Thursday, 15 November 2018

Throwback ~ Kali pertama ikut rombongan sekolah


Hari ni Abang ikut rombongan darjah 4 ke Negeri Sembilan. Kali pertama di SRAI. Umi pun nak juga mengimbau kenangan kali pertama (dan terakhir) ikut rombongan sekolah. 

Masa tu Umi darjah 5. Kali pertama sekolah Umi buat lawatan ke KL, Negeri Sembilan & Melaka. Bila dengar cikgu cakap nak buat rombongan ke KL masing-masing excited. Sebab kami anak2 kampung jauh di pedalaman jangan kata nak ke luar dari negeri Kedah, nak keluar dari daerah Baling pun jarang-jarang sekali dek kekangan kewangan, pengangkutan dsbnya. Paling jauh rata-rata kami pernah pergi mungkin Pulau Pinang. Itupun sekadar di Bagan (Butterworth). 

Tapi bila cikgu maklumkan bayaran sebanyak rm60 untuk seorang peserta, masing-masing mula terdiam. Enam puluh ringgit pada waktu tu umpama rm600 waktu sekarang atau lebih! Ibu ayah kami kebanyakannya hanya bekerja sendiri; tukang rumah, pesawah, guru al Quran, pekebun dsbnya. Majoriti kami anak penoreh getah. Pendapatan tidak tetap dan kebanyakan masa bergantung kepada cuaca. Musim hujan tak boleh menorehkan? 

Bagaikan memahami isi hati kami, pihak sekolah memberi kelonggaran untuk membayar secara ansuran dari awal tahun hinggalah ke tarikh lawatan. Maka, setiap kali menjual getah sekerap, Umi akan bayar kepada cikgu. Dari serendah lima ringgit, adakalanya sepuluh ringgit akhirnya bayaran tersebut dapat dilunaskan. 

Berbeza dengan Abang, 2-3 hari sebelum tarikh tutup penyertaan barulah surat jemputan diedarkan beserta borang penyertaan dan permohonan bayaran. Mujurlah ibu ayah zaman sekarang ramai yang berduit, w/pun singkat tempoh yang diberi masih mampu memenuhi tuntutan sebegitu. Kalau zaman Umi dulu, mimpi sajalah. 

Pada hari kami nak berangkat, hampir satu kampung datang menghantar. It was a very rare and big event for us to be able to go out from our kampung and go to KL. KL carries such a big name and prestigious. Being able to set foot in KL is like achieving one's dream. Menyebut perkataan 'Kola Lumpo' sahaja sudah satu kemegahan apatah lagi menjejakkan kaki ke ibu kota. 

Jujurnya Umi dah hampir lupa kemana kami dibawa melawat. Yang masih segar diingatan hanyalah Kota A Famosa. Gigih kami mendaki anak tangga ke puncak Bukit A Famosa. Ada sekeping dua gambar yang cikgu ambil untuk kenangan. 

Satu-satunya cenderamata yang Umi beli tentunya kereta lembu hiasan, dibeli di Dataran Pahlawan. Di Melaka juga kami bertemu Mrs Lee, isteri cikgu Bahasa Inggeris kami, Cg Lee. Gaya Mrs Lee yang memakai blaus dan skirt memukau mata kami anak2 kampung yang hanya mrngenal kain batik dan baju kurung. Bukan setakat melihat kesan sejarah di bumi Hang Tuah, perjalanan ini juga membuka mata Umi tentang kepelbagaian budaya di negara kita. Satu pengalaman yang berharga. 

Malah keenakan nasi bungkus lauk ayam beserta air sirap seolah masih terasa keenakannya. Hidangan mewah bagi kami yang terbiasa dengan lauk ikan temenung dan air perigi.

Credit.

8 comments:

  1. Kan .... budak budak sekarang banyak untungnya, tak payah tunggu rombongan, mak pak yg nak jalan sekali.

    Hakak rombongan sekolah ke Kota Tinggi kot itu pun pi kubur PH hihi... Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang. Dah seronok sangat dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sekarang dah senang Kak...Dari segi kenangan, pengangkutan, logistic dsbnya. Itu yg sedia sedia berjalan hehe

      Delete
  2. mesti best ikut rombongan sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah sekali sekala dapat 'merdeka' dari mak ayah hehe...

      Delete
  3. Teringt dulu zaman rombongan sek. ke klntan&tganu😍😘,1st time Naik bas pergi jauh,siap dbekalkan ubat mabuk kenderaan😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekal ubat satu hal, bekal makanan pun banyak kan :D

      Delete
  4. tersentuh hati baca bila sekampung turun padang nak raikan anak2 dulu nak pi lawatan kan...ye bukan senang, zaman dulu RM60 tu mmg besar di mata keluarga. Bagus family bg sokongan menabung ansuran dekat cikgu...tp sekarang semua bg last minit jemputan...duit pun kena keluar sedebuk...adududu...mcm2 sekarang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dah berubah Julia...dulu susah,kerja banyak bergantung pada keadaan cuaca...skrg byk makan gaji...

      Delete