Saturday, 9 May 2026

Layan Oden di Kala Hujan Mencurah²


Cerita Jumaat kelmarin...
Dropped off Abang Angah di masjid untuk solat Jumaat. Malas nak balik rumah sebab hujan lebat. Kalau balik kena keluar semula, terpaksa hadap traffic jam lagi. Solusi mudah, tunggu saja depa selesai solat Jumaat sementelah hanya ±½ jam saja lagi solat Jumaat selesai. 

Port selesa, You Mart & Coffee.  

Tanpa megi, harganya RM8.90. Ummi minta megi, bayar extra RM1.90/sekeping (tak sure apa penjodoh bilangannya πŸ™πŸ»)

Ouch, so hot
Adik cuti, sekolah jadi tuan rumah KAMIL Zon. Kelas, dewan, surau jadi tempat pertandingan dan persiapannya sedari Jumaat. 

Adik nak ramen. Cheese slice RM1/sekeping. Konsep macam FM tu la, nak add on apa² add la duit sekali. Gitewww :D 

Belum habis menikmati makanan kegemaran Gen Z ni, Angah call. Dah habis solat katanya. 

Hujan tak berhenti² sampai ke petang... 

Rajinkan diri buat cucur sayur lawan dengan teh o panas. Nikmatnya alhamdulillah. 

Cucur sayur; satukan hirisan bawang merah & cili merah, daun bayam, garam, serbuk kunyit sikit untuk warna dan tepung gandum sikit, beserta air peti ais. Tepung dan air sekadar untuk lekatkan semua bahan. Nak rangup, tambah sikit tepung jagung. Tepung beras pun boleh, tapi keras sikit. 

# Hujan berterusan hingga ke malam. 

4 comments:

  1. Lapar pulak pagi² nengok cucur.. cam nak buat je 😁

    ReplyDelete
  2. Samalah Jumaat tengahari hujan lebat berhenti sekejap lepas itu sambung malam.

    ReplyDelete
  3. Time hujan layan memang ngam betul layan oden panas dan pedas....slurrppp....slurrp!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, cucur sayur. πŸ˜‹ Nikmatnya, makan waktu hujan.

    ReplyDelete