Thursday, 1 July 2021

Koleksi Bekal Edisi Jun

Saja letak sini supaya senang nak rujuk di kemudian hari. Sejak PKP 3.0, seminggu 2-3 hari Walid kena masuk office. Ummi sediakan bekal supaya senang Walid nak makan. Tak payah keluar tanpa keperluan. Jimat pun jimat... 

Here we go...

Nasi putih + ayam masak lemak + lettuce + sambal belacan & green apple with kuah rojak.

Fettucini goreng + broccoli, carrot & kobis ungu seasoned with Kewpies' Roasted Sesame. 

Nasi putih + ayam bakar + singgang ikan kembung + lettuce & green apple with kuah rojak.

Nasi putih kicap + ayam bakar + sawi celur & tomato cherry. 

Nasi putih + ayam bakar & stir-fry mixed veggies.

Nasi putih + ayam masak cili kering + telur asin + cendawan & carrot tumis bersos tiram 

Nasi putih + ayam bakar + telur dadar & sayur tumis sawi 

Nasi putih + udang goreng kunyit & asam pedas ikan pari.

Selalunya paling lambat Ummi bangun pukul 5.30 pagi. Sempatlah masak nasi, satu lauk dan satu sayur. Macam asam pedas ni, Ummi tumis cili siap-siap belah malam. Bila cili dah masak senang kerja esoknya. Tinggal nak masuk ikan dan sesuaikan rasa kuahnya aje. 

Lauk ayam masak lemak tu pula sebab ambil masa juga nak tumbuk cili & kunyit, nak perah santan, kopek kentang dsbnya jadi regunya cuma raw veggies supaya tak kalut. Kalau menu ayam bakar, perap siap-siap ayamnya sebelum tidur. Bangun pagi kita bakor je. 

Yang penting plan siap-siap menu. Bangun pagi terus masak je. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar. 

Sebenarnya untung juga masak awal-awal pagi ni. Sebab bila siang tak payah masak dah. Bolehlah monitor PdPR anak-anak. Alhamdulillah. 


7 comments:

  1. Makanan aeimbang juga. Banyak sayur. Warna pun menarik. Terang mata tengok.

    ReplyDelete
  2. Wah rajinnya perah santan...
    ammi beli stok santan kotak je utk rumah

    Kalau beli santan fresh pun kengkadang menyakitkan hati...mcm cair je santannya. Geram

    ReplyDelete
  3. Diet yang seimbang. Cukup lengkap sumber karbohidrat, protein & fiber.

    ReplyDelete
  4. Memang kena bawa bekal sebab pkp ni banyak kedai makan buka separuh jer shuttle door, nak masuk pun serba salah kita

    ReplyDelete
  5. Bagusnya PH sediakan bekal lunch untuk husband memang idea yang bagus. Mrs. A kalau time kena WFO food panda lah gayanya.

    ReplyDelete
  6. Rajinnya mommy...
    Hidangan menarik & healty..👍👍👍

    ReplyDelete
  7. Sedap sedap bekalan tu. Bawak bekal ni senang tak payah fikir nak makan kat mana. Jimat tu dah semestinya lah

    ReplyDelete