Wednesday 29 August 2018

Al-Fatihah ~ Ustazah Azizah


Credit source.

Pagi ni Umi dikejutkan dengan berita pemergian Ustazah Azizah, guru yang pernah mengajar Umi di kelas agama waktu sekolah rendah dulu. Rupanya dah seminggu Ustazah dijemput pulang. Berita sedih ni dikongsi di FB Ustaz Zainol, anak Ustazah yang juga teman sekelas Umi. Ustazah kembali pada hari wukuf yang berkat (20//8/2018), tanda husnul khatimah mungkin. DOA Umi moga diampunkan segala dosa arwah, dirahmati dan ditempatkan di kalangan para solihin. Bukan calang-calang legasi yang arwah tinggalkan. Yang paling utama tentulah anak2 yang soleh. Boleh dikatakan semua anak2 Ustazah ustaz-ustaz belaka. Ada yang hafiz, alhamdulillah. Beberapa tahun kebelakangan ni, anak2 ustazahlah yang bergilir menjadi imam solat raya di masjid kampung kami. Sejuk perut Ustazah yang mengandungkan mereka. 

Arwah ni yang paling diingati waktu kami belajar dengannya dulu ialah kegarangannya dengan rotan yang sentiasa di tangan serta suaranya yang kuat. Sekali Ustazah bertempik, bertempiaran lari tak cukup tanah :) pernah kami kena sound dengan Ustazah. Antara kata-kata yang masih melekat di hati Umi ialah " ampa ni tak malu ka? Terlompat terkangkang main dengan budak jantan?" Time tu kami (girls) main getah (zero point) lawan dengan boys. Pi kelas agama of course lah pakai baju kurungkan. Time nak lompat getah tu confirmlah kain terselak ke terangkat ke kan... Gelihati pulak bila diingat balik. Wpun ustazah garang, tapi sekali itu je kot Umi kena marah dengan Ustazah sebab Umi budak baik haha.. Itupun kena marah berjemaah. Tapi itulah marah-marah Ustazah pun hatinya baik. Mungkin sebab suaranya kuat, itu yang semua kecut perut. 

Kali pertama Umi jumpa semula arwah lepas tamat sekolah maybe 4-5 tahun lepas. Usai solat raya terus Umi mendekati arwah, menyalami dan memeluk arwah. Sebak Umi tengok arwah yang kurus cengkung dan solat di atas kerusi. Sangat berbeza dengan Ustazah yang Umi kenali sebelum ni. Rupanya arwah menanggung derita diabetes. Dek kerana kalut dan ramai jemaah ingin bertemu arwah, Umi tak sempat memperkenalkan diri. Rupanya arwah terkesan dengan pertemuan tersebut. Lalu arwah memberitahu suaminya "taktau sapa mai salam, cium tangan zah tadi". Akhirnya cerita tersebut sampai ke telinga Tok lalu Tok memaklumkan bahawa umilah orangnya. Alhamdulillah Ustazah masih kenal Umi. 

Moga segala jasa, ilmu dan bakti yang Ustazah tabur dulu menjadi ladang pahala untuk Ustazah di sana. Terima kasih dan selamat berehat Ustazah. 


4 comments:

  1. INNALILLAH... semoga ALLAH tempatkan arwah di tempat yang selayaknya..

    ReplyDelete
  2. alfatihah .. semoga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman.

    ReplyDelete