Cantik sangat homestay yang kami inap balik dari kampung beraya hari tu. Biasanya kami stay area Meru, tapi kali ni pilih area Tambun sebab dekat dengan rumah Cik Yah (kawan sekolah rendah Ummi). Lagipun Tambun ni dah menghala ke KL (selatan).
Ruang tamu cantik, selesa dan lengkap semua; sofa, TV, aircond, kipas siling... Owner hias dan lengkapkan homestay ni umpama mereka sendiri tinggal di sini. Feels so homey.
TV kliaaa elok
Melihat kepada semua kemasan dalam rumah ni, sama ada owner punya citarasa tinggi atau pun beliau sendiri punya pengetahuan/kemahiran DIY untuk hasilkan susun atur rumah begini. Neat and tidy semua tempat.
Paip untuk air aircond ruang tamu 'ditanam' bawah lantai bilik master bedroom dan airnya terus dibuang ke dalam bilik air master bedroom. Bagus idea ni sebab air aircond ruang tamu kami terpaksa 'jalan jauh' sampai belakang rumah. Ada rezeki reno rumah boleh ambil idea ni. Kemas.
Semua bilik ada aircond. Termasuk di ruang tamu, 4 unit aircond semuanya. Berbaloi dengan harga sewa RM250/semalam.
Last but not least yang menarik perhatian kami ialah laundry area. Selain dilengkapi mesin basuh dan peralatan menggosok baju, disediakan ruang khusus untuk berwudhuk. Suka sangat dengan idea ni. Kalau tetamu nak tumpang solat pun senang, ambil wudhuk dekat sini je.
Owner homestay sangat responsif dan mesra. Kalau ada yang nak menginap di area Tambun, Tg Rambutan boleh Google Aril Homestay. Dekat FB ada, TT pun ada contact number owner.
Ada rezeki boleh singgah lagi In Sha Allah.

Saya tengokpun rasa selesa macam tidak mahu keluar rumah. Hehe.
ReplyDeleteBetul tu NA. Tapi apakan daya, perjalanan kami jauh lagi. Kena juga gerak balik hehe
DeleteMesti dia reno homestay tu untuk selesa macam sendiri yang duduk.
ReplyDeleteBerbaloi kita yg sewa pun bila owner jaga elok rumahnya
Deletekemas dan cantik. Dah macam dalam majalah hiasan rumahnya
ReplyDeleteItulah Kak Yan, lawa sangat
DeleteIni kira macam testimoni yang baik ni...
ReplyDeleteIni bukan testimony berbayar ye Uncle hihi
Deleteterima kasih atas info yang terbaik.. nampak selesa je
ReplyDeleteAlhamdulillah selesa sangat 🤲🏻
Deletepuas hati kan. harga pun reasonable sgt.
ReplyDeleteSangat puashati 👍🏻
DeleteWah>> Suka betul tengok susun atur homestay ini.. Boleh diajadikan idea juga ni.. Harga pun not bad..
ReplyDeleteCantik kan? PH pun terinspirasi dgn bbrp perkara yg owner buat utk rumah ni.
DeleteSuka duduk homestay macamni. Parking2 kereta terus je masuk rumah berbanding rumah kondo :D harga pun murah sangat ni
ReplyDeleteAkk prefer landed property Mazni. High rise banyak sangat prosedurnya. Landed house straight forward, buka pagar terus boleh masuk rumah
Deletecantik dan kemas
ReplyDeleterumah baru mcm ni elok fijadikan homestay
kalau buat sewa habissss
Setuju.
DeleteRumah cantik dan baru sayang nak bagi sewa
Bulan 5 SA akan ke Mersing..4 beranak bercuti...dah amik homestay dah....amik yang jenis macam ni gak..tapi rumah ada 2 bilik aje...
ReplyDeleteBila anak dah remaja ni sesuai amik homestay la SA kan.
DeleteBest tu Mersing. Pernah sampai in mid 2000
Nampak selesa dan lengkap semuanya ya PH...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua lengkap dan selesa sekali
Deletecantik dan cozy!
ReplyDeleteKannnn...
DeletePemilik mungkin guna DIY dan memang suka buat deco. Sebab itu hasilnya blowing mind...sangkaan saja dan puas hati dengan bayaran RM250 semalam
ReplyDeleteSy pun fikir begitu juga. Paling utama kemas dan functional.
DeleteKalau ada kolam renang mesti lagi best kan.
ReplyDeleteMenarik juga idea ni
Deletekitaorg setiap kali tengok rumah orang cantik-cantik,terus berangan nak deco itu ini juga,tapi selalunya yang jadi deko ikut mood gaya bebas,susun barang ikut nasib haha
ReplyDeleteSama je kitorang pun hihi 🤭
Delete