Jemputan minggu lepas;
10/4 Kenduri Tahlil di Mantin, kami tak dapat pergi sebab ke Banting, bagi sokongan dekat Adik yang joined KESUSRAI.
Ahad 11/4 ada open house masjid. Sepatutnya Walid kena tunjuk muka juga di booth surau (setiap surau bawah kariah masjid diberi satu booth dan serve 1 menu). Tapi sebab dah ada AJK lain yang bertugas jadi kami skipped jamuan raya masjid ni dan terus ke Kuang untuk raikan jemputan Cg Azmaliza.
Majlis ni meraikan anakanda CA (pengantin lelaki) dan pasangannya.
Kami sampai waktu puncak, dengan hujan lebat lagi... Syukur dapat parking dekat juga dengan dewan.
Nama tempat ni D'Attap Ballroom, Kuang. Tak jauh dengan Sugeh tempat Dato' Aliff Shukri tu. Dekat sini ada 3-4 event places sebelah menyebelah.
Cuma, sebab peak hour + hujan lebat, crowded sikitlah dalam ni. Semua orang nak cari tempat berteduh dari hujan. Lengkap dengan surau dan bilik air juga.
Sebabkan tetamu tengah ramai, tidaklah kami berlama². Hujan pun makin reda jadi terus minta diri.
Nak dijadikan cerita lagi, gambar ni juga ada di blog sis Ezna. Sis Ezna makan kenduri belah pengantin perempuan, kami pula dijemput oleh ibu pengantin lelaki. Kecik je dunia kan?
Sekali lagi, terima kasih banyak CA atas jemputan. Door gift yang menarik dari tuan rumah ; teh Boh Kaw, tisu (trend sekarang kan, bagi tisu dlm bekas bulat ni) dan mangkuk kaca kecil. Kids dapat kuih bahulu yang dipek dalam kotak cantik.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻

cute gmbr pengantin yg time kecik tu kt ukiran kayu tu
ReplyDeleteBerjodoh pulak depa :)
DeleteLaaa.. boleh tersama pengantin ya. Aa.. comelnya pengantin ada gambar berdua masa kecik².
ReplyDeleteNak dijadikan cerita kan SK :D
Deletewah meraikan pengantin yang sama ye? kecilnya dunia.
ReplyDeletebest pula goodies tu. bermanfaat
Pengantin sama, cuma lain tempat sbb Sy pergi belah pengantin lelaki. Sis Ezna belah pengantin perempuan, tak jumpa pun.
Deletecutenya gmbr pengantin zmn kanak2...dan door gift pun cute sgt!
ReplyDeleteItulah, berjodoh pulak tu...
Deleteitu saya tengok tajuk PH ini macam sama tempat kenduri dengan kak Ezna,baca2 eh betul
ReplyDeletesuka dapat doorgift yang kita boleh guna kan
Tempat tak sama Afzan cuma pengantin je yang sama. Akak gi kenduri pengantin perempuan, PH gi jemputan pengantin lelaki.
DeletePengantin sama tapi lokasi berbeza. Sy pergi belah pengantin lelaki, sis Ezna pergi belah pengantin perempuan. Takdelah jumpa
DeleteYe lah....gambar pengantin masa kanak2 tu sama. Boleh pulak PH perasan gambar tu ya. Kita meraikan pengantin yang sama. Baru la saya tahu ex jiran saya tu dapat menantu yang duduk di Kuang. Sama negeri la dengan Puncak Jalil tu. Cantik dewannya....
ReplyDeletePerasan la sbb gambar time baby kan :) tengok² eh sama la pulak hehe
DeleteBest nmpk goodie bagnya tu sis =)
ReplyDeleteBest sangat sbb kita suka minum teh :) bertambah stok hehe
Deletemenarik doorgift nya
ReplyDeletelain drpd yg lain ;-)
Teh tu paling suka, sbb PH suka minum teh :)
Deletecomel je gambar bunting tu.. memang kenal dari kecik ni
ReplyDeleteRasanya gitulah Linda. Bila besar berjodoh pulak
DeleteTisu bekas bulat terus letak kat cup holder dalam kereta.
ReplyDeleteTq bagi idea Kak 👍🏻
Deleteboleh juga jejak kasih semasa majlis perkahwinan begitu...kalau jumpa boleh welfie dan jadi konten dalam blog
ReplyDeleteTak jumpa dgn blogger Ezna. Pengantin je sama tapi kami dijemput ke majlis berbeza; saya pergi belah lelaki, Ezna pergi belah perempuan
DeleteMenariknya doorgift dia! Suka tgk pattern mangkuk tu 😍
ReplyDeleteKannnn... Best sbb dapat corak & color sama. Pernah dapat lain² corak dgn husband
Deletemenarik door gift tu.
ReplyDeleteKannnn...
DeleteTahniah untuk pengantin. Semoga kekal hingga ke Jannah.A-Min
ReplyDeleteAamin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
DeleteCantik wedding place tu. Tissue dan ceramic plate tu memang banyak ka rumah.
ReplyDeleteSekarang trend agaknya bagi mangkuk ceramic gini. Kami ada juga few pieces. Tisu bulat tu pun dah bbrp kali dapat as door gift
DeleteMenarik goodies tu laaa....
ReplyDeleteKannnn.. bertambah stok teh uncang, suka....
Delete