Tuesday, 23 May 2017

Adik Turns 1!



Rasa baru lagi UMI DiSORONGKAN KE OT untuk melahirkan ADIK. Tup-tup semalam Adik dah genap setahun. Kalau ikut bulan Islam, adik dah cukup setahun 16 Syaaban hari tu. Syukur Adik membesar dengan sihat. Tak banyak ragam pun, macam abang kakak juga. 

Sejak balik dari menunaikan haji 3 tahun lepas, Umi lihat satu persatu DOA Umi di tanah suci Allah makbulkan. Satu darinya pastilah Adik :) setiap hari terutamanya tatkala menatap Kaabah yang mulia Umi akan berdoa agar Allah rezeki kan Umi zuriat lagi sebelum usia Umi 40 tahun. Dan Umi minta juga kalau ada rezeki, Umi nak anak perempuan lagi. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat Umi. 

Time mengandungkan Adik macam biasalah Umi mabuk teruk terutama 3-4 bulan pertama. Kali ni Umi survived dengan minum 100 Plus juga bun kacang merah hingga lah Umi terlalu lembik dah tak bermaya, Walid bawak Umi checked in di Pusrawi :p berulang kali juga Umi ke Pusrawi, sekali warded untuk beberapa malam dan selebihnya Umi daily drip. Masuk air, masuk vitamin. W/pun Umi mengalami alahan yang sangat teruk, Adik membesar dengan baik dalam kandungan. Bahagian Umi, Umi redha. Masuk bulan ke-5 Umi dah boleh ke dapur. Selera makan pun dah kembali sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. 

Habis bab mabuk, masuk trimester ketiga Umi mula risau tentang penjagaan berpantang pula. Tok dah tak larat dan kebetulan jatuh sakit time tu. Umi survey sana sini; daily maid, food delivery services, bidan dsbnya. Tapi semuanya over budget :( Umi tak risaukan sangat bab makan minum Umi sebab kebiasaannya masuk minggu kedua berpantang Umi dah kuat, dah boleh ke dapur sediakan keperluan makan minum diri sendiri. Yang Umi risau anak2 lain sebab time tu bulan puasa dan cuti sekolah. Dimana nak beli makanan untuk Angah & Kakak yang tak puasa tu. Setiap hari Umi berdoa agar Allah berikan Umi pembantu yang baik. Alhamdulillah Allah hantar kan Tok Umi & Tok Ayah untuk menemani  dan menguruskan Abang Kakak. Umi syukur sangat. 


Nama Adik ni dah lama Umi & Walid reserve. Mula tu nak bagi kat Kakak tapi Umi berkenan pula dengan nama Balqis bila bff Umi cakap dia suka nama tu. Tapi ada isu sikit dengan nama Adik ni. Asalnya Umi Walid nak eja Nadine, tapi Tok Umi cakap kalau orang tua macam dia pasti akan sebut Na-di-ni bukan Nadeen. Ah sudah! Terpaksalah Umi recalled nama lain yang Umi proposed sebelum ni. Tension je time tu... Antara nama yang Umi Walid fikir Hannah, Nayli, Nailah dan Maryam. Kecuali Maryam, bagi Umi Walid nama2 lain tu tak cukup 'kuat' untuk disebut sendirian macam nama Kakak (Balqis). Ini pendapat Umi Walid, sebab hati tu dah suka sangat dengan nama Nadeen. Kenalah ada alasan untuk reject kan :p Tambahan pula gandingan nama Adik dan Walid sangat unik.  Akhirnya kami sepakat juga untuk pilih nama Nadeen. Tukar ejaan tapi makna dan sebutan tetap sama. Harapan dan DOA Umi Walid untuk Adik selamanya.

Dah setahun ni Adik mula menapak. Dari selangkah dua, Adik makin menapak jauh sejak kelmarin. Alhamdulillah. Cuma satu je yang Umi risau, gigi Adik belum tumbuh! Adik pecah rekod family kita dik, umur setahun belum ada gigi :D 




Umi doakan Adik membesar dengan sihat, dilimpahi rahmat, beroleh kasih sayang dan lindungan-Nya serta menjadi anak solehah. Aamiin. 

3 comments:

  1. sanah helwah nadeen..comelnya dia, moga membesar dengan sihat, menjadi anak solehah berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete