Thursday, 31 October 2019

Menyusuri Sg Melaka dengan Melaka River Cruise


Sempena cuti Deepavali ni kami makan angin di Melaka. Kali terakhir Ummi ke Melaka ialah 3 tahun lepas. Masa tu tengah pregnant kan Adik. Trip ke Melaka ni kiranya birthday treat untuk Kakak yang genap 6 tahun beberapa hari lepas. Dah besar anak Ummi sorang ni.


Sampai di Melaka sekitar jam 11. 00 pagi. Memandangkan masih awal, kami mengambil kesempatan untuk naik Melaka River Cruise (MRC) dulu. Berpusing-pusing juga mencari jeti berhampiran The Shore tu. Rupanya jeti rosak. Jadi, kami ke Taman Herba untuk naik MRC. Sebenarnya ada beberapa jeti yang boleh digunakan untuk naik MRC termasuk beberapa jeti persendirian di belakang hotel-hotel tertentu. Jeti utama letaknya berhampiran Menara Taming Sari, di sekitar kawasan tumpuan pelancing. Maaf, Ummi lupa nama kawasan ni. Kami pernah naik dari jeti ni sewaktu kali pertama naik MRC dulu. That time baru ada Abang & Angah, maybe dalam tahun 2012 agaknya. 

Harga tiket untuk dewasa RM25/seorang
Kanak-kanak 2 tahun ke atas RM15 seorang. Total burn RM110 untuk kami sekeluarga. 


Di Jeti Taman Herba pula, bilangan pelawat boleh dikira dengan jari. Tiada kesesakan di sini tapi terpaksa menunggu sedikit untuk cukupkan bilangan penumpang bot. Kapasiti bot ialah 40 orang manakala masa lawatan sekitar 40 minit pergi dan balik. Tempohari hanya 21 penumpang dalam bot kami. Sewaktu menyusuri sungai, para penumpang akan diberikan taklimat tentang Sungai Melaka dan kawasan-kawasan menarik yang dilalui. Sekarang taklimat yang diberi telah dirakamkan, hanya pasang tape saja. Rakaman dalam dwibahasa; BM dan BI. Dulu, pemandu bot sendiri yang akan bagi taklimat. Kita juga boleh berinteraksi dengan pemandu bot semasa taklimat. Dan dulu juga ada cameraman yang akan snap gambar kita sekeluarga dan gambar tu akan di print. Jika mahu, kita boleh membelinya. Harga boleh tahan mahal juga. Tapi di Jeti Taman Herba tiada perkhidmatan begini. Selamat duit haha...

Di sepanjang sungai kita boleh lihat pelbagai tarikan menarik seperti Kg Morten, bangunan-bangunan bersejarah seperti Stadhuys, mural cantik yang dilukis di kiri kanan dinding bangunan berhampiran sungai dan juga haiwan seperti burung. Kalau mata tajam, pasti nampak biawak bertenggek di atas pokok di tepi sungai. Besar saiznya! Kalau tak nak naik bot waktu siang, boleh juga naik bot pada waktu malam. Katanya lagi cantik dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni.




Bot akan u-turn di sini. Ada satu hotel terkenal di sini, lupa nama 😅

Dari Taman Herba kami ke hotel. Sampai di hotel sekitar jam 1.30. Kami dimaklumkan oleh staf front desk, pukul 2 baru boleh check in. Patutlah ramai guests di lobi. Semuanya menunggu untuk check in. First experience ni kena tunggu betul-betul pukul 2 baru boleh check in. Hotel mana tu? Nanti Ummi share...

Monday, 28 October 2019

Kari Ayam Sama Betik Muda


Ada satu malam tu, sedang Ummi membantu Abang mengulangkaji pelajarannya, tiba-tiba terdengar siulan angin yang sangat kuat di luar rumah. Bila menjenguk di tingkap, hujan sedang mencurah-curah disusuli angin kencang. Dah kira kategori ribut ni.

Ummi terus ke muka pintu, perhatikan suasana 'havoc' di luar. Gusar juga memikirkan keselamatan keluarga dan jiran tetangga. Dalam hati memang tak putus-putus berdoa agar semuanya baik dan selamat. Alhamdulillah selepas setengah jam agaknya, angin kencang mula reda. Lega hati Ummi.

