Friday, 17 July 2026

Catatan 2 Safar 1448H I Ibu RAWIWA Melawat Abang ❤️


Kisahnya Ummi dok golek² depan tv dengan Adik selepas pekena nasi kandaq Thaqwa. Tiba² phone bunyi, tertera nama kakak blogger kesayangan ramai, Kak Faiza (Ibu RAWIWA). Ingatkan nak ajak kupi² hihi... Sebab tahu KF nak ke Ganu. Kalau drive ke Ganu, nak ke Tol Gombak tu mesti lalu Sri Gombak. Itu yang terfikir gitu. Rupanya kakak kita ni dah sampai Ganu, ✈️ ke sana. KF minta no tel Abang, nak jumpa katanya. Allahu Akbar, terharu sungguh Ummi ni ada orang nak ziarah anak kesayangan Ummi yang jauh di rantau orang tu. 

Ole² untuk Abang dari KF ❤️
Mewah rezeki dia hari ni. Lunch makan free, Puan Pengarah belanja. Lepas Jumaat KF pula belanja nasi dan air. 

Ummi suruh dia snap gambar elok sikit... 

Hrmmmm.... Elok sikit je la 😂
Gambar meja tu yang lebih, banding dengan gambar buah tangan KF :D 
Adoi la anak... 

Tqsm Kak Faiza melawat Abang. Bawa buah tangan dan ehem ehem lagi. Mewah dan berkat selalu rezeki utk Akk sekeluarga hendaknya 🤲🏻 
Baarakallahu lakum

Ni la nasi kandaq hat buat Ummi dan Adik tersandaq kekenyangan ☺️

Alhamdulillah manis² belaka di hari Jumaat yang barokah ini. 





8 comments:

  1. Rezeki abang tu. Baiknya ibu RAWIWA ni tolong wakil melawat 😊

    ReplyDelete
  2. Wah alhamdulilah rezeki abang dibhari jumaat... n semoga kak faiza pun sentiasa dimurahkan rezeki selalu kan....

    Eh cip cop g penang ke tganu ni? Nasi kandar di ganu? Hehe😅

    ReplyDelete
  3. terharu ek rasa bila ada kawan menyantuni anak kita

    ReplyDelete
  4. Semoga murah rezeki KF. Kesungguhan melawat Abang bawa buah tangan.

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt kwn2 yg baik, sampai tahap visit anak kwn tu...alhamdulillah, MZ tumpang happy

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...rezeki abang di perantauan..seronok ummi dekat Gombak tu

    ReplyDelete
  7. Wah org jauh p melawat abang.. Rezeki dr blogger

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, jika dah namanya rezeki..

    ReplyDelete