Ingatkan dua pupu Walid, Makngah Chah dah tak jadi datang ke rumah kami Ahad lepas. Sebab kami dah bagitahu nak keluar hantar anak² balik asrama. Tapi, sampai saja di rumah selepas hantar Haziq ke TGB, depa dah depan rumah!
Ada hajat besar rupanya...
MC nak berkongsi tuaian pertama mangga Harumanis yang ditanam depan rumahnya di Chuping, Perlis dengan kami. Terharunya ☺️Jauh betul datangnya tu... Katanya buah lebat walaupun pertama kali berbuah.
MC dan Pakngah Bani datang KL naik bas. Berapa kilo dibawa pun tak tau la sebab bukan untuk kami sahaja tapi untuk anaknya di Sg Besi, besan di Damansara, sepupu dan kawan di Shah Alam... Salute!
Rezeki depa pula kek pisang dan karipap daging Ramly. Sedap, terasa daging dalam inti tu, bukan kentang semata. Please try. Gambar ni Ummi snapped lepas depa dah balik. Itu yang tak penuh pinggan tu, tinggal 4 ketul je. Kek pisang tu pula Ummi tergerak nak beli masa singgah beli bun untuk stok anak² asrama. Saja nak try jenama Mighty White ni. Too sweet for me, prefer kek pisang Samudera lagi.
About the Harumanis, manissssss sekali :D
Terima kasih daun keladi MC π€
Alhamdulilah. Elok buahnya. Buah saya beli ada yang tak elok. Geram je.
ReplyDeleteMusim kam skrg ni
ReplyDeleteSedappnya
Dari perlis yg jauhh
wahhh besar2 saiznya
ReplyDeletekompem sedap niiiππ
Sedapnya!
ReplyDelete