Esok paginya, Ummi lihat kesan ribut semalam. Ada pokok tumbang dan dahan patah menyembah bumi. Pokok tebu dan bendi Tok di belakang rumah pun rebah juga.

Tak lama kemudian, jiran Ummi Kak Leha telefon. Pokok betiknya tumbang juga. Ada betik muda kalau nak katanya. Wah, rezeki ni. Betik muda boleh di rebus buat ulam atau pun dimasak kari bersama ikan atau ayam.

Di kampung Ummi dulu kalau ada kenduri-kendara selalu juga juadah ni disediakan. Dimasak beramai-ramai secara bergotong royong. Selain betik, boleh juga diganti dengan buah kundur. Kebiasaannya betik dan kundur ni memang ditanam oleh orang kampung jadi sentiasa ada bekalannya. Kadang tu bukan kepunyaan tuan rumah pun, tapi ada jiran yang sedekahkan untuk turut sama berkenduri.

Cara memasaknya sama seperti kari ayam biasa cuma lebihkan kuahnya agar lebih cair. Tak perlu letak kerisik pun. Tapi jangan pandang rendah dengan betik muda ni ye. Dia punya keras tu bila rebus, susah nak bincang haha... Patutlah Ummi selalu perasan lama benar Tok rebus betik muda ni kalau nak dibuat ulam.


Ummi masak guna Noxxa. Mula-mula tumis rempah, bawang, daun kari dan serbuk kari semua hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan secawan air. Kemudian Ummi HP 7 minit. Bila dah bunyi beep tu dengan confidentnya Ummi masukkan santan dan betik. Tukar mode stir fry. Selalu kalau campur kenyang Ummi buat begini juga sebab taknak kentang tu terlalu empuk jika di 'HP' bersama ayam. Selalunya dalam 10 minit tu dah empuk dah kentangnya. Berbeza dengan betik ni, 10 minit dah berlalu masih maintain kerasnya. Ayam Ummi pula dah makin lembut. Sebelum ayam hancur, Ummi keluarkan ayam tu. Kemudian Ummi guna mode HP semula untuk betik sahaja selama 5 minit. Barulah lembut betik Ummi tu :) Takpa, next time dah tahu :) 

[Mental Note: Masukkan terus betik bersama ayam sedari mula dan masak secara HP selama 7 minit.]
Orang berbudi kita berbahasa
Sebekas untuk tuan tanah :) 

Cuba tau!

Ini pun dari kebun Kak Leha juga, ubi kayu. Ummi rebus je. Lepas tu buat lempeng dan sambal bilis. Regukan dengan Kopi O. Nikmat! 



Tuesday, 22 October 2019

Final Pertandingan Hafazan AFH


Bermula dengan sekali dua bersin je, terus Ummi demam dan selsema. Dua hari lepas memang tak sihat tapi terpaksa gagahkan diri sebab minggu ni anak-anak masih exam. Ikutkan hati nak baring je rehatkan badan tapi apa daya tanggungjawab besar menanti. Itu pun semalam Ummi suruh je Abang study sendiri, bukan sebab tak sihat.  Tapi sebab frust dengan result BM 1 dia. Kelaut 😇😇😇

Alhamdulillah I'm getting better today. Dah boleh membebel tu kira dah sihatlah :p 

Hari ni Ummi nak share tentang pentas akhir (final) Pertandingan Hafazan anjuran Akademi Fateh Hakim tempohari. Kita layan gambar je lah ye...


Kali ni pemenang dapat medal. 

Pentas 

Kakak peserta pertama dalam kategori 1.
Seronok tengok dia yakin dan berani

Acara mewarna sebagai aktiviti selingan. 

Alhamdulillah Kakak menang... Tempat pertama hafazan dan juga mewarna. 



Tahniah semua! 

Anak-anak soleh/solehah bersama hadiah dan sijil penyertaan masing-masing. 

Kakak pakai baju dan kasut yang Zahra bagi 😊

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 


Thursday, 17 October 2019

Baiknya Zahra


Satu hari tu, mama Zahra texted Ummi, katanya nak hand down baju-baju Zahra untuk Adik. Ummi OK je, terima dengan tangan terbuka. Adalah maknya sent few photos of the shirts/pants.


