Thursday, 29 March 2018

Makan2


Tok Umi & Tok Ayah baru balik dari Egypt. Bercuti sakan depa 10 kat sana. Singgah di gombak ni nak jenguk cucu2 depa. 


Buah tangan dari Egypt. 


Bila Tok Umi ada di sini, kita buatlah makan2 sikit, jemput adik beradik Tok Umi di sekitar Lembah Klang ni. Sekali sekala datang, nak juga Tok Umi jumpa adik beradiknya.

Umi masak ayam goreng kicap, mixed vege, keli goreng, salad & sambal belacan. Tu je pun. Untuk dessert Umi tempah kek pandan gula Melaka dari Dylla Zairi. Dapat juga merasa PGM yang jadi sebutan ni. Pastu maktam bawa pengat pisang + nangka. Kawan tok umi, cik liza pula bawa pecal. Alhamdulillah. 


Star of the day.
Memang sedap kari daging airtangan k.Zana ni.

Itupun asalnya Umi nak buat kari daging tapi Umi rasa dah tak mampu nak handle. Umi minta tolong k.zana tauke warung dekat food court masakkan. Alhamdulillah jimat banyak masa Umi nak masak yang lain2. Nak bagi daging tu empuk sempurna at least 3 jam kena masak kata k.Zana. memang taklah sebab dapur pun 2 tungku je.


Tapi itulah tak ramai yang dapat datang. Masing2 ada hal kan. But still we had a great time last weekend. When maktam is around, it's enough to fill the room 😜


Paktam bawak nangka 4 bijik. Sayangnya 2 bijik terpaksa buang sebab dah terlampau ranum; dah lembik & masam isinya. Sebijik Umi ambik, kongsi dengan jiran-jiran. Sebijik lagi sedekah kat cik Liza. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Wednesday, 28 March 2018

Bila Walid outstation...


Baru-baru ni Walid outstation. Tok pula balik kampung. Tinggal lah Umi dengan anak2. Hip hip hooray la jawabnya 😉 part paling best tak payah masak beria... Makan dengan depa ni lauk simple-simple je. Nasi goreng pun jadi... 


Ini mee kuah utara Umi masak untuk dinner hari tu. Sedap lah resepi cik nannie ni.  Sebungkus mee tu habislah kami anak beranak kerjakan hikhik... 


Ada hari tu Umi bawak depa breakfast kat kedai Atok. Atok ni dah tua tapi masih gagah berniaga. Adalah pekerja-pekerja yang dia upah. Atok ni tukang jaga duit. Kadang tu nampak dia tidur atas kerusi malas depan gerai. Kesian pulak tengok. Tapi atok ni pemurah. Setiap kali ada budak2 datang ke kedai dia atau kedai sebelah2, dia akan sedekah rm1. Moga bertambah rezeki atok. 


Ini masa nak pergi celebrate bday Angah. Nak pegi KFC je tapi cuak juga Umi takut depa tak behave. Alhamdulillah semua good 👍👍👍

Bawak pergi barber shop pun Umi dah pandai :) 


Tapi ada juga ujian bila Walid takde ni. Sehari selepas Walid flew, tiba2 pulak Astro buat hal. Umi suruh Angah lap screen TV. Dia pi lap & spray decoder astro sekali 😏 basah agaknya dalam decoder tu, tak boleh read the card. Tau walid suruh buat apa bila umi bagitau dia? Dia suruh angkat decoder tu pi jemur kejap. Umi pun ikut lah cadangan bernas tu 😝 tapi tak jalan juga. Risau dah Umi sebab kalau TV rosak cuti sekolah nanti macamana... Bukan lah 24 jam tengok TV pun tapi at least takde lah depa dok merap Umi je nanti... Alhamdulillah the next day tu dah OK. 


Lagi satu yang tak bestnya yang ni... Sedih tengok keta Walid kena langgar huhu... Nantilah Umi cerita lagi pasal ni...


Dua minggu dok dengan Umi je akhirnya hujung cuti sekolah tu tok umi & tok ayah datang. Sebelum tu Umi buat kerahan tenaga ajak anak2 bersihkan rumah. Maklumlah mak mentua nak mai 😆


Umi cuma bagitau tetamu nak datang je. Tak boleh bagitau  awal siapa yg nak datang, satgi riuh rendah dok tunggu. Kejap kejap tanya...kejap kejap tanya. Kalau sorang takpe juga, ini empat2 asyik bertanya termasuklah Adik yang baru pandai bercakap tu. Soalan sama pulak tu 😇😇😇

Bila tok umi tok ayah sampai tu melompatlah depa :) 


Saturday, 24 March 2018

Al Fatihah ~ Maklang @ Toklang


Ada berita sedih dari kampung. Toklang dah kembali ke rahmatullah menjelang maghrib selesa lepas. Elok saja selesai dibacakan Yasin toklang menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi di bulan rejab yang mulia pada usia lebih 80 tahun. 


