Thursday, 28 June 2018

6 Syawal ~ Beraya dari pagi sampai malam!



Pagi tu Umi goreng bihun untuk breakfast. Dua bungkus sekali goreng. Almaklumlah kat rumah Tok Umi ni rakyat ramai; ada 4 keluarga. Dengan bala tentera kecik lagi memang wajiblah masak banyak. 

Kali ni keluar beraya dengan Tok Umi & Tok Ayah serta maklong. As usual, kanak2 riang tu semua ikut except Anis & Asyraf. Makngah depa ni dah jadi macam cikgu disiplin... tak kira anak sapa, kalau tak behave makngah 'fire' je πŸ˜† nasiblah ampa, sapa suruh ikut kui kui kui...


First rumah ke rumah Aunty Aisyah, kawan Tok Umi. Anak2 melepak depan TV tengok cerita P Ramlee. Umi pun samalah jadi guard kat situ. Rumah AA banyak barang, risaulah Umi kot-kot ada yang terlanggar πŸ˜… 

Alang2 dah ada kat Aloq Staq, Umi ajak Walid 'lari' sekejap ke Pekan Rabu. Semalam dah usha sepasang baju kurung ni, tapi tak rasa nak beli. Balik rumah tu asyik dok teringat je, confirm kena beli lah. Dah beli tu barulah tenang hati nak sambung beraya haha... Ala, baju murah je. Sepasang tak sampai rm40 itu yang rasa rugi kalau tak beli :p

Dari situ kami ke rumah kakngah, sepupu Walid. Memang langkah kanan. Menantu kakngah yang kerja chef tu tengah masak! 


First Umi ambik pulut durian tu. Tunggu dulu ye nasi goreng, kejap lagi Umi makan. 
Memang tak tahan tengok kuah durian tu. Angah hirup gitu je. Lepas tu sambil berborak, makan pulak cekodok jagung dengan kopi O. Terangkat! 

Dah kenyang, jom kita ke rumah kakyah pula. Kakyah baru nak siang ayam buat bihun sup. Takde rezeki kami :( tapi merasa juga koktail air tangan Jihah. Kira dessert lah tu. Main course kat rumah kakngah tadi hehe... 

Malam tu pula beraya di rumah maklong.


Ada gulai batang pisang. Tapi tetap tak boleh lawan air tangan orang Baling bab gulai nan satu ni πŸ˜‰ 

Some even said that gulai ni hanya 'jadi' jika dimasak di Baling! Memang special menu ni. The pride of Baling. 

Bila bab makan bergilir-gilir kat rumah adik beradik ipar duai ni selalu hati Umi terjentik. Umi pun teringin juga nak jadi host makan2 macam ni. Every time kami balik kampung maksu & maklong memang kerap menjamu kami. Seronok! DOA lah untuk kami ada rezeki beli rumah di Kedah pula, boleh take turn buat makan2 dengan family. Aamiin.

Nanti kita makan kat rumah makngah di ehem ehem pulak ye... 


6 comments:

  1. wah sakan beraya tu.. kalo CT sparuh hari je da tergolek2 da. rela dok rumah je tnggu org mai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa..
      Akak lagi suka keluar beraya. Dok rumah penat kena basuh pinggan hahaha

      Delete
  2. amin.ehem.. ehem.. boleh zie jalan2 ke kedah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bangat haha...bila tu tak tahulah, baru pasang impian hikhik

      Delete
  3. seronok nya beraya....gulai batang pisang tu kat Baling yang sedap ye? Kak Laili ada ayah sedara duk situ. Haruslah ziarah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Signature dish kalau kenduri Kak gulai batang pisang tu. Lagi sedap makan time kduri sbb dimasak dalam kawah, menghasilkan aroma & warna yg menarik.

      Delete