Sunday, 21 May 2017

Kenduri sana sini...


Sabtu ahad kelmarin kami asyik makan kenduri. Sabtu ni dah nak puasa kan, ramailah yang ambil kesempatan mengadakan kenduri hujung minggu semalam. One thing yang Umi suka about kenduri of course lah Umi boleh cuti masak :) bila dah hari2 masak, kadang tu buntu & kering idea nak masak. Terus hilang mood nak masak. Alasan sangat kan Umi ni!

Ini dapat dari kenduri aqiqah anak ex-office mate Walid di selayang. 


Kali kedua makan kambing utk hari ni. Pagi Walid beli roti canai kuah kari kambing. Mujoq takdak yang mengembek :p

Semalam pula jiran buat kenduri kesyukuran, birthday dan sambut puasa sekali. Khemah 3 bijik, melintang dari rumah depa sampai rumah kami.

Kambing lagi hehe...


Happy birthday Aisyah!
Moga jadi anak yang solehah, penyejuk mata ibu ayah. 
Aisyah ni tua dua hari je dari Adik. Seronok tengok depa membesar sama-sama. Ada masa acik buat entry khas utk aisyah ye. 

Ini pula Walid bawak balik dari kenduri  member surau. Yasin dapat, ma'thurat dapat jangan lupa baca ye Umi! 


Alhamdulillah rezeki semuanya. 

4 comments:

  1. So fast, fasting month coming already! I love kenduris anytime. I also love kambing hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time flies so fast now..

      Me too, i like kambing :)

      Delete
  2. seronoknya dapat makan kenduri, memang seronoklah tak perlu memasakkan sebab yelah hari2 masak pun kadang tu tak tahu apa lagi menu yang hendak dimasakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok makan dan makan lagi tapi tak payah masak hehe

      Delete