Tuesday 14 August 2018

Kenduri #18/18 ~ Fatin's Beautiful Wedding @ Bizmilla Garden Hall 💝




Teruja sungguh Umi bila melihat wedding venue yang tertera di kad jemputan perkahwinan Fatin. Dah lama Umi menyimpan hasrat nak melihat dan merasai sendiri pengalaman makan kenduri di Bizmilla Wedding Center,  kepunyaan Mila Jirin @ Mila AF5. Kagum Umi dengan kejayaan yang diraih Mila hasil kerja kerasnya selama ini. W/pun rezeki Mila dalam industri hiburan kurang menyerlah, rezeki Mila lebat dalam business. Dengarnya dah bergelar jutawan sekarang, alhamdulillah. 




Sangka Umi satu je tempat wedding yang diuruskan oleh Bizmilla (syarikat Mila). Rupanya dalam satu bangunan tu (The Place, One City) ada beberapa wedding venues termasuk royal ballroom, city hall, dan wedding hall. Patutlah namanya Bizmilla Wedding Center.

Lovely sangat pelamin ni. Super love! 



Majlis Fatin di adakan di Garden Hall. Sesuai dengan tema majlisnya, garden wedding. W/pun indoor tapi dekorasi sangat mempesona. Seolahnya berada di dalam taman. Seronok makan sambil berborak dengan tuan rumah dan tetamu lain. Makanan memang sedap. Umi bagi 5 bintang! 





Food dihidangkan di balkoni. Jadi tak crowded dalam dewan tu. Very nice setting. 





Adik tetap layan kerepek :D 

Segak aih kumpulan kompang ni :) 

Tengok pengantin. 

Sama cantik sama padan. 


Layan aiskrim dulu sebelum balik. 

Selamat pengantin baru Fatin & suami. Semoga kekal hinggal ke jannah.  Barakallahu lakuma. 



Terima kasih atas jemputan dan layanan super mesra dari k.ani sekeluarga. Rasa macam berada di majlis perkahwinan saudara mara sendiri. Enjoy sangat.  

3 comments:

  1. waaah cntiknya pelamin.. mcm bunga2 tgantung dr langit.. wah gitu..hihii

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat! Rasa macam nak tumpang bersanding sama :p

    ReplyDelete
  3. Walaupun makan kat kenduri kawen menunya semua sama kat mana mana pun tapi tetap teruja nak makan ye PH hihi.... Budak budak pun seronok tu ha

    Tak ambik gambo pengantin ke?

    ReplyDelete