Thursday, 8 August 2019

Restoran Horizon Garden Seri Manjung


Sambung cerita Lumut... 

Hari kedua kami di Lumut kami ambil peluang untuk berbuka di Restoran Horizon Garden Seri Manjung sambil celebrate birthday Adik yang ketiga. Ummi dah share tentang birthday Adik sebelum ni. Cuma kali ni nak kongsi tentang restoran yang terkenal di Seri Manjung ni. Tempat pilihan untuk acara makan-makan di sini. 


Bab menu/pakej dibuat oleh Walid sebab Walid pernah makan di sini bersama rakan-rakan sekerjanya. Set pilihan ialah set untuk 4 orang rasanya. Dah hampir lupa dah sebab it was on last June. Dinasihatkan agar buat tempahan dahulu terutamanya di bulan puasa bagi mengelakkan masa menunggu yang lama ye. 

Set ni harganya +-RM100.
Berbaloi sebab ada nasi, 4 jenis lauk & air. 

Complimentary buah & kuih


Seronok berbuka di sini. Setiap meja diberikan kurma sejurus sebelum azan berkumandang. Kami sampai pun hampir waktu berbuka sebab berkejar memcari kek  untuk Adik. Mujur dah tempah meja. Makanan pun dah terhidang alhamdulillah. 

Nampak kami bawa kek birthday, terus staff di situ ambil piring untuk makan kek. Cekap! Siap nyanyikan lagu birthday untuk Adik lagi. 




Makanan sedap semuanya pada tekak Ummi. Siakap stim ala nyonya ni katanya hot stuff di sini. Tapi, sebab dah ada tomyam putih, Ummi rasa kalau siakap tu masak 3 rasa lagi sedap. Lebih serasi diregukan. Itu pendapat Ummi. Tapi Walid pilih siakap stim tu nak bagi kami semua rasa keenakkannya. Thanks B! 

Restoran ni dua tingkat. Di bahagian atas juga disediakan surau. Bergilir-gilir kami solat di situ. Bila dah solat, bertambah sedap nak makan. Hati tenang sebab dah tunaikan kewajipan, boleh sambung makan. Memang licinlah kami makan malam tu ๐Ÿคญ

Surau Muslimah





Kek birthday Adik kami beli di sini, bakeri milik bumiputera.. Pelbagai jenis kuih raya yang dipamerkan. That time memang rasa nak beli je tapi mujur juga rushing nak ke restoran tak sempat nak memilih jadi tak beli langsung haha... 





Thank you very much for making Adik's 3rd birthday a very special one.

Horizon Garden Seri Manjung 
No 7 Persiaran PM3/2
Pusat Bandar Seksyen 3
32040 Seri Manjung 
Perak Darul Ridzuan 
Tel: 05 6888 799

No comments:

Post a comment