Sunday, 31 March 2024

Bila Tuan Balik...


Di mana ada Angah, di situ ada Tot 😆


Semoga Bertemu Lailatul Qadr


Hari ni Ramadhan ke-20, malam ni pula malam ke-21, sama² kita perbanyakkan DOA agar ditemukan dengan Lailatul Qadr 🤲


Saturday, 30 March 2024

Rezeki 18 Ramadhan ~ Berbuka dgn Airtangan En Rizal Caterer

Dalam pukul 3 ptg macam tu, door bell berbunyi. Rupanya En Rizal Caterer ada di luar pagar. Ingatkan nak hantar daging dendeng yang Walid order, rupanya nak bagi lauk berbuka.

 Alhamdulillah rezeki, Ummi pun belum masuk dapur. Lega 😁

Alhamdulillah. Pelbagai jenis lauk yang disedekahkan;
Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Kari Udang Galah
Sup Meatballs + Kaki Ayam
Ikan Sweet Sour 
Puding Buah Naga
Keropok Udang 

Mudah-mudahan bertambah luas pintu rezeki buat ER 🤲 

Friday, 29 March 2024

Anai² is Back 😬

Lama dah takde anai² di rumah kami ni... Minggu lepas Ummi sajalah nak kemas bilik Abang Angah tu... Ada lagi barang yang masih dalam kotak², yang kami kemas dan simpan masa ujian kebakaran dulu tu. 

Alih je satu kotak tu, amik kau... Merenyut anai²... 

Hari minggu ni, Walid & the geng pakat kemas bilik tu.

Alhamdulillah tak banyak sangat anai²-nya. Mungkin baru nak buat port la kot... 

Dalam kotak tu rupanya baju kurung dan jubah² Ummi. Alhamdulillah semuanya selamat. Depa baru makan kotak. 

Kotak buku pun buku²-nya mostly selamat 🤲




Jumpa juga buku rekod nursery Angah :D 
Masa ni kami tinggalkan depa 3 beradik (Adik belum lahir lagi)  di Jitra, Ummi Walid ke tanah suci. 

Perancangan Allah jualah yang terbaik ♥️

Resepi Ramadhan #8 ~ Puding Roti Ala Kampung

Puding Roti Ala Kampung ni puding roti yang simple tu, yang biasa acik² buat dengan kerak roti atau roti nak expired tu :) Regu dia sos kastard yang enak tu. 

Sekarang ni macam² improvasi dibuat terhadap puding roti. Minggu lepas Ummi try Puding Roti Marble, tapi tak jadi 🤭 Sepatutnya guna agar² serbuk tapi merata cari takde jadi Walid beli agar² tali. Ummi pula sejenis yang tak berapa reti masak² puding ni, hentam sajalah guna agar² tali tu. Nak olah² pun tak pandai akhirnya terpaksa buang je :(

Puding Roti Ala Kampung

Bahan-Bahan: 
Roti - didadu kecil/disiat²
2-3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan air
Segenggam kismis
3 - 5 sudu makan gula perang
2 sudu makan minyak jagung - Ummi letak minyak masak je 
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Sos Kastard: 
2 cawan susu segar
½ cawan air
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula perang 

Cara Penyediaan:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan susu segar, air dan pukul sebati 
2. Masukkan pula minyak jagung dan esen vanila. Pukul sekata
3. Masukkan roti dan gaul sebati
4. Bakar dalam air fryer @ oven 180°C/15 minit atau sehingga masak. Ummi set 30 minit tapi dalam 15 minit dah garing bahagian atas jadi kena adjust tengoklah macamana ye, ikut kesesuaian oven/AF. 

 Untuk sos kastard;
Satukan susu segar, gula perang, air dan tepung kastard di dalam periuk. Kacau sebati dulu baru buka api. Masak hingga kuah pekat. Tutup api. Siap! 

Untuk hidangan, potong puding dan curahkan sos kastard diatasnya. Boleh juga disimpan dulu dalam peti ais puding dan sosnya. Makan sejuk² lagi sedap. 

Selamat mencuba 🤗

Thursday, 28 March 2024

Duit & Sampul Raya

Tahun ni tugas tukar duit raya jatuh kepada Walid haha... Kebetulan ada kerja di Shah Alam, langsung teruslah ke Bank Muamalat sana. 