Toklang ni kakak kepada Tok. Depa dua memang rapat. Sebab tu bila dengar Toklang dah uzur sangat, makan minum pun dah tak boleh, Tok gagahkan diri balik juga ke kampung ziarah dan teman Toklang. 

Toklang yang Umi panggil maklang ni mak saudara Umi yang paling rapat. Sejak kecik kami dah terbiasa jadikan rumah maklang sebagai rumah kedua kami. Asal hari minggu, Tokwan (arwah Pak) akan bawa Umi & Tok ke rumah maklang. Bonceng motor Pak. Kalau Tok masak special sikit pasti akan dikirimkan juga kepada maklang. Kuih tepung talam dah dikira special time tu. Maklumlah orang susah... Bukan selalu dapat buat kuih macam ni. 

Time Umi sekolah hinggalah masuk U toklang yang banyak tolong especially bab duit. Bila sesak, Tok akan pergi ke rumah Toklang untuk pinjam duit. Jika banyak (ratus-ratus) Tok akan cagarkan gelang pusakanya pada Toklang. Bukan Toklang minta tapi Tok nak buktikan dia akan bayar duit yang dipinjam tu. Manalah tahu jika ada apa2 yang terjadi, tidaklah bermasam muka adik beradikkan... Kebetulan Toklang kahwin dengan Wan Haji, orang berada (pada skala orang2 susah di kampung kami) jadi hidup Toklang tak susah macam Tok. Malah, Wan Haji sendiri yang galakkan Toklang bantu adik beradik dia. 

Setianya Toklang pada Wan Haji hanya Allah saja yang tahu. Sejak kesihatan Wan Haji (arwah) merosot sedikit demi sedikit dari elok boleh berjalan jadi lumpuh, dari boleh melihat hingga hilang penglihatan, Toklang setia disisi setiap masa. Bangun hanya untuk khidmat diri, solat dan makan. Berbelas tahun juga Wan Haji sakit sebelum meninggal 2-3 tahun lepas. Selamat itulah Toklang mengabdikan dirinya untuk berkhidmat pada suaminya. Lama kelamaan Toklang bagaikan hilang diri sendiri. Dunianya hanya Wan Haji. Dari seorang yang mesra, ramah Toklang jadi pendiam dan hostile. Agak Umi dia mengalami depression. Semangat Toklang bagaikan hilang terus selepas kematian Wan Haji 

Bulan puasa tahun lepas kalau tak silap Umi, Toklang jatuh tersepak bucu tangga. Sejak dari hari tu Toklang dah tak mampu berjalan. Hanya mengengsot atau dipapah untuk kemana-mana. Toklang makin 'jauh' dalam dunianya. 

Dan tanggal 2 Rejab/20 Mac Toklang pergi untuk selama-lamanya. Moga Allah mengampunkan dosa2 Toklang, merahmatinya serta menempatkan arwah dikalangan para solihin. Aamiin. 

Thursday, 22 March 2018

Happy 7th Bday Angah 💝



Semalam bday Angah yang ke-7. Kejap je rasanya dah 7 tahun budak hensem sorang ni :D 


Nampak senyuman dia tu tolong lah jangan terpedaya haha... Kalau 'sheikh' dia mai rasa nak picit-picit, cubit-cubit je budak sorang ni 😅 Ada betulnya kajian DMFK tu, ada no 2 ni boleh jadi extreme; extremely good or extremely bad. Angah ni time dia good memang cair kita. Time cranky, aduh merasalah juga Umi deal dengan anak yang ada tantrum ni 😇😇😇 

Ada sekali tu dia kena marah dengan Walid. Menangis-nangis, mengamuk sakan sampai nak pukul Walid. Bila Umi peluk dia, sambil hembus-hembus (baca selawat/ayat Thoha) boleh pulak dia cakap kat Umi "apa tiup-tiup ? Ingat Angah tak tau Umi baca DOA kat Angah?" Umi tahan je gelak. Walid pulak  pi bantai gelak berdekah-dekah dah... 

As usual we treated them with KFC. 
Beli 2 set snack plates plus redeemed kupon Walid dapat dari IIA kot. Cukuplah untuk kami 3 set tu. 

This time pun Umi delegate kerja siap2. Angah bawak kek, abang dukung adik. Kakak pegang umi. Memang well behaved depa ni bila kita bagi instruction siap2. Masing2 tau apa peranan masing2. Umi pun dapat makan dengan selesa 😝






Licin hahaha... 

Untuk kek dia minta 'kek' macam ni. 


