Saturday 22 June 2024

Ceri & Durian

Lama dah teringin nak makan buah cherry fresh ni. Tapi bila tengok harganya boleh tahan juga ye, plus kadang tu tengok tak berapa fresh dah jadi hold sat keinginan tu sampai jumpa yang betul² kena dengan kehendak hati dan Mesra poket :D . Alhamdulillah hari ni jumpa yang diingini... 

Airflown from Turkiye. At first ingatkan dari China sebab beli dekat Wellmart je. Hari tu tengok dekat Jaya Grocer cerinya imported from the US. Dah namanya buah import harganya pun mahal sikitlah kan. Tapi yang Ummi beli ni small packet, dalam RM14 je. Bolehlah buat raso²...

Alhamdulillah, sedap, rasa buah ceri ni masam² manis. Teksturnya akan² buah plum, tapi lebih lembut dan saiznya pun lebih kecil. 

Hari yang sama juga, Allah hadirkan rezeki raja buah... 

Durian Bukit Gantang kata adik penjual. Sekilo RM10 je. Dua biji ni RM26. Alhamdulillah dua² elok buahnya. Isi sedap, manis² pahit rasa durian kampung begitulah. 

Alhamdulillah, mungkin tahun ni durian menjadi lagi, dapatlah beli dengan harga murah begini. Durian Batu Kurau kata kawan Ummi, bulan 8 nanti baru musim. Di kampung Ummi pun nampaknya durian dah mula 'buang buruk'. Buang buruk tu maksudnya mula gugur, biasanya buah² yang kurang elok. Di pertengahannya nanti baru buah² yang elok biasanya akan gugur. Begitulah sefaham Ummi :) 








Friday 21 June 2024

Menu Daging Korban

Alhamdulillah sempat masak dan jamu daging korban sebelum anak² balik asrama Selasa lepas. 

Sup Tulang + Ekor (depa potong 7, setiap peserta dapat 1 bahagian) + Daging. Banyak juga Ummi masak. Niat asal nak bawa utk Aunty Nadia di hospital tapi tak jadi pergi, rezeki kami anak beranaklah nampaknya. Tapi sebab dah ada niat nak berkongsi, Ummi kirim juga sebekas utk Cik Dora, isteri Abe. Jiran² rapat buat korban juga. Yang dapat dari surau pun ada, jadi Ummi kongsi dengan yang belum dapat. 

Hati, jantung dan limpa goreng kunyit style Tok. Walaupun tak setanding dgn airtangan Tok, still I'm proud of myself  sebab berjaya masak menu ni 😁

Daging Goreng + Kacang Buncis. Daging tu rebus dulu, cepatlah empuknya. 

Dapat juga paru jadi Ummi goreng garing. Lepas tu masukkan dalam sambal tumis nasi lemak. Pagi tu sarapan nasi lemak, lebihan sambal tu la... Paru ni favorite Angah. Minyak berlinang tu abaikan ye 🫣 

Ada lagi daging korban, tengoklah nanti apa menu yang akan muncul :) 



Thursday 20 June 2024

Mee Goreng Mamak

Minta Walid tolong beli telur dan roti balik kerja semalam. Sambil² tu selit order juga untuk kunyah²... Dapat goreng pisang pun jadilah hihi... Sekali dibelinya Mee Goreng Mamak 😁

Siap dengan Teh Ais sekali... 
Sengaja tak masukkan dalam pinggan, makan macam ni teringat zaman kecik² dulu... Arwah Tok Wan bila dapat duit belanja dari Paklong mesti ke Pekan Kupang beli Mee Goreng dan Mee Kuah Mamak. Tapi sayang, Ummi tak pernah tau kedai mana yang Tok Wan beli tu. Dan Ummi pun jarang ke Pekan Kupang berbanding Pekan Baling sebab kalau nak ke Kupang kena tukar bas dari kampung Ummi tu. Sama ada ke Pekan Baling dulu, kemudian ambil bas hala ke Kulim, Butterworth atau SP. Satu lagi pilihan, tunggu dekat Batu 42, tahan je bas² ni kat tepi jalan. Nak lagi senang, bonceng je motor Tok Wan 😁

Dari nak cerita pasal MGM Walid beli ni, termasuk pulak cerita kenangan ye... 