Mula tu katanya duit RM5 baru dah habis, sampai turn Walid ada orang baru bank in not RM5. Walaupun bukan duit baru, bolehlah dari tak ade kan... 

Alhamdulillah, dapat sampul raya. Cantik sampul raya depa tahun ni. Nampak eksklusif 👍

Ni pula sampul raya Polo House. Walid ke Melawati Mall lepas sesi physio pagi tadi. Beli baju kerja... 

Alhamdulillah setel bab tukar duit raya. Baju raya pun alhamdulillah setel dah untuk kami berenam. Rezeki, lepas balik dari Aeon Wangsa Maju kami ke warehouse sale Sabella. Tahun ni tak meriah macam last year, depa cuma open bahagian belakang gudang. Pilihan pun tak banyak. Tapi mission accomplished, dapat beli baju Melayu untuk Angah, RM50. Survey dekat Aeon paling murah RM69.90. Alhamdulillah lega tak perlu keluar mencari lagi weekend ni. 

Fasa seterusnya bab kuih raya pulak. 
Fulus lagi... 😌

Nuzul Al Quran

Cepatnya Ramadhan kali ni berlalu :( 
Sedar tak sedar dah masuk pertengahan kedua bulan penuh barakah ni. Dan hari ni 28.3 bersamaan dengan 17 Ramadhan, Nuzul Al Quran. 

Anak² SRAI cuti hari ni dan esok, JAIS bagi cuti pree :) Anak² SMKA cuti hari ni je. Tapi, esok sekolah. Angah dah 2x call... Boring takde apa nak buat katanya haha... Sehari dua ni dok mengadu takde geng lagi. Alahai anak, pelan² la cari kawan ye. Masing-masing baru nak cari rentak, pakat homesick la, puasa lagi... 

Cantik sang rembulan malam tadi. Tapi, bulan tak pernah tak cantik kan? 

Keluar ambil angin malam, singgah Bidayah moreh la kononnya. Anak² layan roti tisu dan mi segera goreng. Licin depa makan! Haha... 

Yang cuti, selamat bercuti.
Yang balik kampung, selamat berbuka bersama keluarga.
Yang bermusafir, semoga selamat pergi & balik.

Take care semua 🤲



Wednesday, 27 March 2024

Redeem Pisau Shogun @ Aeon

Dulu redeem Tupperware, kali ni redeem pisau Shogun pulak ☺️ Duta brand ni Chef Shearson 5 Rencah 5 Rasa tu. 

Kebetulan lepas beli sandal dapat lagi sticker. Teruslah ke Customer Service untuk redeem

Aeon Member perlu kumpul 15 stickers je, non member 20 stickers. For every RM30 spent, dapat 1 sticker (if tak silap). 

Ummi ambil pisau sebelah gunting tu. Bukan percuma ye, kena top up duit juga. Pisau Ummi ambil ni kena + RM25.90. Yang lagi besar, lagi mahallah kena + duit. 

Tajam betul pisau ni. 
Puashati tengok hasil hirisan tomato dan cili ni, nipis seperti yg Ummi nak. Pisau sedia ada tumpul, sekali asah sekali tajam. Sebenarnya tak berapa reti pun nak asah pisau 🤭  

Dengan adanya pisau baru ni, makin rajin la Ummi masuk dapur :p 

Resepi Ramadhan #6 ~ Nasi Ayam Garlic (One Pot Meal)

Berselera pulak sahur pagi tadi, makan Nasi Ayam Garlic One Pot ni. Yang best-nya masukkan je ayam dan masak bersama nasi. Prepping bahan Ummi buat sebelah malam, lagi mudah kerja. 

Nasi Ayam Garlic One Pot 
Sumber: TikTok

Bahan-Bahan
Beras - basuh bersih dan masukkan ke dalam rice cooker siap². 
Ayam - perap bersama kicap cair dan sos tiram sekurang²-nya 30 minit. Ummi perap semalaman. 
Bawang putih - cincang (guna chopper lagi senang)
Daun pandan - disimpul
Stok ayam - jika ada
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak di atas pan, goreng bawang putih hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Atas pan yang sama, goreng pula ayam yang telah diperap. Tak perlu tambah minyak sebab kita sekadar nak stir fry saja. Bila ayam layu, angkat dan susun ayam di atas beras yang dah menunggu dalam rice cooker tadi :)
3. Masukkan daun pandan, garam, air dan bawang putih tadi. 
4. Tutup periuk dan on rice cooker seperti biasa. 

