Sunday, 13 November 2022

Nasi Goreng Chili Flakes & Grilled Salmon

Mampu update perihal makanan aje :D Penat sebenarnya mengemas rumah tak habis lagi. Panjang prosesnya sebab kami keluar dari rumah kerana terpaksa, tergesa-gesa dan tanpa perancangan. Ibarat nak menyusun semula kehidupan,  sedikit mengambil masa. Kadang-kadang Ummi kayuh laju-laju, kadang-kadang Ummi kayuh pelan-pelan :p
 
Berbalik kepada Nasi Goreng Chili Flakes, resepi ni mudah sangat. Nak yang mudah tapi sedap aje Ummi ni hihi .. 

Nampak biashe-biashe je tapi menyengat tau! 

Bahan-bahan cuma perlukan; nasi, bawang besar, telur, chili flakes (Ummi guna Domino's punya), kiub ikan bilis,sedikit gula untuk hatmonikan rasa pedas dan garam (jika perlu) serta sedikit minyak untuk menumis. Ummi campur sekali isi  ayam bakar (leftover). Kalau ada sawi pun sedap jugak dicampur dalam nasi goreng ni. 

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga keperangan
2. Masukkan chili flakes dan tumis lagi hingga agak garing. Api perlahan ye, takut chili flakes hangus

3. Masukkan nasi, gaul sebati
4. Tambah garam dan gula secukupnya
5. Di tengah-tengah kuali, kais nasi ketepi dan masukkan telur. Biar telur sedikit keras dan gaul sebati semuanya. Tutup api. Siap! 

Untuk resepi lengkap, rujuk SINI. Terima kasih empunya resepi. 

Senang sangat buat nasi goreng ni. Rasanya lebih kurang nasi goreng cili kering, cuma tak perlu tumbuk cili, bawang dsbnya. 

Gandingkan dengan grilled salmon menjilat jarilah :D 
Marinade salmon tu dengan garam dan lada hitam serta sedikit minyak zaiton (minyak masak pun boleh) then panaskan pan. Letak minyak sikit atas pan tu. Letak ikan dan grill hingga masak. 

Hidang bersama hirisan lemon & carrot sagat 

Salmon tu Ummi beli di Ramly Halal Mart Batu Muda. Setakat ni paling murah Ummi jumpa salmon dekat sinilah. Satu pek dalam 4-5 slices harga dalam RM19. Ikut berat rasanya ikan salmon ni. 


Selamat mencuba 🤗




10 comments:

  1. memang xleh lawan nasi goreng gadis melayu yg menyengat camni 😢😢

    ReplyDelete
  2. Saya simpan juga chilli flakes Dominos, bolehlah buat nasi goreng gini.

    Meriah grilled salmon PH ada hirisan lemon & carrot 😋

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Murahlah harga salmon itu.

    ReplyDelete
  5. Biasalah mak² ni keja mmg x penah habis... walaupun keja berkemas byk (dan x pandai abis) tapi masak tetap masak kan? salmon tu mmg murah sgt

    ReplyDelete
  6. Eh, murahnya salmon tu.. berbaloi la beli. Memang sesuai gandingkan dgn nasi goreng chili flakes.

    ReplyDelete
  7. menggoda salmon tu umi ngences nengoknya

    ReplyDelete
  8. Wahhh....nak pi cari juga la salmon kat sana...murah banget tu PH..
    Kat pasaraya H*** sini sekarang harga Israel..
    1 slice belasan ringgit.Lalu situ tengok ja sambil telan air liur..Nak beli fikir 15x..akhirnya tak pernah jadi nak beli..
    Dah lama benar tak makan salmon..

    ReplyDelete
  9. SA x tau kenapa SA kureng skit ngan ikan salmon...sesekali boleh la makan...cuma bukan fav la...

    ReplyDelete
  10. ammi tak reti makan grilled salmon..macam tak kena je ngan tekak kampung ammi ni. macam sedap lagi makan grilled 'kembung' haha

    ReplyDelete