Tuesday, 21 April 2026

Photodump Week 16, 2026

Taklimat UPSA/PPT. Pertama kali anak² F1 ni nak ambil ujian hifz dan maharat, kenalah ada taklimat khas. Ustaz buat outdoor

Bekalan air tiba² terputus. Dalam 2 jam kemudian ada semula. Tergerak hati nak tadah dulu airnya, sebab biasanya air baru sampai ni keruh. Terbukti ramalanku benar belaka. Mujurlah tak guna terus airnya untuk cuci pinggan atau memasak. 

Jadual KESUSRAI 2026

Penampilan istimewa Kakak di KESUSRAI. Dia yang bersemangat nak ke sana bagi sokongan kpd Adik dan nak jumpa cikgu² kesayangannya. 

Ada tulisan Banting (warna merah) di roundabout ni. Sempat ambil gambar dari dalam kereta yang sedang bergerak saja. Rasanya kunjungan sebelum ni belum ada tulisan Banting tu. Kunjungan tu pun tak ingat dah bila, mungkin masa melawat Auntie Shad di Telok Panglima Garang kot. Tapi, ada sesetengah tempat yang masih boleh recall

Pekan Banting ni Ummi masih ingat. 

Masjid ni menyerlah betul binaan dan warnanya. Lokasi berhampiran SAM Tengku Ampuan Rahimah. 

Projek Sains Kakak, nak uji dan buktikan ketumpatan bahan dalam makanan/minuman. Sempat buat sebelum hantar balik asrama. 

Jemputan Rumah Terbuka Masjid Al Khairiyyah yang terpaksa skipped this year

Tersangkut dalam jammed di Tol Gombak. Kita nak tumpang lalu je, bertembung pulak dengan orang² Pantai Timur nak balik ke Lembah Klang. 

Sampai SG, terus dinner di AK Cafe. 

Abang beraya di rumah guru halaqah. Ustaz tempah fridge magnet sebagai tanda kenangan untuk setiap seorang. Gambar ni masa F3, cukup 11 orang anak² halaqah Ustaz. F4 sorang pindah ke MRSM. 

Semua (Batch 08) dah mohonkan? 






17 comments:

  1. Amboi Kakak sayang adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang² boleh balik bermalam, dapatlah pergi tengok Adik

      Delete
  2. biasanya begitulah keadaannya.. air yang terputus bila ada semula memang akan keruh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ustaz... Itu yang biar je pili terbuka dulu

      Delete
  3. keruhnya air tu. air mula2 selepas ketiadaan air memang kena buka dulu bagi mengalir air yang keruh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cie, mmg kena biar je pili terbuka dulu

      Delete
  4. AK cafe tu my port tapau mknn for dinner la...almost everyday singgah situ hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Sedap makanan situ, service pun laju

      Delete
  5. selalunya kalau lepas bekalan air terputus, bila dh ok sy akn flushing dulu, biar je bukak semua paip dulu utk buang air yg keruh.. mmg akn confirm keruh

    ReplyDelete
  6. Tol Gombak tu tiap weekend sesak kan. Bagusnya kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersilap lalu situ hari tu , terpaksalah hadap huhu

      Delete
  7. Bagus kakak..syg adik dan siap boleh jumpa cikgu2 yg pernah mengajar kakak ye...sekali harung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang² dia balik bermalam, bawalah ke sana SA

      Delete
  8. Semoga yang ada temuduga berjaya..UPSA tak lama lagi..

    ReplyDelete
  9. Saya pikir itu tadi minyak goreng, ternyata air keruh ya kak πŸ˜…. Bagusnya ustad buat fridge magnet juga utk souvenir murid πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Berkesan sangat pasti ada foto mereka

    ReplyDelete
  10. menarik betul projek sains kakak tu. tetiba terbawak balik cocktail satuu haha

    ReplyDelete