TBG = Terminal Bersepadu Gombak
Kisah menghantar Abang balik ke Ganu malam Jumaat yang lalu. Dek kerana itu, merasalah Ummi jejak kaki ke TBG ni. Dulu masa tahu TBG ni nak dibina, dalam hati tak berapa suka sebab dok fikir bertambah sesaklah trafik dekat area ni. Tapi, bila anak sendiri dapat belajar di Pantai Timur dan TBG adalah main station untuk ke sana, seronoklah pulak 😅 Sebab dekat dengan rumah. Syukur sangat, tak perlu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sana. Kata Cik Ana, masa TBG belum wujud, mereka kena ke TBS untuk hantar Kak Arin yang nak balik ke Kuantan. Kadang kena pergi 2 jam awal sebab jauh dan heavy traffic nak ke sana.
Selain terminal bas, bersebelahan dengannya ialah stesen LRT (Terminal Putra) dan sedang dalam pembinaan stesen ECRL Gombak. All in one place, alhamdulillah.
Selalu lalu je sini, tak terfikir nak ambil gambar pun. Ini dah sampai, wajiblah ambil gambar sekeping dua , buat modal masuk blog :)
Melekat si bongsu tu dengan jaket Abang.
Jadual perjalanan dipaparkan di skrin elektronik begini. Ada banyak dan merata² dipasang, senang nak semak maklumat terkini bas masing².
Kalau terlepas bas juga, tak tahulah hehe...
Seeloknya 30 minit awal dan turun ke bawah (Balai Pelepasan). Dalam kes Abang, depa dah tunggu awal tapi basnya pulak lewat sejam. Adeh, macamana keadaan di bawah tu tak tahulah Ummi. Sebab hanya passengers yang ada tiket (kena scan e-ticket) dibenarkan masuk ke Balai Pelepasan ni. Kalau di Puduraya zaman Ummi dulu, makan asaplah dok menunggu bas sampai atau bas buka pintu bagi penumpang masuk. Lepas tu bingit dengan bunyi enjin bas sebab masing² tak matikan enjin bas sementara tunggu penumpang naik dan bergerak ikut giliran masing². Dah dapat naik bas tu alhamdulillah lega rasanya. Terus hala aircond ke muka 😁
Tapi terminal bas sekarang cantik, lengkap segala fasiliti dan pengurusannya pun mengambil kira keselesaan dan keselamatan para penumpang/pengguna. Moden dan tersusun.
Banyak kerusi disediakan untuk pengunjung. Kalau nak makan minum pula, banyak restoran dalam ni. Masa kami tuba sekitar 10.30 mlm ni masin ada beberapa kedai dibuka antaranya 👇🏻
Nanti boleh JJCM dalam TBG ni. Ada banyak rangkaian jenama restoran terkenal/familiar yang beroperasi dalam TBG ni. Macam mall gayanya.
Takat ni je boleh hantar Abang.
Tak dapatlah nak lambai dari luar bas sebab dia turun ke bawah tu dah tak nampak kelibatnya dah.
Mudahnya ada Terminal Bersepadu Gombak! Tak perlu bersesak ke TBS lagi nak hantar anak balik Pantai Timur dari Lembah Klang.
ReplyDeleteAlhamdulillah senang banyak bagi kami yg tinggal sekitar sini. Lagi pula kalau naik di TBS, tetap kena lalu sini untuk ke Tol Gombak jadi sangat wajar TBG ni dibina.
DeleteYelah PH, saya dari form 1 dok makan asap kat tingkat bawah Puduraya tu. Dengan panas bahangnya. Duduk atas pulak dengan sesaknya. Untung zaman sekarang kemudahan jauh lebih selesa.
ReplyDeleteHaha ada pengalaman sama juga PU ye. Mesti pernah naik bas mini dan bas metro jugak ni hihi
DeleteSenang la kalau dah ada terminal berdekatan ni PH. Pernah lalu je kat sini masa nak naik Genting.
ReplyDeleteAlhamdulillah senang dan memudahkan utk kami yg tinggal sekitar sini. Tak perlu ke TBS, then patah balik ke Gombak sbb nak ke Pantai Timur tetap kena lalu sini, ke Tol Gombak tu. Wajarlah TBS ni dibina.
DeleteBaguslah ada TBG, lebih dekat dengan rumah PH. Saya pernah naik bas dari TBS. Besar tempatnya. Alhamdulillah, kemudahan yang baik, tak macam zaman kita dulu, kat Pudu, boleh mabuk asap bas.
ReplyDeleteSy tak pernah ke TBS Nur. Dengar orang cerita je :D
DeleteNur pernah naik bas mini tak? Sy sempat merasa bersempit dlm bas mini haha
Uncle pun belum pernah si sana... Dah beroperasi eh?
ReplyDeleteDah Uncle. Jemput datang hehe
DeleteSaya pun blm peluang nak masuk dalam TBG ni.. lbh krg mcm TBS la.kan... bagus kan drg dah buat mcm ni ..semua transport dalam 1 tmpt.. harapnya kedai² kat situ x mahal la sgt ye..
ReplyDeleteSy tak pernah ke TBS tapi dengarnya TBS lagi besar.
DeleteTak pasti pula harga macamana, tak beli apa² pun malam tu.
nampak baru terminal ni, bersih je. baguslah ada stesen bas yang dekat dengan rumah kan :D
ReplyDeleteHarap maintain la kebersihan dan keselesaannya. Tempat dah strategic sangat dah ni. Just a few kilos away from Tol Gombak tu.
DeleteOh JD sebelah TBG ini stasiun LRT ya kak? Saya belum beli tiket bus dari Terengganu ke KL, Krn blm buka pembelian tiketnya utk Desember. Cuma hrs cek tempat stay di KL dulu, sebab kalau msh jauh dari sana, mending cari terminal bus yg lebih dekat dengan hotel 😄.
ReplyDeleteBenar Fanny, bersebelahan stesen LRT yg namanya Terminal Putra. Kalau kamu naik bas dari TBS pun akan singgah juga di TBG untuk ambil penumpang sebelum ke Tol Gombak iaitu laluan untuk ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).
DeleteKalau mau senang dan cepat, kamu bisa naik domestic flight. Sama ada dari KLIA atau Subang Airport. Tapi pengalamannya beda antara naik flight dan travel by road.
Delete