Sambal Cili
1. Kisar kasar cili padi merah, cili merah (cabai besar) dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai .
2. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan curahkan ke atas cili tadi (step #1). Gaul sebati. Siap! 

Sedap dimakan bersama timun, tomato dan daun salad. Nak buat kuah sup pun boleh. 

Selamat mencuba 🤗


Tuesday, 26 March 2024

Bunyi Lagi 😅

23.3.2024 | Ahad 

Kali ni Walid pula kena :D 

Kejadian berlaku di PETRONAS SG Ahad lepas. Katanya nak isi angin tayar kereta Ummi. Tak pastilah kenapa matikan enjin, tapi bila nak masuk kereta alarm tak function. Jadinya buka kereta pakai key la kot, 'menjeritlah' alarm 😁 

As usual, Alex came to the rescue :) 
Berpindahlah duit RM150 dari wallet Walid ke poket Alex huhu... Dia ingat lagi kereta Ummi ni, masa kejadian di TMG 2 tahun lepas dia juga yang datang tolong :D 

One of the reasons yang boleh buatkan setting alarm kereta ni 'lari' ialah gangguan signal pencawang Telco kata Alex. Betul atau tidak Ummi tak pasti. Tapi dekat area rumah kami memang ada pencawang Telco. Harapnya tak la sebab nak reset alarm ni bukan murah walaupun nampak mudah, cuma tekan² je remote kereta tu. 

Gambar sekadar hiasan ✌️

Mudah-mudahan yang baik² saja Allah beri untuk kita semua 🤗


Sandal Lama Tukar Baru

Sandal RM15 Ummi ni dah haus 🤭
Dah masuk tahun ke-2 pakai rasanya. 

Tapak pun dah merekah 😅
Ummi okay je, selagi boleh pakai kita pakai je. Lagipun setakat setakat nak pi kedai runcit or fetch anak² di sekolah takde hal pun. Cumanya bila pakai jalan² sakitlah kaki. Keras dah tempat pijak tu. 

Jadi, moh ler kita cari ganti. Alang² ada orang nak belanja, kita belilah yang helok sikit :p 

Dua² cun. 
Mana satu pilihan hati? 

Monday, 25 March 2024

Movie ~ Captain Phillips

Time anak² kat sekolah bolehlah Ummi layan movie. Me time sambil lipat kain atau scroll TT 🤭

Movie Captain Phillips ni entah berapa kali dah Ummi tengok. Filem berkualiti dengan barisan pelakon handalan macam Tom Hanks ni memang tak membosankan. Tengoklah berapa kali pun, tetap thrilled

Teropong lanun...

Depa mai dah...

Bengis betul muka si Mousa ni... Tapi dia baik juga, banding dengan kawan dia sorang lagi... Hat tu kerja nak tembak je :D

Laju bot lanun tu kejar kapal CP ni. 

Dah dekat dah....

Ummi suka tengok movie yang bagus macam ni sebab kita dapat tambah pengetahuan secara tak langsung. Antaranya dalam movie ni depa keluarkan hos macam hos Bomba tu di sekeliling kapal so that lanun tak boleh panjat naik atas kapal. Tapi, geng Mousa ni dapat juga naik atas kapal CP. Depa bawa senapang. Kapal ni pula katanya sekadar bawa kontena bantuan ke negara Africa, takdelah security escort

Walaupun ceritanya atas kapal je dan 4-5 orang pelakon ni saja tapi sangat best movie ni 👍

Ending
Hero mestilah selamat :p





Kakak ~ Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SRAI 24/25

22.3.2024 | Jumaat 

Alhamdulillah sekali lagi kontrak Kakak sebagai Pengawas Sekolah dilanjutkan :D 

Seperti biasa, dijemput Pegawai Polis untuk sampaikan watikah pelantikan ni. Pegawai yang sama kata Kakak, sejak dia jadi PS sekolah since darjah 3. Baguslah, sekolah ada network yang bagus dengan pihak berkuasa. Senang jika perlukan bantuan apa² kan... 

Selamat menjalankan amanah Kakak 💪

Sunday, 24 March 2024

Happy 13th Birthday Angah 🎈

Minggu ni dia PB, dapatlah sambut birthday dia. As usual just a small celebration between us. Gambar sebelah kiri ni hadiah dari Abang dan adik². 

Dia request Nutella Cheesetart as bday cake. Layannn...