Umi order dengan anak kenalan. Alhamdulillah sedap sangat. Lepas ni Umi ingat nak try pandan gula Melaka dia pulak. Nampak sedap je bila tengok gambar yang diberi. Lagipun tak pernah rasa lagi PGM ni. Orang kata sedap... 

To Angah, Umi Walid Abang kakak & Adik love you sooooooo much. Be a good boy always ye. Behave selalu tau! 


Wednesday, 21 March 2018

Kenduri 08/18 ~ "yeay pakdin kahwin"



Budak2 ni memang kamceng dengan pakdin ni. Asal van pakdin lalu je depan rumah, pakatlah berebut nak panggil pakdin. Kadang tu sampai terkejut orang tua tu kena jerit dengan budak2 ni 😇

So bila Umi bagitau pakdin jemput kenduri memang depa excited. Kakak siap cakap "yeay pakdin kahwin" hahaha. Padahal pakdin nak kahwinkan anak dia hikhik... 

Since Walid tak dapat join, Umi pergi dengan anak2 je. Sebelum keluar rumah Umi bagi tugasan siap2 untuk Abang dengan Angah; ambik air dan makanan. Susah juga kalau Umi nak kena bangun ambikkan nasi untuk anak2 sebab risau nak tinggalkan adik. Lagipun depa ni suka bersaing antara satu sama lain. Bila dah delegate tugas ni senanglah. Tak berebut dah sebab masing2 ada tugasan. Sekarang ni pun kalau nak keluar dengan depa Umi bagi tugasan siap2. So far menjadi taktik Umi ni alhamdulillah. 

Selambak lauk Abang letak dalam pinggan Umi :)
Selain lauk pauk yang sedap sangat, yang special nya kenduri ni ada lemang & rendang. Pucuk dicita ulam mendatang gayanya sebab Umi memang dok teringin nak makan lemang! 



Ada seorang warga emas kat belakang tu nyanyi sedap sungguh. Ingatkan kaset/CD rupanya tokwan tu nyanyi live! Suara sebijik macam Ahmad Jais. Serious sedap suara dia 👍 👍👍
Nasib baik kat kenduri orang, kalau tak teringin juga nak request lagu suruh tokwan tu nyanyi :p 

Buat pakdin sekeluarga, selamat menyambut menantu. Lepas ni sambut cucu pula 😉
Aamiin. 


Sunday, 18 March 2018

Gotong Royong 4 Harmoni


Idea mama Iman yang kreatif 😘
Seperti tahun-tahun sebelum ni, kelas Abang mesti buat gotong royong. W/pun dah terpisah kelas tapi ada juga yang kekal bersama sekelas. Untung Abang masih sekelas dgn Iman dan Aisyah. Mak-mak depa ni lah orang kuat bab hias kelas ni. Umi tumpang rajin depa ja hehe...

Tapi itulah, yang hadir semuanya parents 3 bijak; mama Iman, mama aisyah, mama haziq & parents saadah. Selain tu ada juga mama aufa & mama hasya. Muka baru cuma parents Harraz. Hajat nak berkenalan dengan parents lain tak kesampaian. Tapi kita pun fahamlah, masing2 ada komitmen. Perkara volunteer macam ni bukan semua orang dapat involve. W/pun tak dapat hadir, mostly dah bagi sumbangan untuk beli barang2 semua. Alhamdulillah, nampak ada kerjasama & sokongan di situ 👍👍👍 

Yang wakilkan dekat anak masing2 pun ada. Thanks mama ainnur & mama tasnim. Selain tu, cikgu2 kelas Abang pun joined juga. 


Since anak2 ni dah besar, memang kita libatkan depa. Tolong mana yang patut :) 

Part paling disukai oleh boys ~ spray botol mineral hehe...


Cikgu kelas tengah susun botol mineral untuk bentuk nama kelas. Ada markah untuk recycle effort rupanya. 

Setiap murid kita minta bawa botol mineral sorang 5 botol. Then spray warna kuning & merah, warna keramat negeri Selangor. Kot ada extra marks 😉




 
Suka part depa makan ramai-ramai ni. 
Siap kongsi pinggan. 

Tak cukup pinggan makan atas penutup Tupperware je 😁 tak sangka Adik pun makan sampai bertambah hehe... 


Thanks mama aisyah yang masakkan tomyam, nasi dll. Kenyang anak2 makan. Acik yang tukang senduk nasi ni juga tak dapat makan. Nasi abis huhu...

Mama ainnur yang tengah sarat tu sempat kirimkan kek pisang yang sangat sedap. Air & goreng pisang choc letops tu sponsored by mama Iman. Luv u Azie 😘

Alhamdulillah dah cantik kelas Abang. 
Tapi yang keciwanya semua lupa nak ambik gambar bila dah siap. Ikhlas bebenor buat kerja haha... Taknak tunjuk bukti hasil kerja keras semua 😜

Kelas dah cantik, belajar rajin-rajin ye anak2 semua. Umi doakan berjaya semua. Aamiin. 



