Wednesday, 21 August 2019

Kisah Atok


Alkisah Atok ni meniaga nasi lemak, kuih muih dan pelbagai jenis menu sarapan pagi di sebuah medan selera. Ummi dah kenal Atok ni sejak zaman bujang hinggalah anak dah empat. Maknanya dah berbelas tahun atau mungkin dah berpuluh tahun Atok ni meniaga. 

Satu perkara yang Ummi nak 'highlight', Atok ni sangat pemurah. Setiap kali nampak kanak-kanak dia akan sedekahkan duit rm1 seorang. Dalam pouch bag dipinggangnya memang tersedia duit untuk disedekahkan. Tak kiralah kita beli di gerainya atau di gerai lain, jika terserempak dengan kanak-kanak dia akan hulurkan duit. Apatahlagi kalau 'familiar faces' macam anak-anak Ummi ni, memang dia akan panggil. Sukalah budak-budak ni dapat duit. Naik segan jugalah Ummi bila depa asyik dapat duit dari Atok je. Adakalanya Ummi buat-buat tak nampak atau pusing jauh, tapi selalunya kalah dengan Atok ni. Samada anak-anak yang toleh atau Atok yang gamit depa. Atok pula jenis yang tak mudah putus asa. Selagi boleh memang dia nak bagi. 

Macam tadi, Ummi buat-buat tak perasan Atok tengah berehat di kerusi malasnya sebab tahu beliau tak berapa sihat 2-3 hari ni. Adik cakap nampak Atok... Ummi kata takpa, biarlah Atok tak sihat tu. Malas nak ganggu. Tup-tup kami dah sampai ke kereta, Atok datang ketuk pintu. Aduhai, rasa bersalah pulak Ummi. Dah lah Atok tak berapa sihat, gigih pula 'kejar' sampai ke kereta nak sedekahkan budak-budak ni duit. 

Agaknya amalan sedekah inilah yang jadi penarik rezeki untuk Atok. Warung kendaliannya tak pernah putus dengan pelanggan. Selain tu, Atok walaupun dah berusia tapi sihat serta panjang umur. 

Credit source. 

Ummi doakan Atok sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi umur yang berkat. Atok pun cakap, "doa tu yang mahal".

10 comments:

  1. mulia betul hati atuk tu. sebab tu laa rezeki dia murah kan.. memang wajar dijadikan contoh kanak-kanak yg dia bagi rm1 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manfaat sedekah. Moga jadi contoh utk semua

      Delete
  2. Kuasa SEDEKAH Dan kuasa DOA itu yg diharapkan, hendaknya Dari anak2 kecil yg tidak berdosa...

    Bagus perkongsian PH, elok CH tauladani..

    ReplyDelete
  3. Sedekah yang ikhlas, banyak manfaatnya

    ReplyDelete
  4. Alahai Atok sukanya bersedekah.
    Semoga Atok sentiasa sihat walafiat.
    Atok meniaga setiap pagi ke Ummi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Setiap hari kedainya buka kecuali isnin :)

      Delete
  5. Alhamdulillah, semoga atok dilimpahkan rezeki.. Nice sharing πŸ‘

    ReplyDelete