Wednesday, 30 March 2022

Buffet Ramadhan @ De Palma Hotel Shah Alam (managed by The Blanket Hotel)

Kawan Walid, orang kuat The Blanket Hotel sebuah syarikat pengendali (operator) hotel bumiputera jemput Walid ke Majlis Pra-Buffet Ramadan di De Palma Hotel  Shah Alam. Pihak PKNS telah melantik The Blanket Hotel sebagai pengendali Hotel De Palma Shah Alam dan De Palma Resort Kuala Selangor. Manakala De Palma Ampang diuruskan oleh sebuah lagi syarikat bumiputera juga. The Blanket Hotel sebenarnya memiliki dan menguruskan beberapa hotel di Pulau Pinang seperti Bahang Bay Hotel, milik  Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). 

Walid pergi berdua dengan Uncle Akmal.  Ikutkan Ummi pun teringin nak join, tapi terpaksa uruskan anak-anak sekolah. Jadi, rezeki UA-lah dapat makan sedap :D 

Majlis diadakan di ruang legar berhampiran pool. Masa staycation di hotel ni few years back dengan family Jitra, kami potong kek birthday di tepi pool inilah. Sayangnya, Ummi tak buat entry sebab sibuk dengan persiapan ke tanah suci. 

Sekitar majlis hari tu ... 

Kata Walid, hampir semua makanan beliau cuba. Amboi... 😂😂😂

Sedap semua katanya... Dah tu, takkan tak nak bawa isteri tercinta ni berbuka di sana nanti ☺️ Harga buffet Ramadhan (gambar bawah) ni pun taklah mahal sangat. Nak lagi best, book sekali bilik pastu kita pi solat terawih di Masjid Negeri 🤗 

Sebenarnya, harga buffet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam ni relatively murah. Kebanyakan harga buffet Ramadhan di hotel-hotel di Lembah Klang ni >RM100. Apapun, terpulang pada pilihan, citarasa dan kemampuan masing-masing, idak? 

Untuk sepanjang Ramadhan nanti, buffet Ramadhan disediakan di ballroom. Jadi, kawasannya lebih besar dan selesa. 

Inilah ballroom-nya. Pinjam gambar wedding Kak Yatie, yang mana majlisnya dibuat di sini dulu (2014). 

Akhir kata, jom perbanyakkan doa agar dapat kita bertemu dan mengimarahkan Ramadhan yang bakal tiba. 

Credit: Kak Mas. 

Tuesday, 29 March 2022

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan

 Pertamanya Ummi mohon maaf kepada MAMAPIPIE & JOMJALAN selaku penganjur sebab last minute participation. Banyak kekangan kebelakangan ni dan pelbagai perkara luar jangka yang berlaku.  

Walaubagaimanapun, Ummi tetap nak mencuba dan memberi sokongan sebagai meraikan ukhuwah di alam maya. Mamapipie antara yang rajin meninggalkan komen di blog Ummi. Thanks a lot Mama 😘

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan ni bermula 3 Mar-3 Apr 2022. Hanya tinggal 3-4 hari lagi sebelum tarikh tutup penyertaan. Kawan-kawan yang belum join tu sempat lagi ni. Di bawah ni, syarat-syaratnya ye .

1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  
3. Tag 3 rakan 
4. Wajib letak Blog Mamapipie.com & Jomjalan.com.my ke dalam Bloglist korang
5. Sila pilih salah satu post Jomjalan yang korang suka beserta link. Terpulang nak pilih tempat melancong, hotel, tempat makan, etc. Nyatakan mengapa post ini menjadi pilihan.
6. Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
7. Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
8. Tarikh tutup giveaway adalah pada 3 April 2022. 

Syarat wajib nombor 4 tu Mamapipie akan check satu-satu.. Kalau tak patuhi syarat ni dikira disqualified. Klik pada banner/link kat atas tu untuk info lanjut ye. Hadiah lumayan tau! 500 ringgit, boleh buat belanja pergi bercuti 

Ummi dah usha Website Jomjalan tu, memang banyak sangat post menarik dan berguna untuk cari info berkaitan tempat menarik, hotel, tempat makan, dsbnya. Pendek kata, one-stop-centre untuk cari info berkaitan cuti-cuti :) 

Dalam banyak-banyak tu, Ummi tertarik dengan post ni... Harga Tiket Legoland Malaysia sebabnya impian anak4 nak ke sana. Cumanya, dari segi kosnya masih dalam pertimbangan (dan tabungan) hehe... Bila baca post ni, nampaklah gambarannya terutama dari segi peruntukan yang perlu disediakan. 

