Wednesday, 1 May 2024

Cuti 1 Mei

Selamat Hari Pekerja semua! 

Cantik tema Hari Pekerja tahun ni. Nak tau maksud kesuma/kesuma bangsa tu sila Google 🤗 Yang pasti Ummi suka kalau guna bahasa Melayu klasik sebegini, auto terasa bangga kekayaan bahasa kita. 

Banyak juga aktiviti hari ni. Sebab masih dalam bulan Syawal, ramai ambil peluang buat rumah terbuka. 

Antaranya masjid kariah kami. 

Walid bertugas jaga kaunter sate. Dapat jugalah kami merasa sebab Ummi & gegirls tak ikut. Walid naik motor je, malas nak berebut parking dan nak elak traffic jam

Gerai sate dapat anugerah Gerai Popular & Tercantik. Tumpang bangga :D  

Untuk lunch Ummi repeat masak Nasi Ayam sebab hari tu tak puas makan 😆 

Nak ke asrama sekejap tapi belum keluar Sri Gombak dah 'sangkut' 🤭

Setel urusan anak² di asrama patah balik ke rumah sebab Cg NAAZ, bekas guru kelas & guru BoJa Kakak buat open house. Alhamdulillah rumah Cikgu yang terbakar tahun lepas dah selesai dibaikpulih. Setahun juga kalau tak silap mereka menyewa di luar. 



Hujan lebat masa sampai di rumah Cikgu. Nampak ada sup dan roti, terus ambil. Hujan² ni memang layan la hirup sup kan...

Ummi nampak Ketupat Palas Kelantan, amik juga 2 biji. Bukan selalu jumpa ni... 

Versi inti serunding, mabeles! 
Hari tu nampak Mama Tisya post, hati terus gundah haha ... Mana la nak cari ketupat ni ...
Ummi pernah makan sekali dua sebelum ni. Alhamdulillah hari ni Allah bagi rezeki makan Ketupat Palas Kelantan ni. Beza dengan Ketupat Palas Utara, KPK ni pulutnya (bahagian putih) tu pun manis. KPU pula rasanya lemak masin² gitu. Apapun rasanya, masing-masing ada keistimewaannya dan jadi kegemaran Ummi. 

Terima kasih daun keladi Cikgu jemput kami 🤗

#Adik pakai shawl Walid beli :D



11 comments:

  1. Banyak aktiviti PH sekeluarga hari ni ye. Kiteorang pulak cuma lepak di rumah kecuali petang tu keluar makan tengahari lewat di kedai mamak. Encik suami nak berehat lepas penat bekerja (dengan saya sekali rehat gantung kuali hari ni hihi).

    ReplyDelete
  2. bahasa melayu lama sangat indah.. ldy suka tp ldy x ambik sastera.. huhuhu .. byk perkataan yg ldy x tahu..

    ReplyDelete
  3. Cantik kreatif deko gerai, memang layak menang 👏

    Eh..ada ya ketupat palas inti serunding. Senang takyah cicah serunding, terus ngap gitu je 😀

    ReplyDelete
  4. mmg cantik gerai tu...mmg sesuai dpt anugerah Gerai Popular & Tercantik. ...yayyy ketupat klate...bkn senang nk jmpa

    ReplyDelete
  5. Gerai dihias indah tu PH. 1 Mei tu pun kita gi 2 open house juga.....

    ReplyDelete
  6. Siap ada tanjak lg gerai sate abah.. caya lah

    ReplyDelete
  7. Terliur tengok ketupat palas berinti begitu. Saya tengah teringin ketupat palas jagung ataupun yang letak kacang-kacang tu. Tahun ni raya, tak ada rezeki jumpa ketupat palas begitu…

    ReplyDelete
  8. Ketupat Palas ini saya pun penasaran sangat kak. Apalagi yg isi serundeng 😍😍😍😍. Ini hanya dijual saat raya kah di Kelantan? Kelantan ini rasanya banyak sangat kuliner yg ingin saya coba di sana 😄

    ReplyDelete
  9. Dan gerai sate deserve lah dapat gelar tercantik. Memang baguuus Deco dia. Pakai topi khas Melayu pula bagian atasnya. Saya jadi ingat mesjid di Batam yang bentuk bangunannya seperti itu, topi Melayu.

    ReplyDelete
  10. SA juga suka bahasa melayu klasik..tenang je baca...

    ReplyDelete
  11. Saya suka Bahasa Melayu klasik, nampak unik + sedap kedengaran bila disebut.

    Booth sate tu nampak gagah bila ada tanjak di atasnya. Tahniah untuk team sate.

    ReplyDelete