Thursday 21 November 2019

Amboi Seronoknya Main Air di A Famosa Resort


Lawatan ke A Famosa Resort, Melaka 
Tarikh: 14 November 2019 (Khamis) 
Fee: RM115


Selepas ANGAH dan KAKAK, turn Abang pula ikut rombongan sekolah ke A Famosa Resort. Rombongan yang diketuai oleh Cg KN ni juga disertai murid selain T5, yakni adik-adik kepada pelajar T5. Yang perempuanlah bawa adik ni, yang lelaki tak lah :) guru besar pun ikut sama. Meriah!


Bas A

Bas B

Dah sampai yeay!
Beratur ambik tag... 

Mula-mula rombongan ke zoo dulu. Ini baru zoo betul; ada semua haiwan jinak dan liar. Naik trem pun bersangkar, sebab nak lalu tepi harimau dan singa. Singa dan harimau pula tengok manusia dalam sangkar 😂😂😂






Habis lawatan di zoo, depa ke Monkey Island, naik bot rakit. Bila tengok video yang Cg KN share, teringat pula kenangan kami ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Water Park suatu masa dulu.


Jinak! 

Akhirnya, masa yang di tunggu-tunggu... Masa untuk bersukaria di water park. Tiga jam masa yang cikgu peruntukkan untuk aktiviti mandi manda. Memang sakanlah depa... Sampai cikgu pun lupa nak ambik gambar kot, sekeping pun tak ada gambar di water park haha...

Singgah makan dan solat di RnR Seremban. Masing-masing lapaq nampaknya tu :) 


Layan bola dalam bas... 

Alhamdulillah rombongan tiba di sekolah sekitar jam 9.15 pm. Bila di tanya, kata Abang seronok sangat Ummi. Enjoylah tu :D

Souvenir dari Abang 

*Credit photos: Cg KN 

10 comments:

  1. wah seronoknya, anak anak pun happy je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Terima kasih sudi ziarah 🌹

      Delete
  2. Yang jadi seronok tu sebab pi ngan kengkawan. Syok apa ....
    Lamanya tak pi zoo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.
      Jom kak, dating kat zoo negara hihi

      Delete
  3. Zoo Melaka memang best.
    Rombongan sekolah memang seronok rugi kalau tak join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mrs A. Kenangan tu akan dikenang sepanjang hayat kot

      Delete
  4. ikut rombongan sekolah memang best sebab pergi dengan kawan kawan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Seronok...

      Terima kasih sudi ziarah 🌹

      Delete
    2. Sesekali bagi peluang untuk anak anak.
      sama² kak :)

      Delete
  5. aida x bwk anak2 ke afamosa ni lagi tau.
    umah nenek 10 minit jer dari sini, tu yg tak pernah singgah :) ha ha ha ha...
    teringin nak gi safari nyer tu. menarik.
    yg jauh dah gi, afamosa yg dekat ni tak lagi hu hu hu hu...

    ReplyDelete