Bak kata Jomjalan sendiri, "Harga tiket masuk Legoland ini memang bakal buat anda berpeluh. Bukan apa, sebab ini taman tema antarabangsa, jadi harganya bukan rate Malaysia. Kalau anda ada ramai anak, rancang lawatan anda, dan menabunglah lebih awal." 

Itulah kekangannya, sampai sekarang anak4 belum jejak kaki lagi ke Legoland tu :) Tapi, depa tak putus asa, pakat usaha kumpul duit dan dah 'bayar' seorang RM100 kepada Ummi sebagai duit tiket masuk Legoland. Walid syaratkan setiap sorang bayar RM100, balance Walid top-up.  Apart from that, kami juga ada buka Tabung Legoland sebelum PKP 2019 dulu . Semangat tau, sebab nak raikan anak4 tu... Every month pakat bayar RM5/seorang. Dalam setahun dapatlah RM360 (RM5 x 6 org x 12 bulan). Bila PKP, terhenti sekejap operasi menabung sebab frustrated tak boleh rentas negeri haha... 


Dok kira-kira ni, kalau menang RM500 ni, berdesuplah kami ke Legoland :) انشاء الله kalau ada rezeki ☺️

Untuk syarat #3, Ummi nak ajak kawan-kawan maya Ummi; Ily, Cik Ayu dan Kak Laili . Yang lain bukan tak nak ajak, tapi ramai yang dah join :) 

Good luck semua!






Monday, 28 March 2022

Makan di Cafe Serambi Johor

Nampak sedap mee bandung yang Cik Azie nikmati. Risik-risik katanya makan di Cafe Serambi Johor. Lokasinya di medan selera berhampiran Kolej Vokasional Gombak. 

Credit: Cik Azie

Waktu operasi dari jam 1 t/hari - 10 malam. Kami ke sini sebelah petang... 

Cantik dekorasinya tapi dari segi kebersihan kena tingkatkan lagi, pada pandangan Ummi. 

Ini yang kami order...

Mi Bandung Muar ~ RM10/set

Nasi Goreng Udang ~ RM15

Nasi Goreng Pattaya

Nasi Goreng Kampung. 

Nasi-nasi goreng ni Ummi tak ingat harganya. Setiap set nasi goreng ni disertakan bersama semangkuk kecil sup kosong. Abang dan Angah pilih nasi goreng cili padi dan nasi goreng daging. Portion makanan besar. Angah dan adik2 dia tak mampu habiskan. Walid pun sengkak katanya :) 

Makanan semuanya sedap. Nasi goreng kampung tu rasa macam zaman U dulu, sedap! Tak kedekut rencah; ayam & sayur. 
Harga makanan RM62 semuanya, termasuk air. 

Selain makanan di atas, ada juga set shell out dan nasi beriani talam. Abang kata nak kumpul duit, belanja kami nasi beriani tu :) RM98 satu set. Good luck Abang!

Sementara makanan nak sampai kami, makan dulu tart ni... Sepatutnya dessert kendian, tapi ada kami kisah? Haha ...

Hazu Bakery ni selang sebuah dari cafe ni. 

Antara pilihan dessert yang ada... Selain tu ada pilihan makanan barat seperti lasagna, mac& cheese dll .. Nak dine in pun boleh disini.

Alhamdulillah misi serampang dua mata berjaya :) 






Sunday, 27 March 2022

Buah

Banyak pula gambar buah-buahan dalam phone Ummi ni ..

Manis sungguh buah oren Kak Sya bagi ni. Dah lama tak makan oren semanis ni ..

Ofis Walid ada makan-makan, hari Jumaat... Manis betul tembikai merah dan kuning tu. Anggur pun sedap, as usual. 

Betik pokok belakang rumah. Buah last ni sebab kami dah tebang pokoknya. Tinggi sangat, risau tumbang kena rumah jiran. 

Jambu air dan mempelam telur dari Tok Kodiang. Mula tu Ummi bungkus-bungkus dalam plastik untuk diagihkan kepada jiran-jiran. Lepas tu tukar idea ...

