Sunday 17 June 2018

10 Terakhir Ramadhan


Sebelum cerita pasal raya, elok Umi habiskan dulu cerita Ramadhan :)

Sengaja Umi biarkan blog bersawang seketika. Selain sibuk dengan urusan harian Umi cuba memberi fokus kepada 10 hari terakhir Ramadhan. Sekarang ni bukan tak excited nak raya tapi rasa sedih sayu nak tinggalkan Ramadhan tu lebih terasa. Dah tua-tua ni barulah faham erti Ramadhan ni. Sedih bila bulan penuh berkat yang setiap amalan digandakan pahalanya berlalu pergi. Time ni lah nak pulun perbaiki dan gandakan ibadah buat bekal di sana nanti. Setiap kali masuk Ramadhan juga niat dan DOA umi pohon agar Umi dapat 'grad' dengan cemerlang dan istiqomah dengan amalan2 baik sepanjang Ramadhan. Antara tanda puasa kita diterima ialah kita berjaya kekalkan amalan baik sepanjang Ramadhan tu sebagai amalan harian. Bak kata Ust Fauzi Deraman dalam khutbah raya tempohari, takkan umur dah 50-60 tahun tapi tahap puasa kita masih puasa orang awam! Terasa tau w/pun umi muda lagi 😉 


Jumaat last day school tu Walid bawa kami berbuka di luar. Bukan Walid belanja tapi member Walid he he... Nanti Umi cerita.. Cuma nak habaq dari rumah kami di Gombak ke Jln Ampang tempat berbuka tu sejam setengah perjalanannya! Bayangkan sesaknya jalan hari tu. Ngam-ngam sampai hotel around 7. Elok ambik food sorang sikit azan pun berbunyi. 


Sebelum keluar rumah tu, mama aisyah bagi nasi tomato. Lega Umi tak payah masak untuk sahur. Thanks dear! 

Sabtu tu hantar kereta Walid service. Singgah Pasar Tani Melawati beli daun palas. Lega dah dapat daun palas. Bolehlah Umi buat ketupat. 

Proses buat kelonsong ketupat atau kami panggil 'bukak daun'. Bila nak balut ketupat (isi pulut) nanti daun dah tak bergulung. Memudahkan kerja tujuannya selain dah tak perlu dibersihkan. Sebab time bukak daun ni kita dah lap siap-siap daun palas ni. 

Then pergi ambik baju raya Umi dekat sri gombak. Janji siap semalam (jumaat) tapi bila Umi sampai belum berjahit bahagian bawah lengan, baju & kain. Lepas ambik kereta Walid Umi datang semula ke tailor. Menunggu jugalah dia nak pasang butang & sembat leher. Malas dah nak datang semula. Lagipun selagi setel bab baju ni Umi rasa tak selesa. Kita nak basuh, iron lagi. Nak cari tudung lagi... Eh, Umi hantar baju ni untuk dijahit since bulan 3 tau. Tapi tu lah tailor ni bab dateline memang kalut sikit. Dah banyak kali Umi experience but I keep returning to her sebab baju dia jahit memang kemas dan sedap pakai. Cuma kita kena banyak sabaq lah dengan dia :( Another reason is Umi tak kenal tailor lain.  Kalau ada yang nak recommend tailor area sri gombak ni tinggalkan komen ye. Appreciate it very much sebab this time Umi kurang berpuashati dengan tailor kesayangan Umi ni. Dia jahit kain baju kurung tu besar, lebih dalam 2" pinggangnya. Nak alter memang tak sempat dah so terpaksa redho je. Letak pin haha. 

Ahad tu shopping barang dapur, lauk pauk utk raya, barang utk kuih raya dsbnya siap-siap. Kemain sesak weekend tu. Sana sini jem. Itu baru sri gombak. Jalan TAR, SOGO takyah citerlah kan. Dengarnya cucu saudara Umi pun hilang kat sogo hari tu. Alhamdulillah takde yang buruk berlaku.  


Mak Uda depa mai berbuka. Umi masak lebih sikit. Jamu orang berbuka pahala banyak. 


Isnin & selasa bagi chance anak2 buat kuih raya. Depalah yang beria sangat ajak buat. Daripada duduk melangut depan TV elok tolong Umi kan... 

Malam-malam bagi chance depa main bunga api sebab cuti sekolah. Ada sekali tu lepas main depa cucuh bara api tu pada bola kertas (renyuk2 suratkhabar ikat dgn getah) lepas tu buang dalam tong sampah. Tengoklah apa jadi 😇😇😇 

Before naik tido tu Walid bukak pintu nak check dah lock belum sekali nampak tong sampah tu terbakar! Bertuah sungguh budak2 ni. Alhamdulillah tergerak hati Walid nak buka pintu. Syukur sangat sebab sebelah tu ada rak kasut (kayu) dan timbunan surat khabar. Syukur Allah lindungi kami dari sebarang tragedi. 

Dari setinggi pinggang angah tong sampah tu penyet takat betis dia je jadinya 😇😇😇

Rabu malam khamis Terawih last tu Umi dapat pergi surau. Seronok sangat sebab dah lama tak dapat join solat Terawih di surau. Dah hujung Ramadhan jemaah ramai yang dah balik kampung. Surau lengang jadi selesalah untuk Umi bawak kakak & Adik ke surau. Malam tu juga ada imam import dari Kuwait. Warga mesir tapi menetap di Kuwait. Rezeki Umi dapat berkenalan dgn anak isteri imam. Serious lawa wife dia. Anak2 pula memang hensem. Rasa nak buat menantu 😝 baya-baya kakak & Adik juga. Siap main toys sama-sama lagi depa berempat. 

Sesi membawang 😂😂😂


Khamis tu lepas sahur Walid terus ke market, beli ayam extra. Tiba-tiba dapat ilham nak masak lebih sedekah dekat jiran-jiran itu yang kena top up ayam. Mujur 4.30 pagi market dah bukak that day. Sempatlah Walid beli before pergi kerja. 


Time balut ketupat ni mujur Adik & kakak lena. Kalau tak lagi lambat kerja Umi. Ini pun 3 jam Umi & Abang membongkok balut ketupat huhu... Angah tu mula-mula je tolong lepas tu dia boring hehe... 

Jumaat tu rayakan... Eh, Umi tak balik kampung ke??? Nanti kita citer ye 😘

8 comments:

  1. Mudah2an kita dipanjangkan umur untuk bertemu ramadan2 yang mendatang

    ReplyDelete
  2. terasa pantas sangat ramadhan kali ni.. sedar2 dah raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Dunia dah akhir zaman agaknya huhu...

      Delete
  3. Salam syawal PH, wah bestnya pandai buat ketupat palas tu, kalau dekat mau akk dtg beraya tapau sekali ketupat palas tu.

    Ramadhan dah berlalu, mudah2an segala amal kita ada nilai di sisi Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syawal kak.. Aamiin moga Allah terima amal ibadat kita.

      Delete
  4. tahun ni tak rajin nak buat ketupat palas. lagipun raya di selatan diorang ni x makan pun.. hehe CT tak reti pun nak lilit tapi tibai je janji isi tak terkeluar hehe..

    ReplyDelete
  5. ketupat palas, di kg aida takde.
    ketupat mini, ketupat daun and lemang aje.
    kebetulan semlm, aida beli ketupat palas frozen ajer kat member.
    rendang ada dlm freezer.

    ReplyDelete