Tukar Drainage Pump Aircond

Sejak bulan lepas air aircond di ruang tamu ni asyik menitik. Mula tu ingat aircond tu yang rosak/tersumbat, rupanya air menitik dari drainage pump. Rosak agaknya pump tu. 

Bila turunkan cermin besar bawah aircond ni, nampaklah kesannya. Dekat lantai pun asyik basah je kalau kita on aircond tu. Tak suka keadaan ni tapi kadang tu cuaca panas on juga aircond tu 😅

Sehari sebelum raya, aircond man (A) yang kami mula guna khidmatnya kebelakangan ni datang. Berjanji nak datang lama dah, since 2-3 minggu lepas, tapi sibuk sangat agaknya. A cuma tukar pump dan advise kami ubah paip aircond tu ke bilik air bawah, instead of air di belakang rumah sekiranya air masih menitik. 

Tak sampai ½ jam lepas tukar pump tu, air  menitik semula. Malas nak berurusan dengan A dah (ada cerita disebaliknya), kami decided untuk call B. First time nak guna khidmatnya ni. Alhamdulillah tak sampai sejam B muncul. Bagus sangat kerjanya, semua tempat dia buka dan check termasuk paip aircond dan unit aircond tu sendiri. Dari pukul 1145 hingga 1415 gitu dia bekerja sebab nak cari punca kenapa air tu masih menitik walaupun dah tukar pam baru. Puashati sungguh dengan komitmen dia. A tadi cuma pasang pam semata je. Alhamdulillah akhirnya B berjaya juga selesaikan masalah aircond kami. Ada bahagian dalam paip yang tersumbat. Paip tu panjang ye, dari ruang tamu ke belakang rumah, salute dgn B, bersungguh² kelebek paip tu satu² bahagian cari tang mana tersumbat tu 👍

Terima kasih banyak dik, definitely we will hire you again after this. Sangat berpuashati dengan komitmen dan cara kerja dia. Ummi pun akan recommend dia kalau ada yang perlukan aircond man. 

Nota; 
Tukar Pam Aircond 16.6.204
A: RM380 (pump + upah)
B: RM150 


 

Wednesday 19 June 2024

Back to Routine

4-5 hari ni tak sempat nak jenguk tanaman pun... Bila cuti dah habis, semua back to normal; balik asrama, pergi sekolah, pergi ofis tinggal Ummi dengan Tot barulah Ummi pun kembali ke rutin harian. 

Jenguk² tanaman, ada yang boleh dipetik kita petiklah. Bunga telang tu dah ada sebekas, simpan dulu buat stok. Nak buat nasi kerabu belum sampai seru lagi :D Terung Pipit ni rebus cicah air asam ikan rebus (kami panggil air garam) pun sedap ni. Cili kampung tu memang sedap dan sesuailah dibuat air garam. 

Berbakul jugalah baju belum bergosok sementelah geng asrama pun balik, bertambahlah baju digunakan. Hari ni maraton gosok baju² harian ni 💪 Nak gosok baju² ni kena ada mood, kena santai² baru best. Healing cara mak² 😆






Abang ~ PPT

Hari ni 19.6 Abang start PPT. Paper BM 1 & BM 2. 

Masa bersalam nak naik asrama semalam dia bisik kat Ummi, "Abang macam tak berapa ready la Ummi " Itulah, balik raya haji kelmarin dok ulangkaji handphone sangat :p Takdelah, Abang belajar tapi itulah banyak sangat distraction. Insha Allah Abang boleh 🤗
Sebenarnya masa UA share jadual PPT ni Ummi yamh6 murung haha... Back to back tough subjects. Pengsan 😆

Mudah-mudahan diberi ketenangan untuk Abang (dan kawan² semua), diberi kefahaman dan berjaya dengan cemerlang hendaknya aamin 🤲 






Tuesday 18 June 2024

Menu Berbuka 3-6 Zulhijjah

Seperti kita maklum, 10 hari terawal Zulhijjah adalah antara hari² yang amat digalakkan untuk kita menambah amal. Ummi pun ambil kesempatan puasa qadha sempena masuk bulan Zulhijjah, alhamdulillah dapatlah 4 hari.

