Pagi tadi Ummi Walid singgah sarapan di warung Roti Canai Kari Kambing yang terletak di Fasa 4, Sri Gombak. Tak jauh dari SMK Hillcrest.
Jika di Bangi atau Shah Alam disebut Seksyen utk merujuk kepada sesuatu kawasan, di Sri Gombak ni disebut Fasa. Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan seterusnya hingga Fasa 10, yang terakhir kalau tak silap.
Ini roti canai Melayu ye, bukan mamak. Sekeping RM1.50. Puas makan sebab saiznya besar, padan dengan harga.
Warung biasa je tapi roti canainya luar biasa :)
Untuk bihun ni biasa je rasanya tapi roti canai tu sedap. Kuah dhal biasa pun ada. Ada customer request nak makan dengan gula pun. Terus teringat kecik² dulu, bila arwah Tok buat roti canai kami cicah dengan gula ja. Sekali-sekala dapat cicah dengan kuah kari, yang mana kuahnya tu lebihan lauk makan tengahari/malam. Memang kuah semata-mata tapi tetaplah nikmat. Momen paling seronok tengok Tok tebar roti canai atas talam (dulang). Seronok tengok doh tu ditarik² sebelum dilipat² pula. Roti canai Tok 4 segi, bukan bulat. Tapi itulah, Ummi ni pandai tengok je. Buatnya tak reti 😁
Oh boleh minta gula ya? Untuk budak-budak sukalah dapat makan roti canai dengan gula.
ReplyDeleteSusah kan nak dapat roti canai orang melayu yang lembut dan sedap...
ReplyDeleteeh kita fasa 5 dekat la ni fasa 4...sedap tgk kari kambing tu
ReplyDeleteRoti canai Melayu pada LZ lebih sedap berbanding mamak.. Kadang-kadang roti canai mamak pun liat. Roti canai nampak gebu dan kering x berminyak, no wonder sedap.. I like 🥰..
ReplyDeletesellau yang cicah roti canai dengan gula nie, orang2 pantai timur.. hihihi.. kalau dekat Putrajaya pula guna presint
ReplyDeleteSaya masih belum jumpa roti canai yang betul-betul dekat kawasan rumah, bahagia sungguh kalau dapat macam PH ni. Saya suka makan roti canai.
ReplyDeleteMasa kecik dulu, mak saya pun buat guna belakang dulang. Masa tu tak kenal roti canai, mak buat tu kita panggil roti prata.
saya pun suka makan roti canai di warung-warung biasa aka warung kampung.. selain roti yang luarbiasa, makan sambil memerhati vibe desa yang damai.. kari kambing tu memang 👍👍👍
ReplyDeleteAdui menggoda betul rupa roti canai dengan kari kambing tu sis. Kalau masih duduk di SG, nak je ajak encik suami pergi sarapan kat situ hihi
ReplyDelete