Potong, masukkan dalam tipuware bersama kuah rojak. Pakat menyicahlah petang tu :) 

Di rumah ni alhamdulillah anak4 pun suka buah. Cumanya nak kena kupas dan potong. Cepatlah licinnya. Tapi takpe, asal depa nak makan. 

Saturday, 26 March 2022

Pertama Kali Makan Roti Canai Sarang Burung

Orang dah berjaman makan Roti Canai Sarang Burung ni... Ummi baru nak merasa. It's ok, better late than never gitewww...

Warung tepi jalan je tau, tapi plating dia ohsem :p

Sebenarnya, masa tunggu traffic light bertukar hijau di persimpangan lampu isyarat selepas stesen timbang JPJ Kuala Ketil, kami nampak sebuah warung kampung sebelah kiri. Nampak sedap pulak ada pakcik 2 orang tu makan roti canai. Terus ajak Walid berhenti. 

Pilihan Angah roti telur goyang. Abang & Kakak makan roti kosong je. Nak makan nasi lemak, dah tinggal ciput. Nak makan nasi putih pun dah otw ke majlis tunang Kak Yue. Lagi 1/2 jam sampailah, baik 'simpan perut'. 

Walid ordered mee goreng. Baru pukul 11 tapi dah boleh order makanan panas macam mee, bihun, kuey teow goreng. Serious sedap mee gorengnya. Tak kedekut rencah....ada sotong, ayam, sayur pun banyak... 

Roti ni memang sedap... Roti dia, kuah dia semua kena dengan selera Ummi. 

Sudahlah sedap, murah pulak tu. Campur air semua baru RM27. Murah bagi kita yang duduk di bandar tapi mungkin tak murah bagi orang tempatan. Apapun, sesekali balik kampung kami memang suka cari makan di warung-warung sebegini. Murah dan selalunya sedap. 

Nama dan alamat kedai Ummi tak tau tapi  letaknya di sebelah kiri jalan jika kita dari Sg Petani menghala ke Kuala Ketil/Baling. Simpang ke kanan Kulim/Butterworth, kiri ke Bukit Selambau. Kiranya sebelum masuk pekan Kuala Ketil, lepas Stesen Timbang JPJ tadi tu. 

Thursday, 24 March 2022

Padi yang Tumbuh 🤔


Selama ni Ummi ingat pokok serai. Walaupun daunnya sedikit gelap (hijau pekat) dan lebih panjang, tak pernah terfikir ianya bukan pokok serai. 

Hinggalah pagi ni baru perasan .. 

Padi??? 

Dah siap ada peminat, minta nak bergambar 🤭

Tapi musykil sebenarnya... Macamana boleh tumbuh pokok padi ye? Tak pernah pula Ummi semai beras di dapur tu 😅


Wednesday, 23 March 2022

Big Orange Hotel, Sungai Petani

Tempat bermalam kami balik kampung tempohari. Last minute booking, jadi pilih Sungai Petani (SP) sebab lebih banyak hotel di sini berbanding di Baling, hanya ada 2-3 hotel. 

Hotel bajet di hujung lot kedai. Berhampiran hotel ada kedai mamak dan Speedmart. Sebelah belakangnya pula ada Kedai Buku Hassani (Hassani Bookstore- terkenal di Kedah). 

2-queen beds (family room); RM158/night

Dalam bilik, dibekalkan 4 botol air mineral. Penapis air disediakan di luar bilik (sharing with others). 

Sementara Walid keluar tapau food for dinner, Abang turun ke lobi beli Maggi Cup :D 

Ummi pula keluarkan garlic bread & mushroom soup yang Maklong bekalkan siang tadi. Keras dah rotinya, tapi balun ja. Lapaq! 

Nasi lemak bungkus untuk sarapan. Ada juga roti, telur dan mesin pembancuh minuman. Semuanya self service dan free flow. Walid cuma ambil nasi lemak bungkus dan kami makan di bilik sahaja. 

Alhamdulillah walaupun bilik tak sebesar mana, tapi segala kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan cukup selesa untuk kami melepaskan lelah. 

Big Orange Hotel Sungai Petani
No.A31 , Jalan 2, Cinta Sayang Resort Home
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman 


Tuesday, 22 March 2022

Happy 11th Birthday!

Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia anak Ummi ni .. 

Since dah 2x makan kek, dia pun tak request apa-apa dah semalam. Tapi, 
Walid beli KFC dan Ummi belikan hadiah. Dia minta dengan Ummi bawakan dia ke Mr Diy je sebagai hadiah tapi weekend hari tu dah pergi dengan Walid. So, I bought him a set of toys kegemaran dia. 