Petangnya Zahra datang... Mak aii punyalah banyak baju/seluar/kasut yang dibawanya. Siap dengan hanger sekali. Terkejut Ummi. Betul ke semua ni nak bagi? Iye kata mamanya. Semuanya elok-elok lagi. Baju kurung sahaja ada dalam 7-8 pasang. Cantik-cantik belaka. Zahra ni the only girl, bongsu pula tu. Memang macam puterilah dia dalam familynya hihi... Sebab tu baju-bajunya lawa-lawa 🤩🤩🤩 Zahra pun cermat orangnya, macam mamanya juga. Pandai jaga barang, semuanya elok terjaga. 

Nampak gaya Ummi tak payah beli dah baju raya untuk Adik tahun depan 😅


Alhamdulillah rezeki Adik dan Kakak juga. Kakak dapat kasut, 4-5 pasang juga. Kata mamanya kaki Zahra cepat besar. Kasut raya hari tu pun dah ketat. Rezeki untuk Kakaklah, sebab Kakak saiznya lebih kecil dari Zahra. Kalau Zahra saiz L, Kakak M. Muatlah dengan Kakak. Sekarang pun ke sekolah hari-hari pakai kasut Zahra, bersilih ganti. Dah taknak pakai kasut lama dia :)

Kasut Cinderella 

Adik melaram dengan jubah Zahra.
Muat elok je dengan dia. 


Bila stok baju dah bertambah mendadak begitu, pening kepala juga Ummi. Nak simpan almari dah sendat. Akhirnya, minta Walid belikan rak baju Rigga from IKEA. Senang Ummi nak gantung baju-baju depa. Kebetulan that time IKEA ada promotion, 50% off for delivery charges. Jimat duit. 

Alhamdulillah rezeki hadir dalam pelbagai bentuk :D


Wednesday, 16 October 2019

Kebun Belakang Rumah.


Sekarang ni petang-petang hujan. Kadang tu bawa sampai ke malam. Memang seronok layan tidur hihi...
Bila hujan turun, tanah pun basah je. Seronok nak berkebun. Tanah sekangkang kera je tapi semangat berkebun Ummi sebesar ladang haha... Anak kampungkan, walau di mana berada pun tetaplah suka bercucuk tanam.


Ini kebun idaman Ummi. Insha Allah dapat beli tanah nanti, Ummi nak buat macam ni. Doakan ye... 

Credit: HGTV

Sementara nak tercapai impian tu, jom kita ke kebun yang ada sekarang ni haha... 

Kunyit, kemangi dan pegaga... 

Akhirnya berjaya juga Ummi tanam pokok kunyit. Sebelum ni Ummi semai rizomnya tak pernah tumbuh. Kalau naik pun sekejap, esoknya dah kena 'ngap' dengan makhluk Allah yang lain. Kali ni berjaya. Rupanya nak tanam kunyit, kena guna rizom yang dah ada mata/tunas (warna putih) , bukan ibu kunyit yang dah tua tu. Ini tips yang peniaga pasar tani kongsi. Kalau semai kunyit yang tua, tak hiduplah ia :) 

Lagi satu, dulu Ummi cuba tanam dalam pasu. Kali ni bila tanam atas tanah alhamdulillah hidup subur. Tanah tu Ummi cuma letak tanah yang di beli di kedai Eco je. Letak bata keliling agar tanah tak hanyut di bawa hujan. Nak tabur biji cili ke, semai pegaga ke atas tanah tu terus. Ummi panggil tapak semaian. 

Pokok kemangi tu Ummi cucuk barangnya ke tanah. Alhamdulillah hidup subur. Kalau tanam dalam pasu, taknak hidup :(

Bendi ni Tok yang semai. Ambil benih dari rumah Pakcik, sama dengan pegaga tu. Dah 2-3 kali dah merasa hasilnya. 

Anak pokok mangga baka Harum Manis, my precious treasure haha... Semai main-main, tumbuh pula dia. Bela dulu sebab tak tahu nak transfer ke mana. Mungkin bawa balik ke kampung minta Tok Ayah tanam di kebunlah kot. Pasu sebelahnya tu pokok kesum dan selom. Dua-dua tak berapa nak subur. Tips please 🤗

Ada juga anak pokok lemon, lupa pula nak snap gambar. Next entry insha Allah. Ada lagi pokok yang Ummi tak share ni, satgi merajuk pula 😅 

Pokok penting; kari dan pandan. Wajib ada di kebun dapur... 


Pokok betik ni adalah 5-6 pokok. Tapi setakat ni yang berbunga semuanya jantan :( tapi ada juga gunanya. Tok selalu ambil buat ulam; bunga dan pucuknya. 

Yang merah tu buah sulung, Ummi simpan untuk buat benih. 

Bawah ni cili merah besar rasanya. Kalau cili api bunga dan buahnya hala ke atas, cili merah bunga dan buahnya tunduk ke bawah. Betul kan? 


Bunga daun cekur manis. Kecik-kecik dulu Ummi suka main bunganya. Cantik. Yang kudup ala bunga ros, yang dah kembang ala payung kecil. 

Putik buah mulberry 😍
Harapnya adalah rasa buah mulberry ni.

Hasil pagi tadi... 

Alhamdulillah. 

Monday, 14 October 2019

Eighty & Healthy 🌹🌹🌹


Credit Shaz. 

Minggu lepas Ummi tempah brownies dan kuih untuk raikan birthday Tok. Tahun ni umur Tok cecah 80 tahun. Jadi teringin juga nak raikan Tok. Bukan semua orang panjang umur macam Tok. Lagi satu, nak penuhi permintaan anak-anak, nak beli kek untuk Tok.

Jenuh juga Ummi fikir nak beli kek kat mana... Kedai kek yang selalu Ummi beli tu, anak-anak tak berapa suka. Akhirnya Ummi teringat yang Mama Adam pun ada juga buat kek. Ummi order brownies instead of cake. 


Alhamdulillah Mama Adam dapat buatkan walaupun last minute Ummi order. Dah confirm pasal kek, Ummi order pula kuih kaswi & sri ayu dengan Kak Ita.

Kuih Kak Ita ni memang berhantu 😅

Air tangan Ummi pula, macam biasalah kalau ada hari istimewa Ummi buat pulut kuning. Regunya ayam bakar. Tok pula goreng ikan pekasam yang dibuatnya sendiri. Alhamdulillah kenyang :D


Ayam Bakar Noxxa
Perap ayam dengan garam kunyit. Lagi lama perap lagi sedap. Bila nak masak, masukkan dalam Noxxa. Renjis dengan minyak zaitun sikit, ala-ala chef kat TV tu buat haha... Tutup periuk, HP 7 minit. Bila dah masak, keluarkan wap semua... Stir fry bagi kering sikit. Bahagian kulit tu sedap kalau bagi garing-garing, hangit sikit 😊

Doakan Tok sihat selalu ye 🌹🌹🌹

Sunday, 13 October 2019

Final exam pulak!


Mulai hari ni (14/10) hingga 24/10 nanti anak-anak ada Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Tapi Ummi biasa je. Nak kata stress pun tidak, rileks sangat pun tidak. Dah namanya mak-mak, mestilah ada juga rasa "anxious" tu kan. Standardlah tu...

Kalau ada, yang kata nanti anak dah lepas SPM oklah tu. Tidak. Ummi pernah dengar dari mulut gynea Ummi sendiri, setiap kali anak-anaknya nak ambil exam di universiti especially during final year dia akan stress! Terus Ummi bayangkan lama lagilah Ummi nak kena hadap 'sindrom anak-anak exam, maknya yang stress' ni haha... Anak sulong UPSR pun tak lepas lagi 😂😂😂

Jadual PAT depa... 




Tapi secara keseluruhannya Ummi cuma risaukan Abang je. Harap sangat dia dapat masuk dalam kelompok terbaik sebab PAT ni akan tentukan ranking kelas untuk darjah 6 nanti. Ikut kata mak-mak yang lebih senior, jika berada di kelas pertama, banyaklah kelebihannya bagi anak-anak T6 ni. Sekelas dengan kawan-kawan yang cemerlang, daya saing jadi lebih tinggi. Insha Allah Abang boleh!


