Tuesday 7 May 2024

Jamuan Raya Abang @ 23 Syawal


Jamuan raya Abang di kelas masing-masing tapi boleh beraya di kelas² lain juga. Best kan? 

Baca Sini: Jamuan Raya Angah

depa bergotong-royong hias kelas. Ada pertandingan deko raya terbaik/tercantik.

Hari kejadian... Meriahlah nampaknya tu... 

Guru Kelas Abg, Ust A rajin bergambar dan kongsi dalam group kelas. 

Makanan pun banyak alhamdulillah. Sama macam Angah, Ummi sponsor Air Sirap Bandung. 

Beli bekas air saiz 7L sebab awalnya Ustaz cakap nak kena sediakan sekali water dispenser. Sekali, tak guna pun. Ustaz guna yang lebih besar. Takpelah, simpan je untuk kegunaan masa depan 😁

Belum sempat bersembang dengan Abang cerita raya dia. Harapnya semua berjalan lancar. Dah F4 ni selalu 'lupa' nak call Ummi :p Pergi melawat dia pun, dia ada tuition ad-hoc subjek Add Math.  

Dah F4 kan, banyak aktiviti dan komitmen. 


15 comments:

  1. meriah, seronok anak- anak kat sana...siap ada pertandingan hiasan tercantik ye...abang menang tak tu?

    ReplyDelete
  2. water dispenser tu banyak kegunaan di masa depan.

    ReplyDelete
  3. Siap boleh beraya ke kelas lain, lebih seronok dan meriah gini 😃

    ReplyDelete
  4. seronok meriahnyaaaaa boleh pergi jamuan raya kelas lain mcm tu! hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, seronok anak anak...

    ReplyDelete
  6. meriah majlis raya dak2 hostel ni..abang dh form 4 ni kalau xcall pun dah tak risau sangat kan hati ummi...saya anak yang form 1 ni selagi tak dapat call 1hari duk tertunggu la kita nak tidur pun tak lena huhu

    ReplyDelete
  7. Seronok anak2 beraya di sekolah. Meriah.

    ReplyDelete
  8. Seriuuus saya saluuut sangat even di sekolah mengadakan jamuan raya seperti ini. Krn hal begini rare sangat di sekolah sini. Sekolah anak saya 2-2 nya tak ada. Masuk sekolah ya sudah, belajar lagi. Idul Fitri memang tak terlalu ramai di sini.

    ReplyDelete
  9. Meriah + banyak makanan, tersandar kekenyangan dibuatnya.

    ReplyDelete
  10. Bagus mereka bergotong royong buat persiapan jamuan raya. Siap ada pertandingan lagi tu. Lagi seronok beraya kelas ke kelas gitu.

    ReplyDelete
  11. Bagus mereka bergotong royong buat persiapan jamuan raya. Siap ada pertandingan lagi tu. Lagi seronok beraya kelas ke kelas gitu.

    ReplyDelete
  12. Bagus mereka bergotong royong buat persiapan jamuan raya. Siap ada pertandingan lagi tu. Lagi seronok beraya kelas ke kelas gitu.

    ReplyDelete
  13. Nak SPM tahun hadapan busy la agaknya tu kan....banyak tuition yang sekolah bagi ni bagusnya.

    ReplyDelete
  14. Meriah betul jamuan kat sek our kids kan

    ReplyDelete