Thursday, 7 November 2019

Hadiah Istimewa


Balik dari sekolah semalam, Kakak hulurkan Ummi senaskhah Al Quran. "Ibu Fatimah bagi" katanya. Ya Allah terharu, tersentuh, seronok semua rasa ada. Rasa seronok sangat dapat hadiah Al Quran. Walaupun bukan untuk Ummi, tapi sebagai ibu rasa beruntungnya Kakak ada orang hadiahkan Al Quran.


Orang berbudi kita berbahasa... Jadi, Ummi pun terus text ibu Fatimah, kawan sekelas Kakak untuk ucapkan terima kasih.
Rupanya Ummi salah orang 🤦‍♀️ Yang hadiahkan Al Quran tu bukan Mama Fatimah tapi orang lain. Abang Fatimah yang sebaya dengan Angah pun pernah dapat juga. Kata Mama Fatimah insan mulia tu hadiahkan Al Quran setiap akhir tahun bagi pelajar 6 tahun yang dapat nombor 1 & 2. Begitu ceritanya... Angah dulu tak dapat pong 😅 


Terus Ummi text pula Cikgu untuk kepastian. Rupanya Ibu Fatimah ni jiran setaman kami juga. Ikut kata Cikgu, itulah amalan dia setiap tahun. Allahu, mulianya hati dia. Teringin Ummi nak berkenalan dengan insan Istimewa ni. Sebab Ummi pun terinspirasi dengan cara dia. Selagi ada orang yang membaca Al Quran yang dihadiahkannya tu, selagi itulah pahala mengalir untuknya. Insha Allah Kakak akan khatam Al Quran ni.

Ummi doakan Ibu Fatimah diberi kesihatan yang baik dan beroleh keberkatan yang berpanjangan aamiin.




6 comments:

  1. alhamdulillah syukur. kami tumpang gembira juga ^_^

    ReplyDelete
  2. Allah...mulianya hati Ibu Fatimah tu. Semoga Ibu Fatimah dapat ganjaran dari setiap perkataan yang dibaca kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin moga pahalanya berpanjangan buat si pemberi.

      Delete
  3. Allahu,seronoknya dapat Al Quran, pahala kita baca, pahala utk yang memberi al quran tu.

    ReplyDelete