Buah Durian Belanda bukanlah buah favorite Ummi terutama di zaman kanak-kanak dulu. Sekali dua saja rasanya Ummi jamah. Tapi, bila dah dewasa ni banyak pula pendedahan yang Ummi dapat tentang kegunaan dan khasiat buah dan daun pokok ni. Jadi, mula timbul minat nak tanam pokok durian Belanda ni.
Nenek Rizqi: Elok tanam pokok ni, boleh elak gangguan...
Mak Bee: Amik daun dia, letak dalam beras tak berkutu...
Bila berjiran dengan senior citizens :p
Jadi, bila diberi benih oleh Aunty Farah Ummi terima dengan senang hati. Alhamdulillah salah satu dari pokok-pokok tersebut dah berbunga 🤩
Seronoknya alahai bila berbunga ni. Terasa berbaloi penat lelah bela dia. Penatlah sangat 😆 Bukan apa, hari tu pokok ni 'menguning", Ummi sangka dah tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah panjang umurnya, dan dah berbunga sekarang.
Jirannya, pokok betik dalam pasu ni pun tengah rancak berbunga...
Sepokok lagi Ummi tanam dalam tayar terpakai, sebelum alihkan pokok yang dah berbunga tu ke tanah lagi. Tapi, pembesarannya lebih lambat berbanding yang satu lagi. Takpa, everything has its own pace. #tiber :D
Happy gardening!
SA pun ada tanam pokok durian belanda, bezanya SA suka buah durian belanja ni...fav sangat...cumanya bila dah berbunga x lekat plak buahnya...last2 pak zain tebang...
ReplyDeleteCerita durian belanda ni, teringat zaman tinggal di asrama terpaksa letakkan daun-daun durian belanda di bawah tilam sebab banyak pepijat keluar waktu malam gigit kami!
ReplyDeleteKira luas tanah untuk tanam pokok durian belanda.
ReplyDeleteOh, selamat ya pokoknya. Alhamdulillah, agaknya sebab selalu kena hujan kot, dia subur semula.
ReplyDeleteMasa kecik dlu timw tu duduk area kpg selalu mtk umh jiran2 daun pokok belanda kalau musim cik T melanda.. cik T x suka bau daun ni katanya
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteAssalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
ReplyDelete• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
• Darah tinggi
• Masalah saraf
• cysts
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin
(017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah