Saturday, 27 May 2017

First day puasa...


Credit source.

Hari pertama puasa berjalan dengan lancar. First time latih Angah berpuasa. Bertahan sampai petang sehinggalah pukul 6.20! Lagi sejam je nak berbuka dia muntah. Perut kosong, dah masuk angin. Terus lah Umi suruh berbuka. 

Tak toleh kiri kanan dah terus makan. Umi janji kalau dia dapat puasa penuh dapat singgit. Ini dah berbuka sejam awal, bagi lah jugak. 90 sen hahaha... 


Dia punyalah lapar sekali makan 2 pinggan spaghetti olio aglio Umi masak! Jarang sangat Angah makan banyak macam ni. Kalau Abang tu lain cerita lah :)

Tok pula kena gout balik. Terhincut-hincut jalan. A day before Ramadhan Tok buat acar timun. Letak cuka kan so malam tu menyucuk-nyucuk la sakitnya. She's getting better today. Alhamdulillah. 


Tahun ni Umi pilih konsep buffet untuk berbuka. Bukan apa, selain nak anak2 rasa excited ala2 makan kat hotel, lebih selesa macam ni. Kalau makan hidang tu sampai tak muat meja. Bukan lah banyak mana pun food tapi adalah extra kuih muih, buah-buahan, mee/bihun, air panas & sejuk memang 'melimpah' atas meja makan tu. Kalau dinner biasa tu nasi & lauk pauk je kan... Dah buat buffet style ni selesa ikut selera masing2, nak makan nasi dulu boleh, nak makan kuih muih @ ringan2 dulu boleh. Sambil2 tu boleh lah feeling ala2 makan di hotel :D 
Motonya senang je,  if you could not go to hotel, bring the hotel to your home. Hahaha...


Amacam, ada gaya hotel tak :)

Nak kata teringin makan kat hotel tak juga. Zaman Umi kerja dulu dah puas makan kat hotel. Saja bagi anak2 happy. Tukar sikit environment sambil2 raikan anak2 yang penat berpuasa. Seronok tengok depa kejap ambik itu, kejap ambik ini. Kakak yang tak puasa tu pun asyik ulang alik ambik food. Buffet Umi ni sampai kul 10.30 tau. Cover dari iftar sampai moreh. Makanlah selagi larat :p


Puding Milo Oreo ni Umi ambik resepinya dari blog IBU DILAH. Cuba tau. Anak2 mesti suka. Tq dilah. 

6 comments:

  1. Bagus konsep ala buffet hotel mcm tu, ada kelainan buat anak2.

    Ye lah klu ikutkan memang sayang sbb lg sejam je nak berbukakan, tp lg sayang ank kita kan tak sampai hati nak memaksa. Abg adam ni tengok mcm bole tahan je itu yg pujuk2 jg, hari ni tak tahulah mcm mana lg.

    Puding milo oreo tu mmg sedap tp ank2 akk x gemar pulak, mereka gemar kuih lama2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah bagi kelainan sikit utk anak2. Nak bawak makan di luar banyak pula kekangannya. Dengan anak2 kecik ni faham sajalah kan...

      Baguslah anak2 mama suka kuih traditional hehe

      Delete
  2. Cute je k.zack.. Bagus je idea ni ye..tapi k.long yg kerja ni tak mampulah nk masak banyak menu mcm k.zack tu..

    Apa pun, boleh cuba kekdah ni di hujung minggu. πŸ˜œπŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.long!!!!! Rindunya...:D

      Suka suki ja k.long bagi anak2 excited & rasa Ramadhan ni special sikit. Ikutkan nak makan bersila tapi si Adik baru dapat kaki susah nk jaga dia nanti hikhik

      Delete
  3. Semangat juga Angah berpuasa. He almost made it! Takpe lah, not too bad for a first timer. Wow, makan buffet style kat rumah. Very special :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, almost there. But oklah PH just gave him exposure & experience. But he made it on the 3rd day :)

      Once a while oklah. The kids enjoy the buffet spread hehe

      Delete