Inilah tempat makan favorite kami kalau singgah di Meru, Ipoh. Lokasi berhampiran Terminal Bas Aman Jaya, Mydin juga tak jauh dari M Motel. Speaking of M Motel ni, kami dah checked in into this motel for third time. Rasanya cukuplah. Bukan tak best tapi dah 3x so dah tak thrill :p it becomes too familiar, no more enthusiasm of checking in at a new place. Plus, the price now is a bit higher because the promotion has ended. Dengarnya Seri Malaysia Ipoh pun dah cantik sekarang ๐
Back to GJee Cafe ni senang je nak cari. Sebelah Petronas Meru.
Makan kat sini memang best sebab food semuanya sedap and banyak choices. So far kami hanya singgah 2-3 kali untuk breakfast. Belum pernah lunch. Tapi kalau breakfast pun menu dah pelbagai, rasanya kalau lunch pun banyak jugalah agaknya pilihan makanan yang disediakan ye dak?
Menu wajib cuba disini semestinya mee kicap. Boleh pilih nak kuah kari or sup. Walid suka kuah kari.
Favorite Walid. |
Umi selalu rasa mee Walid je sebab tak tahan godaan nasi goreng atau nasi lemak dia haha... Dah perut minta nasi, kita layan je :D Lagipun pagi-pagi pun lauk dah macam-macam, memang tergoda.
Semua ni dalam RM35 je. Puashati & kenyang makan. Alhamdulillah. |
My verdict;
Harga reasonable.
Kebersihan pun boleh dipuji.
Ambiance boleh dikatakan comfortable though a bit cramp at times.
Service tip-top.
Food memang sedap, selera kampung.
Jangan lupa order mee kicap kuah kari ni tau!
Sajian GJee
No 3 (Ground Floor), Jalan Bistari A/2
Bandar Meru Raya, Jelapang
30200 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Selamat menjamu selera.
Untuk info..Sajian G jee dah upgrade kepada 2 lot kedai.Sebelah hanya utk lauk pauk (buffet) dan sebelah lagi hanya sitting or eating area.Jadi tak crowded lagi.Sila kembali lagi ye..
ReplyDelete