Thursday, 4 December 2025

Angah ~ Haflah Takrim Perdana 2025


Alhamdulillah senyap² Angah bawak balik 2 plagues untuk tatapan Ummi Walid. Anak #2 ni senyap² je dia 'buat kerja'. Tup² je bawak balik hadiah dan sijil². 

Majlis pengiktirafan yang dipanggil Haflah Takrim Perdana 2025 ni dibuat oleh guru² halaqah F2, sebelum sesi persekolahan berakhir. 

Sebelah kiri, anugerah Zaid b Tsabit (tahriri lengkap, selari dengan hafazan). Anugerah ni dinamakan sempena nama sahabat yang bertanggungjawab menulis wahyu dan surat² ketika zaman Baginda SAW iaitu Zaid b Tsabit. 

Sebelah kanan pula, anugerah As Shatibi, diberi kepada murid² yang berjaya mencapai sukatan hafazan F2. Alhamdulillah Angah bukan setakat capai sukatan, tapi berjaya melepasi sukatan. 

Selain tu Angah bawa balik juga sijil² yang Ustaz 'hutang' dengan dia. Ada 4 keping sijil program² lepas. Untuk Haflah ni belum dapat lagi sijilnya. 

Congrats Angah! 

5 comments:

  1. Alhamdulillah sejuk perut ibu yang mengandungkannya. Tahniah Angah

    ReplyDelete
  2. hebatttt hebatttt
    alfun mabruk angah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Angah anak hebat ummi Walid. Semoga terus cemerlang ye.

    ReplyDelete
  4. tahniah angah... anak no dua memang macam tu heheheh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah Angah!!!

    ReplyDelete