Thursday, 15 March 2018

Kenduri 07/18 ~ Tahniah Cikgu Waniey...



Seronok sungguh kakak bila Umi bagitau Cikgu Waniey nak kahwin. Apa yang dia suka sangat tak tahulah. Agaknya dapat makan kenduri kot... Asal hari sabtu je dia cakap " hari ni kenduri Cikgu Waniey kan Umi? 😇 

Baju pun pilih sendiri. Punyalah excited dia
Meriah kenduri Cikgu Waniey ni... Yang bestnya pasangan pengantin sendiri turut sama menyambut tetamu. Majlis di kawasan terbuka, senang lah tetamu pun nak bersalam dengan pengantin.


Lauk lauk kuih muih usah cerita. Macam-macam ada... Hidangan kenduri masyarakat jawa macam masak lemak putih umbut kelapa (rasanya) dan sambal tempe pun ada. Memang Umi pilih yang ni lah... 


Sweet je pagi-pagi nampak Cikgu Waniey naik motor dengan suami nya.  Teringat pula Umi masa awal kahwin dulu, pagi2 Walid hantar pergi kerja naik motor juga 😆


Selamat pengantin baru Cikgu! Moga beroleh berkat dalam rumahtangga, hidup rukun damai dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Aamiin. 

Tuesday, 13 March 2018

Kakak ~ regi sekolah kebangsaan...


Sejak 1 Mac lalu pendaftaran (online) untuk darjah satu sekolah kebangsaan bagi tahun 2019 & 2020 dah di buka. Untuk kakak alhamdulillah dah setel. Bab-bab online ni serah je kat Walid, memang laju dia buat :) 
Umi malas nak isi-isi borang ni. Kadang tu borang PMCare kat klinik pun Umi suruh Walid isi 😆 tapi kalau feedback form Umi suka isi. Nampak sangatkan suka nau nak komplen haha... 

Ada penambahan iaitu butiran imunisasi pelajar juga perlu diisi. Jadi kenalah ada buku rekod imunisasi tu. Kami pangge 'buku cucuk' je. Orang Kedah kan... 

Buku cucuk kakak 

Lepas dah regi online tu kenalah hantar dokumen2 yang diminta dalam masa 2 minggu. Inilah checklist nya. 


Tapi jangan cepat terpedaya 😅
Bila Walid nak submit documents, rupanya perlu juga disertakan sampul surat beralamat sendiri beserta setem RM 1 dan salinan buku cucuk tu. Mujur juga bawak buku tu, standby. Rupanya bukan kami saja yang lurus bendul gitu, boleh dikatakan semua parents yang Walid jumpa di pejabat sekolah tu berdepan situasi yang sama. Katanya yang checklist tu kementerian yang minta, yang sampul surat dsbnya ni requirement sekolah. Why not just state in the checklist as previous years regards to the self addressed envelope plus the copy of the immunization record. Takdelah kena buat kerja 2-3 kali. 

Dekat sejam jugaklah Abang beratur semata-mata nak beli setem singgit tu. Nak tambah pahala, tolong belikan setem untuk seorang parent ni yang no gilirannya lagilah jauh dibelakang. Suka Abang uncle tu upah singgit hehe... 

Alhamdulillah setel. Tunggu July 2019 nanti baru boleh check dapat ke tidak sekolah yang diminta ni. W/pun harapan kami kakak dapat masuk SRAI juga tapi still kena regi sekolah kebangsaan juga. Itu pra-syarat untuk permohonan ke sekolah SRAI. 

Monday, 12 March 2018

Selamat Pengantin Baru Ah 💝



Alhamdulillah selamat sudah anak buah Umi, Ah bergelar isteri orang sabtu lepas. Nikah pagi kira-kira jam 9 disusuli majlis kenduri di sebelah tengaharinya. 

Persiapan kenduri sehari sebelumnya... 



Bunga telur warna krim tu Umi sponsor, buat hiasan pelamin. Gamble je pilih warna tu sebab dia kata pelamin warna krim. SA kedai bunga telur tu suruh ambik warna biru sebab Umi cakap pengantin pakai baju warna baby blue tapi Umi lebih suka yang ni. So ikut je kata hati, alhamdulillah cantik dan serasi je bila digandingkan di pelamin. 

Yang pink tu menaikkan seri pelamin kan? 

Pesan maksu untuk Ah & Jai, bila dah kahwin ni kena banyak bertolak ansur, banyak sabar, kena ada give & take, kena selalu berbincang perkara kecik/besaq... Pesanan untuk diri sendiri jugak ni :) 

All the best for your new life chapter my dear! 
Marriage is a journey, not a destination. 
 💝💝💝

Ingat tu 😘