Wednesday, 15 April 2026

Aril Homestay @ Tanjung Rambutan, Perak

Cantik sangat homestay yang kami inap balik dari kampung beraya hari tu. Biasanya kami stay area Meru, tapi kali ni pilih area Tambun sebab dekat dengan rumah Cik Yah (kawan sekolah rendah Ummi). Lagipun Tambun ni dah menghala ke KL (selatan). 

Ruang tamu cantik, selesa dan lengkap semua; sofa, TV, aircond, kipas siling... Owner hias dan lengkapkan homestay ni umpama mereka sendiri tinggal di sini. Feels so homey. 

TV kliaaa elok 

Ruang makan bersebelahan ruang tamu. 

Dapur yang lengkap dengan peralatan dan perkakas memasak. Lubang asap dibalut kemas 👍🏻 
Melihat kepada semua kemasan dalam rumah ni, sama ada owner punya citarasa tinggi atau pun beliau sendiri punya pengetahuan/kemahiran DIY untuk hasilkan susun atur rumah begini. Neat and tidy semua tempat. 

Setiap suis dilabel kemas 👍🏻 

Paip untuk air aircond ruang tamu 'ditanam' bawah lantai bilik master bedroom dan airnya terus dibuang ke dalam bilik air master bedroom. Bagus idea ni sebab air aircond ruang tamu kami terpaksa 'jalan jauh' sampai belakang rumah. Ada rezeki reno rumah boleh ambil idea ni. Kemas. 

Selain finishing, hiasan rumah pun sedap mata memandang. 

Master bedroom

Bilik tidur kedua dan ketiga. Kongsi bilik air. 
Semua bilik ada aircond. Termasuk di ruang tamu, 4 unit aircond semuanya. Berbaloi dengan harga sewa RM250/semalam. 

Last but not least yang menarik perhatian kami ialah laundry area. Selain dilengkapi mesin basuh dan peralatan menggosok baju, disediakan ruang khusus untuk berwudhuk. Suka sangat dengan idea ni.  Kalau tetamu nak tumpang solat pun senang, ambil wudhuk dekat sini je. 

Rumah baru di kawasan perumahan baru juga. 

Owner homestay sangat responsif dan mesra. Kalau ada yang nak menginap di area Tambun, Tg Rambutan boleh Google Aril Homestay. Dekat FB ada, TT pun ada contact number owner

Ada rezeki boleh singgah lagi In Sha Allah. 



30 comments:

  1. Saya tengokpun rasa selesa macam tidak mahu keluar rumah. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA. Tapi apakan daya, perjalanan kami jauh lagi. Kena juga gerak balik hehe

      Delete
  2. Mesti dia reno homestay tu untuk selesa macam sendiri yang duduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kita yg sewa pun bila owner jaga elok rumahnya

      Delete
  3. kemas dan cantik. Dah macam dalam majalah hiasan rumahnya

    ReplyDelete
  4. Ini kira macam testimoni yang baik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan testimony berbayar ye Uncle hihi

      Delete
  5. terima kasih atas info yang terbaik.. nampak selesa je

    ReplyDelete
  6. puas hati kan. harga pun reasonable sgt.

    ReplyDelete
  7. Wah>> Suka betul tengok susun atur homestay ini.. Boleh diajadikan idea juga ni.. Harga pun not bad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan? PH pun terinspirasi dgn bbrp perkara yg owner buat utk rumah ni.

      Delete
  8. Suka duduk homestay macamni. Parking2 kereta terus je masuk rumah berbanding rumah kondo :D harga pun murah sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk prefer landed property Mazni. High rise banyak sangat prosedurnya. Landed house straight forward, buka pagar terus boleh masuk rumah

      Delete
  9. cantik dan kemas
    rumah baru mcm ni elok fijadikan homestay
    kalau buat sewa habissss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Rumah cantik dan baru sayang nak bagi sewa

      Delete
  10. Bulan 5 SA akan ke Mersing..4 beranak bercuti...dah amik homestay dah....amik yang jenis macam ni gak..tapi rumah ada 2 bilik aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila anak dah remaja ni sesuai amik homestay la SA kan.
      Best tu Mersing. Pernah sampai in mid 2000

      Delete
  11. Nampak selesa dan lengkap semuanya ya PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua lengkap dan selesa sekali

      Delete
  12. Pemilik mungkin guna DIY dan memang suka buat deco. Sebab itu hasilnya blowing mind...sangkaan saja dan puas hati dengan bayaran RM250 semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun fikir begitu juga. Paling utama kemas dan functional.

      Delete
  13. Kalau ada kolam renang mesti lagi best kan.

    ReplyDelete
  14. kitaorg setiap kali tengok rumah orang cantik-cantik,terus berangan nak deco itu ini juga,tapi selalunya yang jadi deko ikut mood gaya bebas,susun barang ikut nasib haha

    ReplyDelete