Wednesday, 21 July 2021

Raya Haji 2021

 


Kalau tanya Ummi, jawapannya raya haji kali ni hambar! Itulah rasanya perkataan yang tepat untuk gambarkan perasaan menyambut hari raya haji tahun ni. Dah kali ke-4 raya di perantauan, dah rasa lain :( Rindu nak berkumpul adik-beradik, kunjung mengunjung macam raya sebelum-sebelum ni. 

Usai solat raya, melepak ajelah kerja kami. Keluar rumah pun tidak. Nak bawa anak-anak ziarah kubur Tok pun tak boleh.  

Geng Jitra beraya... 

Rezeki depa berjiran dengan Tok Umi, Tok Ayah. Rezeki kami belum sampai lagi duduk dekat dengan keluarga. Mudah-mudahan adalah suatu hari nanti aamin. 

Kali ni Walid baca khutbah JAIS. 

Baju raya Angah pakai kurta masa majlis bertandang Uda, Abang pakai baju raya Walid tahun 2011 kalau tak silap, Kakak pakai baju raya 2021 dengan telekung je haha... Adik je la pakai baju baru. Itupun stock baju lama, beli bila pun tak ingat dah. Ummi pakai baju Sabella je. Ada sepasang lagi yang belum dipakai dari 4 pasang dalam Lucky Box Sabella hari tu. Yang paling segak, Walid-lah. Lengkap dengan sampin dan slngkok 🤗

Walaupun tak best raya kali ni, juadah raya tetap meriah :D Itulah je lah orang kata kegembiraan yang boleh kita usahakan (in control). Nak keluar beraya, nak ziarah kubur, apatah lagi nak balik kampung tu keputusan dan ketetapannya di pihak berkuasa, kita akur (beyond control). 

Pagi raya goreng bihun je. Dodol tuTok Umi kirim tempohari. 

Kali ni Ummi masak rendang campur. Stok daging, limpa dan paru Ummi order dari kawan member. Alhamdulillah menepati janji kali ni. Serik juga kena tipu last 2 years kot. Order berkilo-kilo yang dapat daging 1/2 kilo je! 

Lemang beli je. Nak buat ketupat palas daun takde. Redha je lah bila geng kampung tayang ketupat palas masing-masing di group WA. 

Nasi impit rebus semalam lagi. Kuah kacang order je. Sekilo tu banyak juga. 

Kita bagi jiran-jiran sikit.. 

Kuih raya memang takde buat atau beli, tapi jiran-jiran bagi...

Tq Kak Farah 🌹

Tq Kak Ana 🌹

Tq Uncle Husin 

Tq Cik Aida 🌹

Tengahari Ummi masak nasi beriani ayam. 

Nasi lembik sikit sebab guna beras biasa. Air pun letak terlebih :( 

Petang raya keluarlah merayau sekejap sebab dah bosan sangat. Jumpa orang jual durian, beli selonggok 20 ringgit. Beli juga manggis sekilo sebab pagi tadi nampak atas meja Tok Umi :) Suka betul anak-anak dapat makan manggis. 

Selonggok durian tu ada 6 biji; besar dan kecil campur-campur. Puas betul makan sambil tak habis haha... Ummi pun apalagi, buat stok tempoyak ler... 

Ummi malas nak ramas, nak gaul jadi Ummi masuk dalam chopper. Tret...tret zass siap tempoyak Ummi ☺️

There goes our Raya Haji this year. 

4 comments:

  1. Betul, memang hambar rayanya tapi apa boleh buat kan, tapi raya tetap diraikan walaupun ala kadar sahaja. Meriah betul makanannya! Terliur kita tengok :D

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha!
    memang sendu dan hambar raya haji tahun ni.. huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha. Raikan raya dengan cara kita. Rezeki mereka dapat sambut dengan meriah bila duduk dekat dekat.

    ReplyDelete