Sambung cerita ke Gunung Jerai raya hari tu...
Ummi ingat ada bangunan hotel atas ni, rupanya lebih kepada deretan chalet, bukan stand alone building. Mungkin bentuk muka bumi atau pun ketinggian gunung tak memungkinkan bangunan tinggi dibina di atas Gunung Jerai ni.
Inilah bilik kami...
Rasa takde family room atau dah fully booked kot jadi inilah bilik paling besar kami dapat. Harga RM388 termasuk breakfast untuk 3 orang (direct booking dgn hotel).
Kettle, air mineral, uncang kopi/teh/gula/krimer standard la ada semua tu. Peti ais, TV, iron dan iron board pun disediakan.
Pintu nak ke bilik air guna wooden sliding door. Tandas dan shower room dipisahkan dengan vanity area di tengah². Ada pintu setiap bilik tu.
Alhamdulillah semua lengkap kecuali benda paling penting bagi Ummi bila menginap di mana² iaitu aircond. Frustrated sungguh bila takde unit aircond dalam bilik ni huhu... Kenapa perlu aircond, bukan sejuk ke? Sejuk tu kalau di luar, itupun bukan sejuk sampai kena pakai sweater. Sejuk² manja macam dalam mall tu je. Dalam bilik suhunya biasa je. Kipas berfungsi dengan baik tapi bahang tu terasa juga.
Bahagian luar, ada beranda. Duduk di sini rasalah nyaman tapi kena bertudunglah pulak kan. Kalau buka pintu tu rasa juga angin dingin tapi isu privacy dan auratlah pulak. Walaupun tidaklah orang boleh nampak direct ke dalam bilik. Kedudukan bilik agak tinggi, dipagari pula dengan pokok² sebagai penghadang semulajadi tapi rasa tak selesa juga nak biar pintu terbuka bila kita berada dalam bilik.
Ada kolam renang, anak⁴ memang sukalah.
Waktu malam memang sunyilah...semua dalam bilik je kot, takde apa nak buat. Tapi cafe hotel buka kalau nak makan minum.
Room service menu...
Esok pagi kami bersiar² di sekitar kawasan penginapan. Ambil gambar dan nikmati suasana indah di atas gunung.
Pagi² ni tak ramai orang, hanya yang menginap di sini saja... Tak salah, van paling awal naik dari kaki gunung jam 8.00 pagi.
Selalu juga dengar penjawat awam dan syarikat swasta belah² Kedah esp buat kursus/majlis di sini. Majikan lama Paksu pun pernah buat family day di sini.
TBC.

Ntah bila la dapat staycation kat sini...nampak best je tempatnya
ReplyDelete