Ummi tak masak special pun, just Ayam Masak Merah dan kuih kaswi je seperti yang dia request. Puasa, tak excited sangat nak sambut birthday pun 🤭 Tapi tetap kita raikan permintaan anak soleh sorang ni :)


Dah selamat balik ke asrama.
Baju tu hari tu test sample depa bagi elok je size M tu, tapi bila dah dapat bajunya nampak besar pulak dengan dia. Jubah UA pun sama, kena bawa ke tailor, lipat dan jahit bahagian bawah sebab terlebih labuh. Tapi takpe, boleh pakai lama إن شاء الله

Selamat Hari Lahir Angah 💞
Ummi Walid doakan agar Allah permudahkan segala urusan Angah dalam menuntut ilmu dan menghafaz Al Quran dan dimakbulkan segala hajat dan cita² Angah 🤲


Saturday, 23 March 2024

Resepi Ramadhan #5 ~ Ikan Bakar Style KA

Dah try ke resepi Ikan Bakar Style KA?

Ummi dah cuba untuk berbuka semalam. Pesnya Ummi sediakan sebelah pagi. Petangnya tinggal nak lumur pada ikan dan bakar. Bakar pun mudah, guna air fryer je. 

Paste yang dah siap
Actually masa tengahari Ummi dah siap lumurkan pada ikan dan simpan dalam chiller. Marinade dulu jadi rasanya lebih sebati bila dibakar. 

Jom tengok resepinya!

Ikan Bakar Style KA

Bahan-Bahan
Ikan - Ummi guna siakap
1 sudu makan cili kisar
Air secukupnya
2 sudu makan gula Melaka
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu makan pes tomyam 
2 sudu air asam jawa pekat 
Garam secukupnya 
Minyak untuk menumis
Daun pisang - jika ada
Aluminium foil

Bahan-Bahan Kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
2 batang serai
Belacan bakar - sebesar ibu jari 

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika kering tambah air sikit
3. Masukkan gula, daun pandan, pes tomyam, air asam jawa dan garam. Sesuaikan rasa, tutup api. 
4. Ambil aluminium foil, alaskan dengan daun pisang. Sapu sikit minyak pada daun pisang dan sudukan pes ikan bakar tadi untuk lapisan bawah. Ambil ikan, letak di atasnya dan letakkan bagi pes ikan bakar di atas ikan. 
5. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar pasa suhu 180°C selama 18 minit. Ummi bakar 20 minit.
6. Nikmati bersama cili kicap. 

Cili Kicap
1. Cincang halus bawang putih dan bawang merah/besar
2. Hiris halus cili padi hijau dan merah 
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah kicap manis secukupnya dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul sebati. Siap! 

Selamat mencuba 🤗

Friday, 22 March 2024

Rezeki Jumaat ~ Tasbih Cantik

Alhamdulillah dapat tasbih cantik dari Aunty Farah... Dia passed dekat Kakak tengahari tadi.
 
Cantikkan? 
Terus rasmilah terawih malam tadi ☺️

Semoga bertambah luas pintu rezeki buat AF sekeluarga 🌹 

Thursday, 21 March 2024

Angah ~ Road to Asrama

Simpan sini kenangan persiapan Angah nak masuk asrama :)

Awal pagi 1.3 (+- pukul 12.05 pagi) Ummi dah semak keputusan tawaran SBP/SMKA tu 🤭 Sejak semuanya di hujung jari, begitulah realitinya bila nak semak keputusan itu keputusan ini

Jadi, siangnya terus bawa Angah beli kasut PVC (RM89.90, saiz 4) di Bata. Sebab saiz kaki dia dikira kecik dan ramai yang pakai saiz ni, itu yang beli awal. Alhamdulillah sempat grab yang ni, stok last dekat sini. Pengalaman dengan Abang dulu mengajar kami yang bukan senang nak cari kasut PVC ni atau lebih tepat, nak cari saiz yang sesuai dan kena dengan kriteria yang ditetapkan. 

Setel hal kasut rasa lega sangat. Baju seluar kami shopping di Jitra dan sesetengahnya beli di Sri Gombak je. 

Kumpulkan dulu sementara nak tagging/labeling.

7.3 pergi ke sekolah untuk buat pengesahan tawaran. Beli buku dan buat tempahan baju batik, jubah UA dsbnya. 

