Wednesday, 10 December 2025

Kakak - Feeder School (SMK)

Alhamdulillah 30/11 lepas Kakak dah dapat surat penempatan sekolah menengah (feeder school). Permohonan dan pengesahan ke feeder school ni wajib dibuat walaupun kita memohon SBP/SMKA/MRSM dsbnya. Ini untuk memastikan tiada keciciran murid berlaku bila naik ke Tingkatan 1. 

Dah dapat surat penempatan ni kenalah buat pengesahan di sekolah tersebut. Masa Abang Angah dulu kena hadir sendiri ke sekolah, tapi untuk Kakak SMK-nya hanya minta isi pengesahan secara online sahaja. 

Sekolah minta upload result UASA sahaja manakala dokumen² yang diperlukan hanya serahkan pada Guru Penyelaras D6 untuk tindakan selanjutnya. Dekat SMK ni ada kelas KAA juga tapi tak perlu ujian. Keputusan berdasarkan semakan di web JPN Selangor 29/12 nanti. Walaupun begitu, Kakak dipanggil juga untuk ujian Kelayakan KAA di sekolah satu lagi. Adalah pengalaman juga. Sebab zaman Abang Angah terus dapat keputusan, tidak layak 🫣 Mungkin sebab SRAI sekolah kategori swasta, tempat dan keutamaan diberi kepada murid² SK. Alhamdulillah untuk tahun ni lebih separuh kelas dapat panggilan ujian Kelayakan KAA. 

Untuk feeder school ni kita boleh pilih 2 lagi SMK, selain satu sekolah wajib pilih berdasarkan zoning sekolah rendah. 

# Simpan sini untuk rujukan sementelah lain pula prosesnya dari abang² dulu. 

11 comments:

  1. Semoga semua urusan dipermudahkan. 🤲

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya... Aamiin... SRAI tu kategori swasta ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRAI diletak bawah kategori swasta under KPM. Sbb bawah pentadbiran negeri (JAIS), bukan direct bawah KPM mcm SK.

      Delete
  3. Alhamdulillah, semoga sentiasa dipermudah urusan kakak..

    ReplyDelete
  4. Moga tercapai semua impian Kakak.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan ye...

    ReplyDelete
  6. Senang juga pengesahan melalui online sahaja. Masa Wafi kena isi form attached certs dan docs yang diperlukan kemudian hantar ke sekolah feeder. End up dapat SAM Nurul Iman sebelum masuk sekolah skrg. Tak pergilah feeder school tu.

    ReplyDelete
  7. Feeder school Dania SMK Bukit Jalil. Pergi untuk mohon pertukaran sekolah ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah semoga dipermudahkan urusan sentiasa

    ReplyDelete
  9. Masa Kyra ammi tak pernah pun apply KAA, tau-tau je dapat tawaran. Masa Khilfi ammi apply tapi dia tak dapat. Masa kami pindah ke Seremban, ammi try apply KAA di sekolah sini dan Alhamdulillha dapat sebab keputusan UPKK & PSRA dia bagus. Tapi tak sempat pun nak daftar. Hari pertama mendaftar, dia pun dapat tawaran MOZAC.

    ReplyDelete