Pagi tadi Ummi Walid singgah sarapan di warung Roti Canai Kari Kambing yang terletak di Fasa 4, Sri Gombak. Tak jauh dari SMK Hillcrest.
Jika di Bangi atau Shah Alam disebut Seksyen utk merujuk kepada sesuatu kawasan, di Sri Gombak ni disebut Fasa. Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan seterusnya hingga Fasa 10, yang terakhir kalau tak silap.
Ini roti canai Melayu ye, bukan mamak. Sekeping RM1.50. Puas makan sebab saiznya besar, padan dengan harga.
Warung biasa je tapi roti canainya luar biasa :)
Untuk bihun ni biasa je rasanya tapi roti canai tu sedap. Kuah dhal biasa pun ada. Ada customer request nak makan dengan gula pun. Terus teringat kecik² dulu, bila arwah Tok buat roti canai kami cicah dengan gula ja. Sekali-sekala dapat cicah dengan kuah kari, yang mana kuahnya tu lebihan lauk makan tengahari/malam. Memang kuah semata-mata tapi tetaplah nikmat. Momen paling seronok tengok Tok tebar roti canai atas talam (dulang). Seronok tengok doh tu ditarik² sebelum dilipat² pula. Roti canai Tok 4 segi, bukan bulat. Tapi itulah, Ummi ni pandai tengok je. Buatnya tak reti 😁
Oh boleh minta gula ya? Untuk budak-budak sukalah dapat makan roti canai dengan gula.
ReplyDeleteOrang tua pun ada yg suka makan dgn gula hehe
DeleteSusah kan nak dapat roti canai orang melayu yang lembut dan sedap...
ReplyDeleteBetul Nieyl...
DeleteDekat tempat Akk ni ada la 2-3 kedai roti canai melayu, selebihnya mamak
eh kita fasa 5 dekat la ni fasa 4...sedap tgk kari kambing tu
ReplyDeleteDekat dah tu MT, boleh terjah 🤗
DeleteRoti canai Melayu pada LZ lebih sedap berbanding mamak.. Kadang-kadang roti canai mamak pun liat. Roti canai nampak gebu dan kering x berminyak, no wonder sedap.. I like 🥰..
ReplyDeleteBetul, lebih kena dgn tekak kita kan. PH suka ada rasa manis² sikit rotinya tu
Deletesellau yang cicah roti canai dengan gula nie, orang2 pantai timur.. hihihi.. kalau dekat Putrajaya pula guna presint
ReplyDeleteDekat tempat Akk (Baling) biasa juga makan cicah gula Linda. Kadang tu susu pekat manis. Surrrr haha
DeleteSaya masih belum jumpa roti canai yang betul-betul dekat kawasan rumah, bahagia sungguh kalau dapat macam PH ni. Saya suka makan roti canai.
ReplyDeleteMasa kecik dulu, mak saya pun buat guna belakang dulang. Masa tu tak kenal roti canai, mak buat tu kita panggil roti prata.
Ada juga 2-3 kedai roti canai melayu kawasan sy ni PU. Bolehlah layan tekak :)
DeleteAah, arwah mak sy pun tebar belakang dulang (kami panggil talam). Masa mak menebar roti tu dah telan² ailio haha
saya pun suka makan roti canai di warung-warung biasa aka warung kampung.. selain roti yang luarbiasa, makan sambil memerhati vibe desa yang damai.. kari kambing tu memang 👍👍👍
ReplyDeleteBetul Ustaz. Vibe kampung tu yg mahal dan menggamit nostalgia
DeleteAdui menggoda betul rupa roti canai dengan kari kambing tu sis. Kalau masih duduk di SG, nak je ajak encik suami pergi sarapan kat situ hihi
ReplyDeleteBoleh je merempit ke sini sis hehe ... U cari je SMK Hillcrest, In Sha Allah jumpa warung ni. Tepi main road
DeleteSedaplah kalau dapat roti canai Melayu.. biasanya garing, lembut & nipis. Dapat pulak kari kambing.
ReplyDeleteItu la, ngam betul roti canai dgn kari kambing 😋
DeleteSedapnyer roti canai kari kambing.
ReplyDeleteWak suka makan roti canai cicah susu pekat.
Yg ni pun sedap Wak, cicah susu pekat 😋
Deletesedap roti canai tu.nyumss.
ReplyDeletedulu arwah moyang rajin buat roti canai. kami makan dengan gula atau susu manis
Aah LM, cicah susu pekat mmg sedap 😋
DeleteRoti canai melayu memang sedap... Dapat pula makan tempat macam ni...
ReplyDeleteAlamak...tiba tiba rasa nak makan roti canai kari kambing...sedapnyaaa
ReplyDelete