Dah buat pendaftaran tu, dapatlah segala jenis borang untuk diisi dan disahkan.

Beli dan pasang sendiri rak buku. Koop jual RM35, beli di Giant RM19 je. Jimat duit 😁

Final touch dah ni. Recommended sangat mak² beli paint marker ni untuk tulis nama anak² pada barang² yang nak dibawa ke asrama. Dulu, Ummi tempah textile stamp untuk Abang tapi Ummi rasa paint marker ni lagi bagus; tak mudah pudar, boleh tulis atas barang warna hitam (kasut, songkok, beg), mudah tulis dll. 

Selain tu, buku² teks dan buku² tulis pun semua Ummi tolong balut siap². 

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan syukur. 




Resepi Ramadhan #4 ~ Sagu Gula Melaka

Salah satu juadah berbuka yang famous pastinya Sagu Gula Melaka. Kena juga tengok resepi almaklumlah setahun sekali nak membuatnya pun :p 

Sagu Gula Melaka 
Sumber: Che Sayang

Bahan-Bahan: 
1 cawan sagu - basuh dan rendam 10 minit  
2 cawan air - didihkan dalam periuk
2 cawan air panas - Ummi tambah (sagu tak kembang masa rebus) 
Susu cair 
Pewarna merah dan hijau 

Cara Penyediaan: 
1. Didihkan 2 cawan air. 
2. Bila air menggelegak, masukkan sagu. Tutup periuk. Masak hingga sagu kembang. Kalau air kering tambah air panas untuk bagi cepat kembang. 
3. Bila sagu dah kembang, tutup api. 
4. Masukkan sagu tadi ke dalam 2 bekas berlainan dan tambah 1 sudu kecil pewarna berbeza ke dalam setiap bekas. Kalau nak lalukan bawah air/basuh buang kanji dulu pun boleh tapi CS masuk direct dalam bekas. Ummi follow.

5. Kacau sebati kemudian simpan dalam peti ais bagi sejuk

Sementara tu boleh buat air gulanya...

Bahan Air Gula:
1 ketul gula Melaka 
1 cawan air 
2-3 sudu makan gula pasir
Daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh sikit dgn air 

Masukkan air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Masukkan campuran tepung jagung & air dan masak hingga air gula agak pekat. 

Cara Hidangan:
Sudukan sagu hijau dan merah ke dalam mangkuk, masukkan susu cair secukupnya dan akhir sekali masukkan air gula secukupnya juga ke dalam mangkuk. Boleh tambah ais kalau suka. 

Selamat mencuba 🤗



Wednesday, 20 March 2024

Peti Sejuk Tak Sejuk!

Ada yang panggil peti sejuk, ada yang panggil peti ais :) Kecik² dulu Ummi panggil peti sejuk, dah besar panggil fridge :p 

Sebenarnya sejak 1-2 bulan lepas peti sejuk kami ni tak berapa nak sejuk. Sekejap ok sekejap ko :(

 Ummi ni senang je, selagi boleh guna kita gunalah. Pernah panggil orang repair (last year tak silap) jadi bila masalah ni berulang semula pasrah je la. Nak repair semula pun rasa macam perabih duit je, sementelah peti sejuk ni dah lebih 10 tahun usianya. Tak silap sebaya Ammar (14 yo @ Angah 13 yo). Beli pun 2nd hand dari Paklong, harga RM700. Kisahnya dulu Paklong menyewa di Keramat dalam 1-2 tahun kot. Bila nak pindah semula ke Kedah, jual peti sejuk tu kepada kami. Seronok sungguh Ummi masa tu sebab dapat peti sejuk 2 pintu! 

Jenama Haier. 

Lagi satu model lama macam ni susah cari spare part. Macam peti sejuk ni pun rak plastiknya (model terkini dah guna tampered glass) dah patah. Dok cari merata online & offline takde jual dan saiznya juga tak sepadan. Solusi? Balut dengan selotep 🤭 Bila letak benda berat macam lauk berkuah ke, susu tin yg masih penuh isinya melendut raknya huhu... 

Lately peti sejuk ni macam dah tak mampu nak berkhidmat dengan cemerlang. Bahagian bawah dah tak sejuk dah. Memang menjadi satu masalah yang kritikal jugalah bila peti sejuk tak bagi kerjasama esp bulan puasa ni kan... 