Angah pula... Ingatkan exam utk Tahap 1 ni dihapuskan terus. Rupanya ada juga PAT. Biasalah Angah tu... Bila Ummi suruh study ada je melencongnya. "Kalau Angah tak buat revision, macamana Angah nak jawab exam?" tanya Ummi. Selamba je dia jawab "Angah hentam je lah" 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️ Memang tak makan saman anak bertuah seorang ni :( Tapi Ummi tetaplah juga bagi dorongan. Tetap doa bagi Angah dapat naik pentas, untuk subjek terbaik pun tak apa. Takut dia rasa down pula bila tengok Abang Kakak naik pentas macam tahun lepas. Insha Allah Angah boleh! 


Untuk Kakak, no pressure at all haha... Tapi Ummi tetap suruh dia buat yang terbaik, kekalkan kecemerlangan macam sebelum-sebelum ni. Kalau dapat ke ujian setara lagi alhamdulillah. Itu bonus. Dan ada juga harapan yang lebih besar untuk Kakak. Insha Allah Kakak dapat nanti!

Wednesday, 9 October 2019

Ke Majlis Perkahwinan Adik Rakan Blogger... Siapa tu?


Dari jauh Ummi dah nampak dia. Berdiri menyambut tetamu di 'muka pintu'. Ummi mula menguntum senyum dari jauh tapi dia masih 'blur' nampaknya. Mungkin dia sedang mengingati wajah Ummi. Maklumlah semua tetamu yang datang terutamanya tetamu wanita akan bersalam dengannya, yang bertindak sebagai wakil keluarga. Akhirnya bila Ummi makin hampir barulah dia mula tersenyum dan menyapa, separuh menjerit "Akak!" Terus kami berpelukan macam dah lama tak jumpa. Padahal inilah kali pertama kami bertentang mata. Allahu, momen yang sangat manis untuk Ummi kenang. Siapa sangka, perkenalan di alam maya membawa kepada pertemuan di alam nyata. 

Siapa dia? Dialah Suzie, pemilik blog Jepun Mari2 yang sangat bersahaja dan santai perkongsiannya di blog. Ada-ada saja coretannya yang menggeletek hati Ummi. 


Rezeki kami sekeluarga bila kami dijemput ke majlis perkahwinan adiknya, Miera. Meriah sungguh majlisnya. Dengan layanan mesra tuan rumah, ditambah lagi dengan kepelbagaian juadah yang sedap, memang 'ohsem' kata orang. 



Sempat juga bergambar dengan Zie di sini. 

Paling best, ayam bakar. Kecuali kenduri adik maklong di Muo dulu, rasanya ini kali kedua kot Ummi jumpa ayam bakar di majlis kenduri kahwin. Lauk pauk lain pun semuanya sedap. Tapi Ummi tak snap gambar pun, tak sabar nak ngap haha... Dekat blog tuan rumah ada gambarnya. Gambar tukang bakar ayam pun ada :D 

Ummi ambil kuih ni. Nampak special. Rupanya inilah Apam Johol. Baru ku tahu... 


Ikutkan hati, nak duduk lama lagi tapi sebab waktu puncak terpaksalah kami mengundur diri. Tak puas rasanya nak bersembang dengan Zie ni, orangnya mesra sangat. Dia pun macam taknak bagi Ummi balik je lagi haha...

Alhamdulillah kenyang sungguh. Yang paling dirasai semestinya keikhlasan dan kemesraan tuan rumah, yang tersemat di hati. Walaupun pertama kali bertemu, memang best lah jumpa Zie dan familynya. Nampak Azeq, Fina dan Ucu yang vogue tu :D 

Cenderahati dari tuan rumah.
Berbondong-bondong depa bagi, sampai kami pula naik segan ☺️
Barakallahu la kuma.
Jatuh hati dengan dress pengantin tu. Lawa kan? 

Terima kasih jemput akak ye Zie 🌹🌹🌹 Dodol ada lagi? Teringin la pula nak rasa air tangan mak mentua Zie 🤗