Melayan nostalgia sambil bersarapan ☺️
Dulu tingkap bilik Ummi di rumah kampung gini la. Tingkap kayu yang boleh dibuka kiri dan kanan. Paling best waktu hujan, duduk tepi tingkap tengok air hujan membasahi bumi. Btw, ni di Restoran Jemuju Kasih, Sri Gombak je :D
Apam kampung.
Ini pun membangkitkan nostalgia juga. Apam kampung antara kuih yang Tok selalu masak untuk sarapan. Kelapa patut dikukur sendiri, guna pengukur kelapa.
Kisahnya Ummi dan Abang singgah dekat satu kedai ni, awal pagi. Ingatkan ada nasi lemak, rupanya baru tengah masak. Ada rice cooker atas meja lauk, angkat penutup nampak nasi lemak tengah mendidih. Pilihan yang ada, nasi putih. Onz...
Meeting KSIB 16/5. Ummi pakai baju tak ikut tema, sebab lepas meeting terus ke Kajang, makan kenduri di Alam Maya. Nak pakai baju hijau yang sesuai untuk kenduri tu, Ummi dah pakai masa kenduri Pn Halina last year. Dan mujur tak ulang tayang baju tu, sebab tuan rumah pun pakai warna hijau (sage green ) untuk wedding anaknya kali ni π
Bunga Semarak Api, meriah berbunga dan berguguran di atas rumput. Cantik menghiasi tempat letak kereta tetamu Alam Maya.
Sedap apam kampung. Bubuh kelapa parut banyak².
ReplyDeleteYe Kak, sedap π
DeleteNostalgianya tengok tingkap kayu macam tu. Kat rumah arwah atok saya pulak, tingkapnya lebih kurang macam ni tapi bercermin kaca yang berwarna-warni tu. Bila kena panas matahari, cantik berwarna-warni cahaya yang terbias kat lantai papan di rumah atok ☺️
ReplyDeleteTau² tingkap gitu ... Memang cantik kalau kena cahaya matahari, berkilau² jadinya tingkap tu
Deleteterliur apam kampung! happy weekend PH!
ReplyDeleteAda jual dekat Jemuju Kasih MZ. Kot la u singgah situ... Happy weekend juga πΉ
DeleteThx for sharing aktiviti dgn pic yg nice, apam kampung tu kita org panggil apam bodo, hihi
ReplyDeleteKitorang ada juga istilah Mee bodo, bihun bodo tapi apam bodo tak pernah dengar lagi hihi...
DeleteRumah pusaka wak masih tingkap macam tu
ReplyDeleteBest nya Wak, bukak tingkap besar² bagi angin masuk
DeleteTingkap macam tu best.... Kalau malas ke pintu boleh lompat je turun ke laman...
ReplyDeleteHaha... Uncle mesti pernah buat ni π
Delete