Friday, 27 March 2026

Ke Gunung Jerai @ 5 Syawal

Memandangkan Walid cuti raya lama kali ni, kami ambil peluang untuk cuti-cuti Malaysia; staycation di puncak gunung tertinggi di Kedah, Gunung Jerai. Ini kali pertama Ummi ke Gunung Jerai. Walid pernah ke sini, waktu kecik dulu. Anak⁴ macam Ummi, first timers juga. 

Dari kaki gunung ke puncak 12km. 
Boleh bawa kenderaan sendiri atau naik van sewa. Kami pilih naik kenderaan sendiri. Perjalanan naik ke atas ± ½ jam. 

Ramai yang berpesan supaya hati², jalan naik ke gunung sangat sempit dan berliku². Macam naik Cameron Highlands ikut Tapah dulu². 

View di pertengahan perjalanan... Kalau musim padi menghijau mesti lagi cantik. Sekarang padi dah dimesin, yang tinggal petak² sawah warna keperangan. 

Tanah merekah, kesan cuaca panas dan kemarau  di negeri Jelapang Padi. 

Sampai di sini hanya kenderaan yang menginap di The Jerai Hill Resort saja dibenarkan masuk ke dalam. Yang datang untuk bersiar², ada public parking disediakan selain medan selera dan tandas awam. Surau pun ada atas ni. Ada pilihan sama ada nak menginap di atas sana atau balik hari. 

Subhanallah! 
Pemandangan sangat mengagumkan. Daratan dan laut seakan bersatu. Nampak juga Pulau Bunting (pulau tak berpenghuni, di Yan).

View sebelah sini nampak rumah², bangunan dan sawah padi. 

Banyak tempat menarik untuk dilawati. Ada yang percuma, ada yang berbayar. 

T-rex! 
Nak tengok lagi banyak dinosaur kena masuk ke Dino Park. Ada sound effect, berbunyi je si T-Rex ni :) 

Nak masuk sini RM5 tak silap...dapatlah tengok best view dari puncak Gunung Jerai ni. Ada cafe sebelah luar ni, bolehlah nak kopi² sambil layan sunset

Pencawang Gunung Jerai. Selalu nampak pencawang ni dari kejauhan. Ingatkan puncak gunung dekat situ 😅

Angah & Adik nak main flying fox. Bayaran RM 15 sorang. Bayaran secara QR sahaja. 

Jungle Fun Garden ni tak pasti ada apa dalam tu, tak masuk. Tiket RM 10, waktu operasi sampai pukul 10 mlm katanya. 

Archery dan paintball. Semua ni berbayar. Kakak nak naik SkyBike tapi tutup. Sebab cuti raya ke apa Ummi tak pasti. 

Banyak hydrangea. Kembang besar², cantik! 
Sejuk ke atas ni? 
Tak sejuk sangat tapi nyaman. Rasa selesa sebab tak panas membahang. Sejuk² manja je senang cerita :) 

Stay time for more In Sha Allah.

# update blog sikit² dan blog walking slow², masih beraya 🙏🏻









24 comments:

  1. Best jugak macam2 ada kat atas tu ye.

    ReplyDelete
  2. Linda pun tak pernah lagi sampai Gunung jErai ni.. bila la nak sampai agaknya

    ReplyDelete
  3. Ada macam-macam aktiviti boleh dibuat di atas Gunung Jerai.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah naik Gunung Jerai. Sekali tu je la....tapi balik raya ni tak sempat nak explore Gunung Jerai.

    ReplyDelete
  5. Laaa....PH pi Gunung Jerai ka...
    Adah pun pi juga raya ke5...Dia dok ajak ..saya takmau pi..last² depa pi 3 beranak.Kalau saya ikut ntah² kita bertemu ..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, raya kelima sama la
      .Takdak jodoh kita jumpa nooo...

      Delete
  6. Rupanya banyak aktiviti menarik kat atas tu erk

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.
    Alam ciptaan-Nya menang tiada tandingan.

    ReplyDelete
  8. Dulu ada drama buat Lokasi kat situ. Cantik kawasan ya. Mudahan ada rezeki naik atas tu. View cantik

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya PH...maaf zahir batin andai ada tersalah kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya sis...
      Mohon maaf juga andai terkasar bahasa ye 🙏🏻

      Delete
  10. ana pernah drive pesona manual naikkkk atassssss puncak gunung jerai tu masa ada kursus few years back dulu.. tinggi gilaaa puncak dia.. bederau juga darah masa nak drive turun balik kursus tu ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah beraninya Ana! Akk co pilot je pun seram esp bila selekoh yg sempit tu.
      Masa turun Akk okay 😁

      Delete
  11. Kalau uncle naik sana... komfom uncle selfie dengan Trex tu....

    ReplyDelete
  12. ni antara my wishlist cuti2 msia sbb belum pernah sampai sini. so kalau i drive my baby T naik ke atas tu ok lah kan? jln dia kecik mcm naik ke frasers hill ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole kot, as long as your car battery full. No gas station/EV charger at the top. Macam Fraser's Hill pun ye, macam Tapah to Cameron pun ye. Jalan sempit, bengkang bengkok, sharp turn & curam. Ada selekoh yg kena masuk jalan sebelah baru lepas/boleh lalu.

      Delete
  13. cantiknya view. last yr saya pi kedah, tak sempat pergi sini, sibuk jalan2 cari makan 😃😃

    ReplyDelete
  14. Pernah naik sekali tapi naik van je.. ada bahagian selekoh yang ngeri.

    ReplyDelete
  15. Tertarik nampak kuntum bunga seribu tu..saya tanam tumbuh tapi bertahun2 tak berbunga,..hairan juga tak berbunga ..lastly saya tak tanam dah bunga seribu ni..

    ReplyDelete
  16. Mybe saya tak berapa jaga ..siram atau letak baja bunga kot..

    ReplyDelete
  17. Kat sini la nak bawak arwah mak dulu..tapi x kesampaian bila tahun demi tahun kesihatan dia makin teruk...memang nak bercuti ke sini jugak suatu hari nanti..tunggu kakak nia habis belajar tahun depan la...

    ReplyDelete
  18. Dah beberapa Minggu saya pun tak updatepost, dan tak bisa BW 😂. Tp bukan Krn raya, melainkan asisten mudik, JD terpaksa bersih2 rumah 😅. Sekarang nak mulai BW dan update lagi Krn asisten dah balik.

    Menarik tempatnyaaaa... Akses pun sebenarnya mudah yaa, sebab mobil pun bisa masuk. Apalagi ada beberapa permainan di atas. Anak saya pasti suka kalau ada flying fox begitu

    ReplyDelete