dan lain2.. π
ReplyDeleteA'ah trend orang gabung nama buat hashstag. Tulisan jawi khat pun jadi trend juga. Cantik kad jemputannya.
ReplyDeleteCantik venue majlis. Jarang nampak kenduri kahwin ada mihun goreng. Okay juga tu untuk mereka yang nak makan ringan-ringan je. Alhamdulillah lauk pauknya sedap. Aiskrim tu wajib ambil. hihi...
Untung sangat tu dapat cenderahati beras. Boleh tambah stok beras kat rumah.
Tahniah pengantin. Selamat pengantin baru. Semoga terus berbahagia sampai syurga. Aamiin...
Cantik venue majlis perkawinan nya. Menu pun sedap2. Door gift beras paling suka kalau dapat hehe.
ReplyDeleteJemputan kahwin wajib dipenuhi..dan rezeki kalau dapat pergi.
ReplyDeleteCantiknya venue wedding kat Setia Eco Templer ni! Creative betul trend hashtag pengantin sekarang, comel sangat. Zaman saya kahwin dulu belum ada lagi trend macam ni, kalau ada, agaknya perah otak juga memikirkan apa yang sesuai hehe
ReplyDeletealhamdulillah, dapat memenuhi jemputan...
ReplyDeletehahah terus berseri ye muka PH lepas makan seri muka. Skrg ni mmg ramai yang bagi beras as souvenir. Masa last camping pun ammi gi camping bawa beras yang dapat dari wedding.. sekali masak masuk je sepeket terus pastu mengagau nak sukat air hahah
ReplyDeleteWaaah baguuuus tempat weddingnya... Dan deco memang kasih vibe lux ππ. Syukurlah anak2 smua bisa ikut ya kak. JD bisa ketemu dengan guru2 lama mereka.
ReplyDeleteGoodie bag nya menarik. Beras basmati π. Tak pernah ada di event wedding yg saya pernah hadir, isinya beras. Rata2 barang hiasan atau parfume, atau perhiasan. Padahal lebih berguna beras macam ini π. Nantilah kalau anak saya menikah π€
Bestnya kenduri kahwin lagi...skrg rata- rata buat kat dewan kan...tak berkecah rumah, ye tak?
ReplyDeleteLawa betul dewan dia.. Uish siap ada kolam..
ReplyDeleteCantiknya dewan kenduri. Makanan pun sedap-sedap nampaknya. Yang paling win adalah goodies bag nya beras basmati Faiza. Goodies bag sekarang molek-molek sebab boleh makan dan tidak jadi tempat menakung habuk
ReplyDeleteSini ada Eco Grandeur & Eco Ardence tapi macam tak ada specific wedding hall. Paling grand ada Setia Convention Centre tapi biasa Chinese lah buat wedding kat situ.
ReplyDelete