Thursday, 22 November 2018

Wakil sekolah ke Ujian Setara Daerah Gombak.


Maaflah tak sempat nak blogwalking :( hujung-hujung sesi persekolahan ni banyak pula aktiviti sekolah anak-anak. Umi hari-hari kena gosok baju; nak melaram ke sekolah anak-anak: p 


Hari yang sama Abang ke Negeri Sembilan, Kakak pula ada ujian setara di Masjid Al Khairiah. Ujian setara ni layak diduduki oleh murid 5&6 Tahun yang berjaya mendapat tempat pertama & kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Kiranya satu Pasti ada 4 orang wakil; 2 orang 5 tahun dan 2 orang 6 tahun. Jumlah Pasti di Gombak ni 28 buah. Itupun akan bertambah lagi tahun depan. Ujian setara ni tujuannya nak memilih pelajar terbaik bagi setiap daerah.

Untuk peperiksaan akhir tahun ni Kakak dapat no 2. Bff dia, Zahra dapat no 1. Tapi Kakak seronok sebab ambik ujian dengan bff dia w/pun dia asyik komplen kena baca buku lagi...hahaha... Yelah, kawan-kawan lain dok huha-huha dah, habis final exam. Mujurlah Zahra pun join sekali. Bila dia malas study, Umi pun cakaplah Zahra tengah study ni haha...kesian Kakak 😅 Tapi Kakak baik, ikut je suruhan Umi... 

Kakak yang rajin hihi...

Kakak dan Zahra. Luv you girls 😘😘😘

Ini gambar Cikgu share...seronok budak2 ni pergi exam pun haha... 



Masa Angah 6 Tahun dulu, layak juga ke ujian setara ni. Jadi, Umi tahulah juga sikit sebanyak berkenan ujian ni. Cuma tahun ni soalan format baru katanya. Kertas soalan pula strictly confidential, memang cikgu-cikgu pun tak dibenarkan snap gambar or share dengan murid2 even kertas soalan tahun sebelum-sebelumnya. Yang Kakak buat ulangkaji tu pun soalan final exam budak2 6 tahun. Selain buat ulangkaji, DOA dan tawakkal je pada Allah. 

Selit sekalilah gambar Angah tahun lepas :) 

Semangat ulangkaji :D 

Hari ujian. 

Bila habis ujian, Umi tanya Kakak katanya senang...Zahra pun cakap senang.  Tapi Cikgu cakap soalan susah 😇😇😇 
Keputusannya? Tunggu! 

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. sejuk perut ibu mengandung.. semoga anak2 akk terus maju.

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya kakak. insyaAllah pasti resultnya cemerlang tu :)

    ReplyDelete
  3. Semoga terus berjaya, dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Comel belaka ana-anak Pn. Hazel.. Ceria semuanya..
    Semoga mereka berjaya..

    ReplyDelete