Buah² potong jadi lembik dan berlendir. Sayur pun sama.  Makanan masak pula tumbuh kulat. Dia bukan terus tak sejuk ye, slowly tak sejuk. Itu yang Ummi still simpan lebihan makanan tu. But when she's totally malfunction memang terpaksalah Ummi buang semua ni, dah contaminated

Habis kuning sayur Ummi :( 
2-3 hari tu memang berbuka tak makan sayur, malas nak beli sebab semuanya jadi rosak. Stress hidup tak makan sayur haha ...

Barang basah alhamdulillah selamat sebab bahagian freezer masih berfungsi dengan baik. Lagipun Ummi ada chest freezer juga. 

Terima kasih untuk belasan tahun yang indah ye peti sejuk Haier. Mudah-mudahan penggantinya akan memberi khidmat yang lebih cemerlang 💪


Al Fatihah ~ Bro Bakhtiar AO

9 Ramadhan 1445H | 19.3.2024 

Sekali lagi disapa khabar duka...

Ummi kenal Sdr Bakhtiar secara peribadi walaupun tak rapat. Sosok yang satu ni sangat menonjol baik peribadinya, gentleman, lembut tutur kata dan suka senyum. Banyak persamaan dengan arwah Abe. Agaknya asbab akhlaq baik begini pengakhiran mereka sangat mudah. Arwah Bakhtiar dikhabarkan admitted di CCU Sabtu lepas akibat serangan jantung, dan lewat petang semalam sampai berita arwah pergi selamanya. Sekejap saja sakitnya. 

Sungguh benar ajal itu tak terlewat atau tercepat walau sesaat seperti yang tersebut di dalam Al Quran. Baru sebulan lepas kami berjumpa di program Brisk walk ALMA. Gambar ni pun diambil masa event bulan lepas. Setelah berpuluh tahun tak berjumpa, Allah bagi jumpa arwah. Sayangnya, untuk kali terakhir :( 
Allah lebih menyayanginya. 

Takziah buat isteri dan anakanda arwah. Salam takziah juga buat SK yang baru kehilangan ibu tersayang beberapa hari lepas. Semoga diberi kesabaran dan kekuatan dlm menghadapi ujian ini..

Didoakan agar arwah dan semua ahli keluarga kita, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan serta seluruh kaum Muslimin & Muslimat yang telah mendahului kita ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲

Tuesday, 19 March 2024

Angah ~ Bermula Sebuah Perjuangan

Alhamdulillah selepas seminggu Sesi Persekolahan 2024/25 bermula, Angah mendaftar di SMKA TMUA idamannya pada 18.3.2024 (Isnin)



1. Pendaftaran 

Muka nervous 😅

2. Urusan Asrama 
Loker kecik tapi okay je sebab barang dia pun tak banyak. Nanti nak beli cermin, lupa hari tu. Dok ingat gegirls je perlukan cermin :)!

3. Urusan Kelas 
Setiap murid F1 dibantu oleh 2 orang abang²/kakak² menengah atas. Terima kasih abang² berdua ni yang tolong Angah hari tu. Ummi doakan keduanya cemerlang dlm SPM nanti 🤲

4. Taklimat Sekolah 
Urusan 1-3 selesai awal sebab kami antara yang terawal sampai untuk pendaftaran. Lama jugalah menunggu dalam dewan ni untuk item #4 ni.  Allah bagi lebih masa untuk duduk dengan Angah ☺️

Tiba masa untuk melepaskan anakanda. 
Berayaq juga la mata Ummi 🤭 Ingatkan okay sebab anak no 2, tapi masuk habuk juga mata ni :p Tapi tidaklah seteruk melepaskan Abang dulu 😅

Dan kali ni baru rasa pengalaman hantar anak masuk asrama sebab Abang dulu masuk time PKP. Dropped off saje kekdahnya. Urusan pendaftaran, urusan asrama, kelas semua sdn bhd :D Kali ni parents boleh naik ke asrama, melawat asrama dan kelas 👍


Alhamdulillah so far so good. Minggu first ni orentasi... Dua hari first ni pun dia call Ummi, bagitau semua okay. Alhamdulillah. Kawan SRAI lelaki pun ada 2 orang lagi; Aisy & Afif. Bolehlah buat geng... Walaupun hakikatnya nanti pakat cari member baru :D 

Pandai² bawa diri ye nak...  Semoga dipermudahkan segala urusan Angah dan tercapai cita² Angah 🤲