Monday, 20 April 2026

Wedding @ D'Attap Ballroom, Kuang

Jemputan minggu lepas; 

10/4 Kenduri Tahlil di Mantin, kami tak dapat pergi sebab ke Banting, bagi sokongan dekat Adik yang joined KESUSRAI.

Ahad 11/4 ada open house masjid. Sepatutnya Walid kena tunjuk muka juga di booth surau (setiap surau bawah kariah masjid diberi satu booth dan serve 1 menu). Tapi sebab dah ada AJK lain yang bertugas jadi kami skipped jamuan raya masjid ni dan terus ke Kuang untuk raikan jemputan Cg Azmaliza. 

Majlis ni meraikan anakanda CA (pengantin lelaki) dan pasangannya. 

Kami sampai waktu puncak, dengan hujan lebat lagi... Syukur dapat parking dekat juga dengan dewan. 

Nama tempat ni D'Attap Ballroom, Kuang. Tak jauh dengan Sugeh tempat Dato' Aliff Shukri tu. Dekat sini ada 3-4 event places sebelah menyebelah. 

Tempat cantik dan nampak baru. 
Cuma, sebab peak hour + hujan lebat, crowded sikitlah dalam ni. Semua orang nak cari tempat berteduh dari hujan. Lengkap dengan surau dan bilik air juga. 


Nak ambil gambar pun payah, merata² ada tetamu :) 

Makanan sedap sangat 👍🏻
Sebabkan tetamu tengah ramai, tidaklah kami berlama². Hujan pun makin reda jadi terus minta diri. 

Sempat snapped gambar pasangan  pengantin yang cute ni... Mungkin dah berkawan dari kecil agaknya. 

Nak dijadikan cerita lagi, gambar ni juga ada di blog sis Ezna. Sis Ezna makan kenduri belah pengantin perempuan, kami pula dijemput oleh ibu pengantin lelaki. Kecik je dunia kan? 

Sekali lagi, terima kasih banyak CA atas jemputan. Door gift yang menarik dari tuan rumah ; teh Boh Kaw, tisu (trend sekarang kan, bagi tisu dlm bekas bulat ni) dan mangkuk kaca kecil. Kids dapat kuih bahulu yang dipek dalam kotak cantik. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻



33 comments:

  1. cute gmbr pengantin yg time kecik tu kt ukiran kayu tu

    ReplyDelete
  2. Laaa.. boleh tersama pengantin ya. Aa.. comelnya pengantin ada gambar berdua masa kecik².

    ReplyDelete
  3. wah meraikan pengantin yang sama ye? kecilnya dunia.

    best pula goodies tu. bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengantin sama, cuma lain tempat sbb Sy pergi belah pengantin lelaki. Sis Ezna belah pengantin perempuan, tak jumpa pun.

      Delete
  4. cutenya gmbr pengantin zmn kanak2...dan door gift pun cute sgt!

    ReplyDelete
  5. itu saya tengok tajuk PH ini macam sama tempat kenduri dengan kak Ezna,baca2 eh betul
    suka dapat doorgift yang kita boleh guna kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tak sama Afzan cuma pengantin je yang sama. Akak gi kenduri pengantin perempuan, PH gi jemputan pengantin lelaki.

      Delete
    2. Pengantin sama tapi lokasi berbeza. Sy pergi belah pengantin lelaki, sis Ezna pergi belah pengantin perempuan. Takdelah jumpa

      Delete
  6. Ye lah....gambar pengantin masa kanak2 tu sama. Boleh pulak PH perasan gambar tu ya. Kita meraikan pengantin yang sama. Baru la saya tahu ex jiran saya tu dapat menantu yang duduk di Kuang. Sama negeri la dengan Puncak Jalil tu. Cantik dewannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan la sbb gambar time baby kan :) tengok² eh sama la pulak hehe

      Delete
  7. Best nmpk goodie bagnya tu sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sbb kita suka minum teh :) bertambah stok hehe

      Delete
  8. menarik doorgift nya
    lain drpd yg lain ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh tu paling suka, sbb PH suka minum teh :)

      Delete
  9. comel je gambar bunting tu.. memang kenal dari kecik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya gitulah Linda. Bila besar berjodoh pulak

      Delete
  10. Tisu bekas bulat terus letak kat cup holder dalam kereta.

    ReplyDelete
  11. boleh juga jejak kasih semasa majlis perkahwinan begitu...kalau jumpa boleh welfie dan jadi konten dalam blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa dgn blogger Ezna. Pengantin je sama tapi kami dijemput ke majlis berbeza; saya pergi belah lelaki, Ezna pergi belah perempuan

      Delete
  12. Menariknya doorgift dia! Suka tgk pattern mangkuk tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... Best sbb dapat corak & color sama. Pernah dapat lain² corak dgn husband

      Delete
  13. Tahniah untuk pengantin. Semoga kekal hingga ke Jannah.A-Min

    ReplyDelete
  14. Cantik wedding place tu. Tissue dan ceramic plate tu memang banyak ka rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang trend agaknya bagi mangkuk ceramic gini. Kami ada juga few pieces. Tisu bulat tu pun dah bbrp kali dapat as door gift

      Delete
  15. Replies
    1. Kannnn.. bertambah stok teh uncang, suka....

      Delete