Jumaat Walid balik dari Prai, hampir Maghrib baru sampai rumah. Esoknya pagi-pagi bawa kami ke Prai semula. Effort tu yang mahal haha... May Allah bless you B! Ikutkan kami follow him to Penang last weekend tapi ada sedikit ujian Allah bagi in between jadi kami masing-masing berkorban. Moga Allah pandang pengorbanan kecil kami dan membalasnya dengan menjadikan anak-anak kami anak-anak yang soleh/solehah yang boleh menjaga kami bila tua nanti. OK done luah perasan :)
Singgah di Ipoh dulu hantar Tok ke rumah Pakcik. Plan asal nak pekena Nasi Kandar Hameediyah atau pun Nasi Kandar Deen di Penang (sebelah pulau) tapi baru keluar dari rumah Pakcik dah terasa lapar 😂 Kalau tunggu sampai Penang maunya kebuloq haha... Time tu pun dah pukul 12. Jadi, singgah makan tengahari terus di Meru. Area Mydin Meru Jaya tu banyak kedai makan sedap.
Perjalanan diteruskan... Perjalanan agak slow sebab banyak kereta. Cuti sekolahkan, ramai orang travel.
Masuk Pulau ikut 2nd bridge, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Nampaklah IKEA Batu Kawan di sebelah kanan. Katanya Village Premium Outlet pun letaknya berdekatan IKEA. Kami tak singgah pun sebab nak ke Batu Feringghi kononnya.
Jalan clear...
Masuk sahaja ke Georgetown, jammed teruk. Nampak info trafik kat board katanya 1 jam nak ke Batu Feringghi. Terus buat u-turn menuju ke terminal feri. Malas nak hadap jam, kat KL pun ada 😜
Sekali lagi kami diuji, terperangkap dalam kesesakan trafik yang luarbiasa dari LCE Expressway hingga ke area terminal feri. Beratur nak masuk ke simpang terminal feri pula hampir 1 jam. Once again we gave up. Terus pecut menghala ke Jambatan Pulau Pinang (1st bridge/jambatan lama) menuju ke Prai sebab hotel kami di sebelah sini. Tidaklah terkilan sangat sebab dah pernah bawa anak-anak naik feri Pulau Pinang ni. Next time balik Kedah boleh je singgah, Insha Allah.
Royale Chulan Hotel. Dulu namanya Royale Bintang Penang.
Baca sini: [Menginap di Royale Bintang Penang]
Banyak kereta menuju Pulau... |
Akhirnya kami selamat sampai ke hotel. Lega rasanya bila dapat keluar dari pulau haha... Alhamdulillah hilang rasa penat bila tengok bilik hotel yang super cantik ni :)
Belah sini pun ada nasi kandaq sedap tau...
Nanti Ummi share pasal hotel dan kedai nasi kandar ni.
best jalan2 kat penang. banyak sangat tempat yg kena pi. haha
ReplyDeleteBetoi. Yang wajib pi tempat-tempat makan dia, merata-rata yg best hihi
Delete