Jiran kami, Cik Naz mesej nak beli sardin, kalau Ummi ada stok. Hahaha Ummi rasa kelakar sangat :D Sebab teringat zaman kecik-kecik dulu arwah Tok dan Maklang Di selalu buat begini. Tapi, bukan beli sebaliknya pinjam dulu.
Kadang Tok kehabisan garam, pergi pinjam di rumah Maklang Di. Bila Maklang Di keputusan bekalan gula contohnya, dia datang meminjam dari Tok. Zaman tu kebanyakannya berjalan kaki ke sana ke sini, jadi bila emergency tu minta dengan jiran sebelah lagi cepat. Zaman sekarang beli online pun boleh.
Kata Cik Naz malas nak ke kedai sebab cuaca panas sangat. Aisyah pulak demam. Ummi faham sebab Ummi pun dalam situasi sama; Adik demam. Malaslah nak usung ke kedai. Dan Ummi faham sangat bila kita lapar, tapi tak boleh keluar rumah 😂 Masa ni memang mengharap sangat jika tiba-tiba jiran offer makanan ke, lalu depan rumah nak ke kedai ke haha ...
Sardin takde, tapi telur adalah 10 biji. Offer 5 biji kat Cik Naz. Ikutkan dia nak beli semua. Eh, tak boleh...telur barang rare sekarang ni :D
Tapi kata kawan di utara, telur dah muncul semula di kedai-kedai sebelah sana. Hopefully di Sri Gombak ni pun samalah.
Buat sistem barter. Hehe
ReplyDeleteMemang telur jadi barang rare sekarang. Kami pun hanya dapat beli gred B atau C sahaja.
ReplyDeleteHahahah.. dulu2 kami ngan makcik sebelah pun selalu pinjam2 barang masak, hahahah. Pinjam telur pun boleb ek, hahaha.
ReplyDeleteklu duduk di kondo mmg takde la nak pinjam2 barang masak ni. Jumpa pun buat2 tak kenal je huhu
ReplyDeleteKalo sy dgn adiklah selalu sbb umh kmk selang 5 buah je.. garam habis la, mintak serai la, asam jawa la, bawang besar la.. hahaha
ReplyDeleteUish...nostalgia ooo barter trade ni..
ReplyDeleteSama la kenangan kita..
Kat kampung kadang ada yang pinjam beras sebab tak dapat nak jemur padi musim hujan..
Ada yang pinjam minyak secawan..
Sekarang ni..banyak dah perkara yang kita lalui dulu2 seakan kembali..
kan..jiran dulu mak jerit2 je dari dapur... pinjamkan bawang 2 bijik. pinjamkan minyak secawan ahakkkkksss
ReplyDelete