Thursday 2 May 2024

Resepi Syawal ~ Puding Kastard Koktail

Puding Kastard Koktail ni Ummi buat asalnya untuk jamuan raya potluck PIBG SRAI Sabtu lepas, usai Majlis Muafakat UPKK & PSRA. Tapi kastard yang Ummi masak tu agak lembik, jadi Ummi jadikan dessert untuk kami anak beranak je. 

Puding Kastard Koktail 
Sumber: Rasa

Bahan-Bahan (boleh pelbagaikan ikut selera):
Nata de Coco
Buah dalam tin 
Sumi 
Laici tin 

Bahan-Bahan Kastard:
1 cawan tepung kastard 
4 cawan air
4/5 tin susu pekat manis – (kalau nak manis sikit, letak 1 tin susu pekat) - Ummi letak +-1 cawan

Cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kastard, sebatikan kemudian buka api.
2. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Masak lama sedikit anggaran 5-10 minit selepas mendidih.
3. Masukkan terus dalam bekas dan biarkan ianya keras di luar (20-30 minit). Kemudian simpan dalam peti ais.

Bahan Kuah:
1 tin susu cair
2 tin air - sukat guna tin susu cair 
Sedikit air buah dalam tin
Sedikit gula
1 sudu teh esen vanila
½ tin susu pekat manis - letak dlm ¼ cawan (adjust ikut nak manis takat mana) 
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara Penyediaan:
1.Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih anggaran 2 minit. Padamkan api. Biarkan sejuk seketika.

Cara Hidang
1. Untuk menghidang, letak sumi, laici, buah dalam tin, sumi dan nata de coco dalam bekas bersesuaian.
2. Potong kastard yang telah mengeras tadi. Saiznya ikut kesesuaian. Jangan terlalu besar.
3. Tuang kuah yang dimasak tadi. Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh juga hidangkan bersama ais. 

Selamat mencuba πŸ€— 



10 comments:

  1. Makan pulak masa cuaca panas, memang sedap ni PH πŸ˜‹

    ReplyDelete
  2. Ini memang favorite dari kecik, juga yang lembik. Nasi lembik sikit pun suka.

    ReplyDelete
  3. Nanti nak try buat kastard pulak. Selalunya buat fruit cocktail ni guna susu cair & susu full cream je senang curah2 je 😬

    ReplyDelete
  4. sedap mkn sejuk² ni... skrg ni trending yg ada jelly tu kan

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap resipi ni PH. Tq share...nak kena try juga ni.

    ReplyDelete
  6. Time panas2 begini, lalu kat tekak… nikmatnya 🀀

    ReplyDelete
  7. Senang dan sedap resipi ni. Kalau cuaca panas minum koktel puding ni mesti rasa nikmatnyaaa

    ReplyDelete
  8. fav noi...cuaca panas dpt dessert ni sejuk tekak

    ReplyDelete
  9. Segaaar sangat terbayang rasanya πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Apalagi saat sedang panas makan puding nih. sejuk badan jadinya...☺️

    ReplyDelete
  10. Simpan dalam fridge dah sejuk baru makan ..best je lalu kat tekak kan...SA dh berapa hari tekak pahit ni

    ReplyDelete