Buka puasa 3 Zulhijjah makan biskut gula cicah Teh Tarik perghhh nikmat... :D 

Cekodok dan Serawa Pisang. Pisangnya Cik Leha bagi. Pisang awak kot, ada biji. 

Tempe Goreng Salut Tepung cicah cili potong, ratah² pun sedap 😋 Ummi kalau puasa sorang², suka lauk simple² gini je. Lebih nikmat rasanya. 

Pulut Mangga, dari Mangga Harumanis Uncle Arif bagi tu. Alhamdulillah tercapai hajat wpun makan sorang² je. Yang lain tak nak makan dengan pulut. 

Jumaat 7 Zulhijjah Ummi tak puasalah, anak² asrama balik dan Ummi sendiri pun hari tu sibuklah dengan persiapan nak raya haji. Jumaat tu Ummi ke pasar beli ayam, santan dll siap². Sabtu ada urusan dan Ahad pula puasa Hari Arafah jadi siapkan apa yang patut Jumaat tu. Awal tak kalut, gitewww 😁


3D Puzzle

Tok Umi bagi hadiah berupa duit raya sebab seronok sangat bila tahu cucu⁴-nya puasa sunat Hari Arafah kelmarin tu. 

Ummi Walid bagi greenlight untuk anak⁴ belilah apa² yang depa nak dengan duit tu. Mula² ke Tealive beli boba tea sorang satu. Kemudian ke Eco Shop Batu Caves, bolehlah shopping banyak² kan :p 

Salah satu item yang Adik beli ialah 3D Puzzle. Impressed pulak Ummi pun dengan puzzle ni... Berbaloi untuk anak² beli sebab ianya berkonsep play & learn 👍

Memang leka depa dua dok pasang puzzle tu...
Adik beli castle dan treehouse sets. Kakak tumpang main dan tolong pasang :) Castle biru atas tu Adik beli di Mr DIY, dalam RM5 kot. Dekat ES, standard lah RM2.40/set. Pencil case tu Abang beli untuk Adik, hadiah bday Adik. 

Recommended untuk yang ada anak² kecil esp gegirls la...suka benda² macam ni kan... 






Monday 17 June 2024

Aidil Adha 1445H

Alhamdulillah diberikan rezeki sekali lagi menyambut Aidil Adha dan melaksanakan ibadah qurban tahun ni. Syukur. 

Seperti tahun² sudah, raya haji kami join #teamrayakl :) 

Langit cantik membiru di awal pagi 10 Zulhijjah. 

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Acar Timun juadah pagi raya kami. 

Usai bersarapan, terus ke surau. Kami solat raya jam 8.00 pagi manakala kebanyakan surau lain jam 8.30 pagi, jadi sedikit kalut dibuatnya. OOTD Aidil Adha Ummi; jubah Mekah pemberian arwah Tok dan telekung SK hadiah dari Cik Ani, Ummi 'rasmi' hari ni alhamdulillah. Berkongsi rezeki, berkongsi pahala إن شاء الله 

Selesai solat, terus dilaksanakan ibadah qurban. Alhamdulillah 10 ekor lembu dan 8 ekor kambing dikorbankan oleh penduduk di sini 🤲 Semuanya selesai sebelum waktu Zohor. 

Lembu #2, lembu korban Angah. 

Peserta korban dapat baju warna purple. Manakala AJK pula bajunya warna maroon

Abang pula petugas program, baju warna dusty pink. Alhamdulillah surau ni ramai yang rajin menyumbang; idea, masa, tenaga dan wang ringgit. 

