Daripada dibiarkan sepi tanpa entry, jom kita sembang-sembang kosong :)
Cerita 1: Raya Krismas?
Usai Ummi lipat telekung, telefon Ummi berdering. Jiran kami, Kak Leha di hujung talian nak hantar makanan katanya. Cepat-cepat Ummi hantar rider 2 orang tu :D Cekap rider 2 orang ni, sekejap je bawa balik bungkusan makanan.
Apa dalam bungkusan tu? Hah inilah dia... Ketupat palas, nasi impit dan rendang. Tak payah tunggu raya kita, Krismas pun dapat makan ketupat rendang haha... Gurau je. Sekarang ni anytime any day ada je ketupat rendang ke lemang ke soto ke ada jeorang jualkan?
Cerita 1: Gerhana matahari
Kejadian hari Khamis 26/12/2019. Mujur Maktam share info tentang gerhana ni pagi-pagi lagi di WA group family. Barulah teringat. Selain nak tengok gerhana, nak ajak dan ajar Abang solat sunat gerhana. Secara tak langsung dapat juga ilmu baru bagi dia.
Awan tebal. Dapat juga lah shot gerhana walaupun tak full view. |
Pakai spek hitam mainan Adik je dengan spek 3D Angah bawa balik dari Oceanarium The Shore tempohari haha...Takut rosak mata kata Abang. Betullah tu. Lagipun tengok secara direct tak nampak gerhananya. Bila pakai spek baru 'line clear'. Tengah rembang matahari disertai laungan azan Zohor tu waktu puncaknya. Confused agaknya jiran2 tengok kami dua beranak terdongak-dongak ke langit di depan rumah dengan spek hitam tu 😂😂😂
Cerita 3: Ikan Bilis Sabah
'Geng Posto' outstation ke Sabah bulan lepas. Macam biasalah, kalau ada member ke Sabah kami suka kirim ikan bilis. Walid dulu suka beli blue-eyed bilis tapi mahallah yang tu. Kirim bilis kopek je dengan Atiq. Jumaat lepas baru dapat jumpa Atiq.
Kalau tengok harga di peket tu memang mahal tapi boleh tawar sebenarnya. Siapa yang biasa beli tahulah. Macam yang Atiq beli ni harganya cuma RM17 selepas ditawar. Kalau tak salah, sepeket tu 1kg.
Itu je...
Selamat berhujung minggu!
Salam PH, wah org lain yg raya oeg lain yg makan ketupat rendang ye, hihi.
ReplyDeleteAkk tak tengok pun gerhana tu hari, malas nak keluar rumah, tengok kt tv je.
Ikan bilis kt sana mmg murah kan, puas hati, tapi bila jual kt sini melambung harganya..biasalah kan.
Alhamdulillah, kisah menarik ketiga-tiga hari 😁
ReplyDelete