Muka banyak senyum ☺️ 

Ummi doakan Angah sentiasa jadi anak yang baik dan taat, berjaya dapat 8A UPKK tahun ni dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya aamin. 

Happy Birthday sayang 💝
 

Monday, 21 March 2022

Back to School 2022/23


Rata-rata 'status' mak-mak hari ni gambar anak masuk sekolah :D Ummi pun sama, first day kan.... 

No 1 masih ber-PdPR, hingga awal April. Biasalah PdPR dia, sambil kelas sambil buka FB Live. Pakej dengan main game sekali 😬 

No 2 & 3. Sorang baju purple, sorang baju pink. 

No 4 dah jadi kakak di sekolah :) 

Tidur pegang hand phone-lah Ummi malam tadi, takut terbabas tidur 😁 Alhamdulillah everything went well today. Hopefully esok-esok pun smooth like today. 

Cuma, hari ni makan jem berjemaah nak pergi dan balik dari sekolah. Standard-lah hari pertama, ramai parents  ambil cuti nak hantar anak ke sekolah. Baguslah, kita raikan anak-anak. 

Bila nampak ramai lagi di tersangkut di belakang, tak jadi nak marah. At least, kita dah di depan. Alhamdulillah aircond kereta pun sejuk, lepas tukar compressor aircond tempohari. Jadi, kita layan borak dengan Angah. Kakak? Tidur diulit mimpi kat seat belakang 😁





Friday, 18 March 2022

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

 Last minute sokmo Ummi ni kalau bab giveaway ni :) Ini pun dah last day GA SR baru Ummi ada masa nak join... Apa daya, kita hanya merancang... kadang tewas juga dengan ujian :( 

Walaubagaimanapun, sebagai tanda sokongan, Ummi join ye SR :D 

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

Tentang entry SR yang Ummi suka, banyak! Haha... Tapi paling Ummi suka ceritanya tentang nak sambung PhD. Ala, cerita SR menginap di ILD UiTM Bandar Enstek tu... Walaupun sekadar intro, Ummi tumpang gembira sebab antara benda yang buat Ummi excited ialah bila dapat tahu kawan-kawan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Mungkin ada kaitan dengan impian sendiri yang belum kesampaian. Sebab tu rasa happy sangat bila ada kawan/kenalan yang sambung belajar. 

Last but not least, all the best semua! 

Petola Masak Air bersama Telur

Selalu Ummi masak air sayur petola campur suhun dan fucuk, jika ada. Nak meriah tambah carrot dan cili merah. 

Tapi, masa lunch di rumah Maklong hari tu, dia letak telur sekali. Wah, sedap! 

Balik sini, Ummi replicate resepi Maklong tu...

Abang hirup sampai licin :D Sebelum ni tak makan petola... 

Resepinya senang je ..
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan air, diikuti carrot. Bila carrot hampir lembut, masukkan petola, suhun dan telur. Perisakan. Siap! 

Makan panas-panas memang sedap ni :)

Thursday, 17 March 2022

Selamat Bertunang Yue 💝



Alhamdulillah anak buah kesayangan Ummi sorang ni dah selamat bertunang 12/3/2022 yang lalu. Pilihan hatinya orang Terengganu. 

Majlis jam 11 pagi, tapi sengaja kami lewatkan kehadiran untuk bagi ruang tetamu jauh berbincang dan beramah mesra dengan keluarga Makngah. Seboleh mungkin taknak beramai-ramai  dalam suatu masa. Sedang elok kami sampai, tetamu sedang menjamu selera. Sempat jumpa Maklang Di dan Wan Cik, wakil keluarga dari kampung. 

Menu utama gulai batang pisang tapi Ummi ralit berborak dengan kaum keluarga, lupa nak ambil gambar.

Pinjam pic kenduri di rumah Pakcik 4 tahun lepas :D 

Gulai batang pisang atau umbut pisang ialah masakan tradisi di daerah Baling dan sekitarnya seperti Sik. Selalu dihidangkan semasa kenduri. 

Ummi bawa brownies untuk Kak Yue. Tempah sekali dengan brownies Angah. 

Didoakan agar urusan hendak mendirikan masjid di permudahkan buat Kak Yue dan tunangnya aamin.