Lepas Zohor ada jamuan di surau, tapi hanya Walid dan Angah yang pergi. Lauk pun banyak yang berbaki, tak ramai yang datang semula untuk makan² agaknya...

Daging Masak Kicap dan Sup Tulang. 
Ummi pun dapat je daging korban bahagian Angah tu terus masak sup juga. Ingatkan nak bawa sup Ummi masak tu ke Aunty Nadia & anaknya yg beraya di hospital tapi hujan lebat petang tu, tak jadi nak ziarah. Sudahnya pakat tarik selimut :D 

Kawan² Tot mai beraya 😆

Penutup raya haji ni, bersiar² di ibu kota malam tadi. Nampak lawa PNB 118 ni dilimpahi lampu² gini. 

Balik rumah layan Euro 2024 sat... 
Tu je kisah  raya haji kami. 
Alhamdulillah utk semua nikmat dan rezeki dari-Nya ♥️




Sunday 16 June 2024

Puasa Hari Arafah

Alhamdulillah anak⁴ turut berpuasa hari ni, hari Arafah.

Set up table lawa² sikit, raikan anak⁴ puasa...

Ayam Ungkep, Sambal Jawa, Ketupat Palas (wajib 😁) dan Kek Coklat Moist. Ketupat Palas tu makan siap² la, esok nak makan Sup Tulang/Daging Korban pulak Insha Allah. Ini pun stok Ummi buat masa bulan puasa hari tu. Simpan dalam freezer alhamdulillah masih elok. 

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha semua ♥️
تقبل الله منا ومنكم 
تقبل يا كريم 




Saturday 15 June 2024

Friday 14 June 2024

Selongkar Kenangan

Bulan lepas surau buat kutipan pakaian terpakai. Ummi pun kemaslah kotak² pakaian dan barang² kat area belakang dapur. 

Jumpalah kotak² barang² antik haha... Bukan antik, tapi nostalgia. Setiap satunya ada sentimental value yang sangatttt tinggi...

Jam pertama Ummi. Walaupun dah rosak, tetap simpan sebab banyak sangat kenangan yang tersimpan

Baju tunang; (kiri) kebaya labuh beli di butik atas Giant Taman Permata. Kanan jubah Ummi pakai masa khatam Quran. Tempah yang ni ...

Koleksi setem.
Dulu Ummi suka sangat kumpul setem. Lepas tu nak tambah koleksi, tukar² setem tu dengan kawan²...  Seronok masa tu, siap beli album setem. Sayang, album setem yang disimpan di rumah pusaka dah dimakan anai², barangkali. 

Hadiah dari boipren masa tu...
Si dia pergi Tembok Besar China, edu visit. Bawa balik ni dengan sapu tangan sutera. Dah kawin dah si dia ni, dengan orang Berlin :p 

Plaque dari junior. Baik sangat dengan dia dulu, orang Pahang. Terputus hubungan  :( 

One of my closest friends masa di Uni. Orangnya lurus sangat, baik hati dan tak pernah berkira. Satu lagi istimewanya kawan Ummi ni, dia tak pernah marah. Baik sangat² orangnya. Rindu zaman ni... Last time kami jumpa masa sama² gi bercuti di Langkawi after graduation. Kawan Ummi ni cikgu di 'Somban' sekarang. MUSM Anne 😘 

Pernah jadi ahli Zhulian ni. Semuanya gara² hasutan Kakngah, kakak Momi Zya. Habis kami satu rumah kena jadi member 😆 Tapi seronok berkawan dgn Kakngah, rasa macam kakak sendiri. Ummi dengan kakak kandung, Makngah kan jauh beza umur, tak rapat sangat masa ni. Kakngah Momi Zya ni atas kami beberapa tahun je... Jenis masuk air pula, memang ngam haha....

[Menjawab pertanyaan Ammi, yes kami 4 beradik (5 sebenarnya 👇) saudara kandung seibu seayah. Arwah Tok kahwin umur 15 tahun, bersalinkan seorang bayi tapi meninggal waktu usia 4-6 bulan, demam panas kata Tok. 3 tahun kemudian lahir pula Paklong. Jadi, bagi kami Paklonglah abang sulong. Walaupun begitu tetap maklum kami ada seorang lagi saudara kandung, Abg Azmi namanya ☺️] 

Bukti Ummi pandai main badminton 😁
Ni main double Ummi partner dgn Aunty Syimar lawan dgn Cik Izah & Cik Su. Ummi sebenarnya lagi suka main single... Main double kena gilir² smash & service tak best haha... Paling penting kena ada persefahaman dan teamwork

Rosette, Ummi buat untuk team marhaban KAMIL Abang tapi tak boleh guna (syarat pertandingan logo sekolah pun kena tutup). Mungkin tak nak ada unsur bias sewaktu penghakiman. 

Paling sentimental kot...
Inilah door gift sebelah perempuan masa boipren 👆 kahwin dengan orang Berlin tu (Baca: Walid & Ummi la :D)
Yang seronoknya, labu sayong mini ni masih disimpan elok rumah saudara mara kami antaranya Maklang Di, Maklang Aidil, Tokteh Ipoh... Bila bertandang kecrumah depa, Ummi nampak masih elok dalam almari masing². Gambar kahwin kami pun ada 😁 

Niat asalnya nak asing²kan pakaian, dok layan memori silam la pulak hehe.... 


Wednesday 12 June 2024

Tot Dah Sunat

Sejak kes hari tu, Ummi ambil keputusan untuk mandulkan Tot. 

Buah hati pengarang jantung, bulan bintang matahari semua dapat kat dia la...Sampai anak⁴ pun jeles Ummi sayang sangat kat Tot 😁

24.4 Ummi bawa Tot gi klinik untuk vaksin. Nak sunat kena vaksin dulu. 

Tapi Doc tengok ada luka dekat telinga, kesan garu sbb kutu agaknya so Doc treated luka tu dulu. Dah kering luka baru vaksin katanya. Letak sekali ubat kutu. Terbang RM70 duit Ummi 🫣

7.5 Ummi bawa semula ke klinik untuk vaksin. 

RM50 pulak kali ni ☺️

16.5 Finally she get spayed!

Ummi requested untuk warded dia 2 malam. Sebab bila dengar nak kena pantang itu pantang ini Ummi jadi nervous. Takut tak reti/ mampu jaga dia. Macam² Ummi fikir sampai ke tahap overthinking 😅

#3&4 tu paling Tot tak suka, sebab tu Ummi minta dia warded, at least for the first 3 days

Klinik share gambar...Muka dia ketat giler 🤭

Nurse pun komplen, garang haha.... Kena cakar dengan Tot. Ummi tau sebabnya; kena kurung + pakai collar tu...memang dia sangatttt tak suka 2 benda ni. Dekat rumah dia bebas ke sana sini, kena kurung macam ni memang mengamuk la dia. 

18.5 Ummi ambil bawa balik rumah. Busuk hancing! Sebab pakai collar, dia tak leh jilat bulu dia. Tot ni pembersih, most of the time kerja dia jilat bulu je :D 

Balik rumah, menjilatlah dia. Ummi bagi kotak je kat dia, malas nak kurung dlm cage. Collar tu dia pandai buka, geram ja. Ada sekali tu dia tanggalkan collar tu dalam pasir dia. Nampak nau tak suka 😆


23.5 bawa semula ke klinik untuk buka benang. Banyak steps rupanya. Alhamdulillah semua okay. Ummi risau sebenarnya takut kena sound dgn Doc sbb tak jaga pantang Tot haha... Total kos spay + boarding  RM230. 

Esok lusa nak kena bawak gi 2nd vaccine pulak 🙆 RM50 juga kalau tak silap. Adudu macam air duit Ummi keluar untuk mek sorang ni... 


Mudah-mudahan Allah bagi Ummi sihat selalu, panjang umur dan duit melimpah² supaya Ummi boleh jaga Tot sebaiknya aamin!